Adakah anda peduli samada anda botak atau memiliki rambut jika anda tidak memerlukannya langsung untuk memikat hati wanita?
Kebanyakan wanita tidak begitu ambil kisah mengenai adakah lelaki tersebut mempunyai rambut yang cantik ataupun botak kerana pada ketika ini ada perkara lain yang boleh mencairkan hati mereka.
Walaupun rupa paras yang kacak dan kemas masih menjadi perhatian ramai wanita namun tahap keyakinan seseorang lelaki itu yang benar-benar memikat mata wanita.
Anda boleh ikuti beberapa nasihat berikut untuk kelihatan lebih yakin dihadapan kaum wanita.
1. Kurang Bercakap Dan Tumpukan Perhatian
Wanita melihat tahap keyakinan dan kuasa pada lelaki yang lebih banyak menumpukan perhatian untuk mendengar dan memberi reaksi sebelum berkata-kata.
Ads
Kurang selalunya membawa maksud yang berlainan, oleh itu lebih menjadi lelaki yang kurang bercakap daripada lelaki yang pandai berkata-kata.
2. Libatkan Diri Dengan Senaman
Berasa bagus tentang keadaan diri anda sendiri dan tubuh anda boleh membantu anda untuk menaikkan tahap keyakinan diri anda.
Ads
Ini kerana selepas melakukan senaman yang sukar, tubuh anda akan membebaskan hormon endorfin yang mana meningkatkan perasaan yakin pada diri.
Ads
3. Berikan Pos Yang Menarik
Anda harus bermula dengan berdiri tegak, buka postur diri anda dan jangan terlalu banyak memberikan senyuman.
Kebanyakan wanita mendapati postur tubuh yang tertutup dan terlalu banyak senyum adalah merupakan ciri-ciri yang tidak disukai oleh mana-mana wanita.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak dua hari lalu laman media sosial dan corong-corong bertia dipenuhi dengan tragedi yang diakibatkan dari banjir luar biasa melanda beberapa lokasi di Lembah Klang dan beberapa buah negeri seperti Melaka dan juga negeri-negeri Pantai Timur
Hujan yang menimpa bumi bertuah Malaysia selama dua hari tanpa henti telah dikenal pasti sebagai salah satu punca utama berlakunya banjir luar biasa. Selain banjir kejadian tanah runtuh juga menjadi ancaman yang cukup bahaya kepada orang ramai.
Laluan utama sama seperti jalan raya dan lebih raya juga turut terjejas. Pelakon, pengacara dan ahli perniagaan berpengaruh, Fizo Omar turut berkongsi pengalamannya terperangkap di atas lebuh raya akibat kejadian banjir dan tanah runtuh.
Menerusi beberapa hantaran di laman media sosial di Intagram, Fizo menceritakan pengelamannya ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Karak-KL pada tengah malam dua hari lalu. Ratusan buah kendraan telah terkandas dalam beberapa tempoh yang lama setelah berlakunya ranah runtuh serta pokok tumbang di kilometer 62.9 menghala ke Bentong.
Kongsi Fizo, dia berada di tempat kejadian kira-kira pada jam 11 malam dan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuantan, Pahang dan menuju ke ibu negera setelah menghadiri sebuah majlis di spa milik rakannya.
Disebabkan terkandas Fizo hanya tiba di ibu negara pada jam tiga pagi semalam.
“Kami tersangkut dekat tanah runtuh inilah malam tadi dan ambik keputusan untuk patah balik dan cross ke sebarang jalan (wrong way) heading to KL. Malam tadi air sebelah jalan yg menghala ke kuantan tu tinggi sangat macam dalam video ni dah macam sungai dah tu,” jelasnya menceritakan keadaan yang mencemaskan.
“Terima kasih kepad semua semalam yang bersama buka jalan (emergency divider) utk masuk ke opposite lane dan gamble jugak menghala ke KL. So sepanjang jalan tu tanah runtuh dan pokok tumbang semua bersepah di karak highway tu. Masyallah,” jelasnya lagi.
Menurutnya ramai juga mangsa yang terkandas terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat yang selemat kerana risau tanah runtuh lebih teruk atau air naik dengan mendadak.
