Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Nak Dapatkan Semula Handphone Yang Hilang

650

Bila kehilangan handphone, kebarangkalian untuk anda menemuinya semula sangatlah nipis. Bukan tak ada manusia yang jujur nak pulangkan balik, namun perkara itu sangat jarang berlaku. Handphone anda akan terus hilang tanpa dikesan.

Namun selepas ini anda tidak perlu lagi bimbang jika kehilangan handphone, kerana ada cara mudah yang boleh anda ikuti untuk mengesannya semula.

Jom baca pengalaman Hafiz Azizan kehilangan handphonenya dan bagaimana dia berjaya mengesan semula handphonenya yang hilang dengan cara mudah ini.

SAYA SALAH SEBAB CUAI

Kisahnya semalam lepas bawak anak bini lunch di Marrybrown pasaraya TF Sungai Siput. Anak pon ajak la main sekejap kat pusat game kanak2 depan tu..
 
Nak jadi cerita wife pon tertinggal phone kat situ.. Dah balik baru tersedar.. Then bila pegi balik cari.. Dah takde..
 
Saya tnya kaunter servis, kaunter pusat game dan kaunter Marrybrown semua cakap takde jumpa.. Then sy perasan ada cctv kat area pusat game tu.. Apa lagi.. Mintak tolong staff situ replay pada masa kejadian dan memang ada makhluk yg ambil kesempatan atas kecuaian saya 😉.
 
Dengan nasihat sorg kawan utk guna google, sy trace phone tu dan dapat lokasi rumah.. Dapat lokasi kedai phone jugak.. (tempat2 yg pelaku stop beberapa ketika)
 
Alhamdulillah harini dah dapat semula phone tu atas bantuan pihak polis. Pelaku mengaku tak bersalah walau dah jual kat kedai. But its ok.. As long as phone tu masih dalam keadaan asal. (Malas nk panjangkan hal)
 
So apa sy buat untuk trace semula handphone ni maybe boleh sama2 jadi panduan.
 
1. Call semula phone yg hilang tu 2 ke 3 kali jarak masa yg berlainan. ( In case orang yg ambil tu tunggu untuk pulangkan). Dalam kes sy ni dia cancel call sy.

2. Trace handphone guna apps life360. Atau kalau xde install macam sy.. Boleh ke link bawah ni.

https://myaccount.google.com/find-your-phone

Penerangan pada setiap gambar di bawah mcm mana nk guna link tu ya.

(A) Lepas je klik link di atas, terus keluar paparan macam ni. Boleh open di phone lain atau pon di desktop. Kat sini akan terpapar lokasi mana sahaja email kita tu di login. So just klik pada phone kita yg hilang tu.

(B) Login email yg digunakan pada phone yg hilang tu.

(C) Pilih locate untuk ke paparan seterusnya.

(D) Paparan ni keluar lepas klik pada locate. Ada map di bahagian atas. Map ni di pin betul2 atas lokasi semasa tau. Accurate.

(E) Jika klik pada “SECURE DEVICE” pulak, akan keluar paparan macam ni. Kita boleh set message pada screen dan letakkan no fon alternative untuk dihubungi.

(F) Ni la rupa paparan “SECURE DEVICE”, screen akan auto lock dan akan keluar paparan macam ni everytime dia cuba nk unlock screen.

(G) Klik pada bahagian “PLAY SOUND”.. Handphone yg diambil tu akan berbunyi selama 5 minit walau pon dah di silent oleh si pelaku.

Klik pada bahagian "PLAY SOUND".. Handphone yg diambil tu akan berbunyi selama 5 minit walau pon dah di silent oleh si pelaku.

Posted by Hafiz Azizan on Sunday, 8 July 2018

3. Rekod atau screen shot tempat2 penting yg dia pergi. Dalam kes sy ni.. Sy ikut dan waze ke tempat2 dia pergi tu.. Dia balik rumah dan ke kedai phone 😝.

4. Report polis maklumat2 yg ada dah dapat kat atas tadi. Seperti yg sy tegaskan, involve polis lebih secure.. Bukan untuk suruh polis tangkap dan humban si pelaku masuk penjara ye 😂.

In syaa Allah, kalau ada rezeki boleh dapat semula handphone yg hilang tu.

Tinggalkan Komen