Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, inilah masanya untuk anda mengambil langkah kebersihan. Bukan sahaja di rumah, malah di dalam kereta juga untuk memastikan tahap kebersihan berada di tahap yang maskima.

Jika ada bekas makanan atau sampah-sarap elok di keluarkan dan janganlah anda simpan resit-resit bertaburan di dalam kereta kerana ia akan mengundang lipas.

Lipas ni bahaya ye, bukan sahaja membuatkan anda tidak selesa malah ia juga boleh mengundang kemalangan.

Bagaimana nak buang lipas di dalam kereta? Lelaki ini (Ridhwan Rashid) kongsikan pada anda bagaimana cara-cara untuk mengankapnya dengan kos yang cukup murah dan senang dapat!

Bahan-bahan:

  1. Minyak masak yang telah diguna
  2. Susu pekat
  3. Majerin

Cara-caranya cukup mudah, sukatkan minyak, susu pekat dan mejerin ikut suka anda, gaul sebati dalam bekas. Biarkan semalaman bekas tersebut di dalam kereta.

Dia turut berkongsi gambar bekas yang dipenuhi lipas yang telah dibiarkan semalaman di dalam keretanya.

 

Tweetnya itu mendapat 8 ribu lebih dan 5.8 likes. Malah dia turut menunjukan bekas yang dibuat untuk rakannya. Rata-rata pengguna twitter turut menunjukan  respond positif di atas perkongsiannya.

 

Sumber: Ridhwan Rashid

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI