
Intermittent Fasting atau IF adalah kaedah diet yang memerlukan anda mengatur pola makan dengan cara berpuasa dalam tempon 14 hingga 16 jam.
Namun tidak semua mampu bertahan dalam tempoh yang panjang ini. Tetapi tahukah anda, jika anda bertahan sedikit, lama-kelamaan perut anda akan terbiasa dan mengikut waktu.
Baru-baru ini, di Facebook Raisul Fadhla Safiruddin ada memberi sedikit tip bagaimana jika anda ingin mencuba IF.
Antara tip yang paling berguna, dia memberitahu jika anda mahu mengisi perut dengan meminum air kopi atau pun teh kosong tanpa gula tiada masalah.
“Cara mudah nak buat Intermittent Fasting, mulakan puasa sebelum tidur.
“Contohnya dinner habis pukul 8 atau 9 malam. Next meal esok pagi (breakfast) paling awal pukul 9 atau 10. Dah dapat 12-13 jam.
“Sebelum breakfast kalau nak minum air, teh atau kopi kosong tanpa gula tak ada masalah, masih dikira IF.
“Bila dah biasa buat 13 jam (Circadian Fasting), nanti boleh cuba upgrade 16 jam pula. Lama-lama akan teringin sendiri nak cabar diri buat 18 jam, 20 jam dan seterusnya.” Tulisnya di Facebook
Raisul memberitahu jumlah masa yang paling lama dia berpuasa adalah 50 jam pada bulan Mac tahun lalu. Ketika virsecal fat dalam badan masih tinggi.
“Untuk amalan harian, bila masa nak start (last meal) dan stop IF (breakfast) ikut keselesaan, keadaan dan kemampuan masing-masing. IF ini amat flexible.
“Puasa ini bukan sekadar boleh kuruskan badan. Ia juga boleh memperbaiki kerosakan sel dalam badan, memberi kerehatan kepada sistem penghadaman, reset balik metabolisma dan banyak lagi.
“Sebab itu orang yang dah selesa buat IF, akan cuba buat setiap hari dan berazam nak amalkan sepanjang hayat. Tulisnya lagi.
Raisul juga ada muat naik cara-cara dan bagaimana dia memulakan IF di Facebook (Nota RFS)
Sumber: Facebook Raisul Fadhla Safiruddin
Guru Ini Ajar Cara Buat Disinfeksi Sendiri Di Rumah, Hanya Perlukan Sebotol Clorox Sahaja!

Di musim Covid-19 ini, adalah lebih baik kita disinfeksi setiap penguru rumah sebagai langkah pencegahan. Di Facebook seorang guru ini, ada mengajar cara-cara buat disnfeksi sendiri.
Menurut Nur Farah Ayu, selain dari membersihkan tombol-tombol pintu ia juga sebenarnya boleh juga di buat sebagai mop lantai.
Bahan yang diperlukan hanyalah sebotol Clorox dan 9 botol air sukatan yang sama setiap botol. Kemudian bancuh dan letak di dalam botol yang boleh di spray.
Namun harus diambil berat, larutan clorox tidak boleh disimpan kerana kekuatan bancuhan akan berkurangan apabila telah bercampur dan pastikan tiada bahan lain ditambah kepada bancuhan Clorox.
Malah dia turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menggunakan topeng muka dan sarung tangan ketikan mengendalikannya.
Baca: Lakukan 4 Tip Pembersihan Ini Selepas Demam Agar Rumah Anda Bebas Dari Kuman!
Ini adalah langkah-langkah untuk anda lakukan Disinfeksi di rumah buat pandauan orang ramai.
Pertama anda perlukan Alat Perlindungan Diri (APD) seperti topeng muka dan sarung tangan. Kemudian tetapkan alat yang diperlukan seperti baldi, kain microfiber, Pel mob, spray ataupun spray gendong.
Langkah-langkah:
- Pastikan anda menggunkan topeng muka dan sarung tangan terlebih dahulu.
- Sebelum lakukan disinfeksi, pastikan anda sudah melakukan general cleaning dengan lap segala permukaan menggunakan air sabun atau deterjen termasuk Air Cond, meja, lanta serta tombol pintu.
- Setelah itu, lakukan disinfeski dengan menggunakan alatan yang diperlukan.
- Bersihkan diri anda setelah melakukan perkerjaan disinfeksi. Cuci tangan dengan sabun dan basuh ia dengan air yang mengalir.
- Tunggu selama 60 minit dan anda boleh gunakan runagan itu seperti biasa.
Sumber: Nur Farah Ayu
9 Manfaat Suami Isteri Tidur Berpelukan Setiap Malam, Rugi Tak Amalkan!

