Lelaki Ini Ajar 15 Step Mudah & Cepat Memohon Pengeluaran I-Lestari KWSP Akaun 2 Secara Online

Share

Mulai hari ini, 1 April 2020 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka talian online untuk pemilik akaun mohon pengeluaran I-Lestari kwsp akaun 2 secara online tanpa memerlukan sesiapa untuk pergi ke kaunter semperna arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Ikuti posting yang telah dikongsikan oleh Luqman Hariz di facebook ini, dengan 15 step  mudah dan senang faham diharap semua yang memiliki akaun KWSP boleh faham dan ikuti langkah yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!

#1: Pergi ke laman sesawang www.kwsp.gov.my

#2: Maskukan user ID dan kata laluan yang diminta.

#3: Home page: Tekan option “WITHDRAWAL” di atas sebelah kanan yang tersedia

#4: Tekan “NEW APPLICATION”

#5: Tekan pada “WITHDRAWAL TYPE”

#6: Pilih “i-Lestari”

#7: Baca dan tutup notification
yang popup atau keluar ini

#8: Klik pada butang next

#9: Masukan amaun RM50-RM500 di bahagian “APPLIED AMMOUNT”

#10: Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun bank anda.

#11: Kemaskini maklumat peribadi jika perlu

#12: Tandakan klik di check box

#13: klik “REQUST TAC”

#14: Dapat TAC melalui SMS, masukan di ruangan TAC NO dan tekan butang SUBMIT

#15: Siap!

Jika anda menekan print, ia akan keluar lampiran seperti ini.

Postingnya itu mendapat 25 ribu share dalam masa 7 jam ia disiarkan di facebook. Malah, jumlah orang ramai komen juga boleh tahan seramai 2.3 ribu orang meninggalkan komen. Semoga memberi manfaat dan membantu orang ramai.

SUMBER: Luqman Hariz

IKLAN