“Mereka tiada hala tuju di tengah-tengah highway dalam hujan lebat dan gelap gelita. Ramai weh beratus-ratus orang termasuk bayi kecil dan warga emas. I can’t help it!! Seriously sedih giler tengok!!”
Fizo juga turut memberikan pandangan dan cadangan kepada pihak berkenaan agar mengambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai orang yang terkandas seperti dilaluinya pada masa akan datang.
Kredit: IG Fizo Omar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan kemerdekaan sentiasa menjadi momen yang menggamit rasa patriotik buat setiap rakyat Malaysia.
Dari Jalur Gemilang yang berkibar megah di setiap sudut kota, hingga laungan semangat cintakan negara yang bergema di pentas hiburan, ia adalah peringatan bahawa kemerdekaan bukan sekadar tarikh, tetapi jiwa yang menyatukan semua.
Seperti setiap tahun, wajah selebriti tempatan turut menjadi pencetus semangat itu. Kehadiran mereka di pentas perayaan dan program khusus bukan sahaja menghiburkan, malah memberi simbol bahawa seni, budaya dan hiburan juga mampu menjadi jambatan perpaduan.
Pada 23 dan 24 Ogos lalu, Pavilion Kuala Lumpur menjadi saksi bagaimana lebih 10,000 penonton membanjiri lokasi untuk memeriahkan kempen “Hello Inilah Kita, Sehati Bersama”.
Sepanjang dua hari, suasana penuh warna-warni itu diserikan oleh barisan artis terkenal seperti Hun Haqeem, Hael Husaini, Alpha, Reshmonu, Vince Chong, Arena Wan, Arabella Ellen dan ramai lagi.
Persembahan pentas tidak hanya diisi dengan muzik dan hiburan, tetapi juga diserikan dengan kemunculan khas daripada produksi drama Astro seperti “Thariq Ridzuwan: His Treasure” dan “Generasi: Perfect 10”.
Kehadiran ribuan penonton tempatan dan juga pelancong asing yang teruja jelas membuktikan bagaimana semangat cinta Malaysia boleh dirasai merentas budaya dan sempadan.
Sepanjang tempoh itu, Pavilion KL seolah-olah berubah wajah menjadi pusat tumpuan seni, fesyen dan patriotisme, dengan setiap persembahan menghidupkan lagi detik kebersamaan rakyat Malaysia.
Antara selebriti yang menarik perhatian pastinya bintang drama ‘Mandul Bukan Pilihan’, Hun Haqeem.
Ketika ditemui, Hun melahirkan keterujaannya melihat sambutan hangat penonton yang hadir, sambil mengimbas memori sambutan Hari Kebangsaan ketika di bangku sekolah.
“Pernah join perarakan Hari Kemerdekaan ketika di sekolah menengah. Masa tu jadi ahli KRS, pergi Dataran Merdeka untuk join parade. Bila tengok ramai orang di dataran rasa sangat teruja sebab ia menunjukkan semangat cintakan negara,” kongsinya penuh nostalgia.
Tambah Hun lagi, apa yang menjadikan Malaysia unik adalah keharmonian rakyatnya yang kini turut mendapat perhatian dunia.
“Keharmonian negara kita berdasarkan apa yang dilihat media sosial, kita dapat perhatian mata negara luar. Orang dapat lihat negara kita ini harmoni, aman, bijak dan dapat berkomunikasi dengan orang luar,” jelasnya.
Dengan penuh semangat, Hun juga menitipkan mesej ringkas tetapi sarat makna, “Inilah kita, sehari bersama… rakyat Malaysia!”
Tidak hairanlah peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Hun serta artis-artis lain, menjadikan acara ini bukan sahaja sebuah persembahan, tetapi juga ruang interaksi yang penuh mesra.
Kempen “Inilah Kita, Sehati Bersama” ini hanyalah permulaan kepada deretan aktiviti sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Astro menjanjikan pelbagai kandungan menarik di televisyen, radio serta platform digitalnya, memastikan setiap lapisan masyarakat dapat meraikan semangat kebangsaan di mana sahaja mereka berada.
Ayuh raikan semangat kemerdekaan Inilah Kita, Sehati Bersama dengan Astro!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa Yang Berisiko?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Rawatan
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
* Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.