Lelaki Hanya Emosi Pada Kerja, Perempuan Emosi Tanpa Tau Punca!

Bincangkan siapa lagi emosi, lelaki atau perempuan?

Jika jawapan kamu perempuan, memang tiada salahnya. Kerana perempuan selalu dinaik angin dan emosi tanpa tau puncanya. Tetapi jika anda jawab lelaki, jawapan anda lebih tepat!

Ini kerana baru-baru ini sebuah kajian Totaljob dari United Kingdom telah membuktikan bahawa lelaki sebenarnya lebih sensitif berbanding wanita. Tetapi dia akan ‘naik hantu’ sewaktu di tempat kerjanya sahaja.

Menurt kajian, mereka mendapati lelaki lebih cenderung untuk berasa murung apabila idea mereka tidak mendapat sambutan yang baik ataupun dikritik. Lebih lagi jika kerja tersebut telah melepasi deadline.

Walaupun hal ini tidak mempunyai apa-apa jalan penyelesaian dan agak rumit untuk dibincangkan tetapi menurut Totaljobs kita perlulah mewujudkan suasana yang optimum di tempat kerja dengan memilih rakan yang boleh dipercayai dan bersenam.