Rugi tak amalkan jika selama ini suami isteri jarang tidur berpelukan atas alasan tidak selesa, panas dan rimas. Sebenarnya banyak manfaat yang tidak diduga suami isteri dapat bila tidur berpelukan dan salah satunya dapat menenangkan saraf tubuh.
Posisi tidur yang dianjurkan bagi suami isteri adalah posisi di mana suami memeluk isteri dari belakang. Dengan posisi ini, suami akan dapat memiliki isteri sepenuhnya, selain suami rasa lebih puas ketika tidur.
Kaji selidik yang dilakukan oleh Richard Wiseman, Profesor Psikologi dari University of Hertfordshire terhadap lebih daripada 1000 responden mendapati sebanyak 86% pasangan yang tidur kurang satu inci daripada pasangannya akan merasa lebih bahagia dalam hubungan berbanding 66% pasangan yang tidur berjauhan lebih daripada 30 inci.
Kajian dari Medical University of Vienna pula membuktikan bahawa tidur berpelukan dapat meredakan stres, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan memori, namun ia hanya berlaku jika anda memeluk pasangan yang anda sayangi (isteri).
1. Tidur menjadi lebih berkualiti dan nyenyak
Jika anda tidur bersendirian, otak anda akan cenderung untuk berfikir lebih banyak sehingga menyebabkan anda sering mengalami kesukaran untuk tidur atau gangguan insomnia. Satu kajian mengatakan tidur berpelukan memungkinkan otak berasa relaks dan tenang.
Sentuhan kulit saat tidur berpelukan dengan pasangan dapat membantu tubuh berasa nyaman kerana aliran hormon oksitosin yang tinggi. Ini akan membantu anda menyingkirkan gejala insomnia sekali gus mempengaruhi kualiti tidur di mana anda cepat lena dan mencapai tidur yang lebih nyenyak sepanjang malam.
2. Meringankan fikiran dan mengurangkan stres
Ketika tidur berpelukan dengan orang yang dicintai, aroma yang anda hidu daripada pasangan akan meringankan fikiran sekali gus membuatkan perasaan semakin tenang, damai serta membantu mengurangkan stres.
3. Bangun dalam keadaan yang segar dan bersemangat
Saat tidur berpelukan, hormon dopamin akan dilepaskan di seluruh tubuh dan menyebarkan adrenalin dalam aliran darah. Perasaan cinta kesan daripada memeluk pasangan ketika tidur akan mencambahkan suasana riang yang akhirnya membuatkan anda bangun lebih segar dan bersemangat untuk memulakan hari dengan penuh tenaga positif.
4. Baik untuk masalah tulang punggung
Posisi tidur sambil memeluk pasangan dari belakang juga disebut dengan istilah forward bear. Menurut Tod Sinett dalam bukunya “The Truth About Back Pain”, posisi seperti ini jika dilakukan dengan lutut ditekukkan sedikit sangat baik untuk pasangan yang memiliki masalah tulang punggung.
5. Wajah lebih awet muda
Kajian juga menemukan bahawa pasangan suami isteri yang sering berpelukan ketika tidur akan membuatkan wajah mereka lebih awet muda. Saat berpelukan, mereka akan merasa bahagia dan saling mencintai sehingga hormon oksitosin iaitu hormon cinta akan dilepaskan di seluruh tubuh. Hormon ini akan melancarkan metabolisme, pernafasan, percernaan, peredaran darah dan seterusnya membuatkan keseluruhan tubuh sihat.
Saat tidur berpelukan dengan pasangan, pengaliran oksigen yang merata pada seluruh jaringan tubuh dapat memberi kesihatan yang baik buat anda sehingga kulit menjadi semakin halus, rambut berkilauan dan kuku tidak mudah rapuh. Ini disebabkan oleh seluruh jaringan mendapatkan nutrisi yang secukupnya.
6. Sebagai luahan kasih sayang
Sentuhan ketika tidur dengan pasangan akan memercikkan rasa cinta dan menyemarakkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Pelukan ini akan melepaskan segala masalah yang suami isteri hadapi sepanjang hari, membaiki hubungan yang retak dan meningkatkan kepercayaan terhadap pasangan.
7. Hilangkan kesunyian dan kemarahan
Hormon oksitosin yang dikeluarkan ketika berpelukan merupakan hormon cinta yang merangsang perasaan kasih sayang dan menyuburkan keluarga bahagia. Jika hormon ini dirangsang dengan banyak maka semakin bertambahlah kasih sayang. Ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan dalam hubungan suami isteri.
8. Meningkatkan usia
Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang tidur berpelukan dengan orang yang dicintai dapat membuatkan otak, jantung dan organ badan yang lain bekerja secara santai dan akhirnya tanpa disedari dapat membantu meningkatkan usia.
9. Bagus untuk jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung. Hormon oksitosin yang menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stres iaitu hormon kortisol dan hormon norepinephrine secara tidak langsung akan membantu mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Pengalaman Konsert K-Pop ‘GFRIEND’ Dari Kaca Mata Seorang MASKULIN

Rasanya sekarang ini semua orang sudah tahu tentang K-pop. Tak kiralah tua atau muda isitlah K-pop kini bukan lagi perkara yang asing.
Atau setidaknya seseorang itu tidak terasing membayangkan K-pop dengan industri muzik daripada Korea Selatan.
Negara kita juga mempunyai jumlah peminat K-pop yang sangat ramai. Walaupun majoritinya peminat K-pop ini terdiri daripada wanita namun kini jumlah peminat lelaki MASKULIN perhatikan semakin bertambah.

Ini terutamanya pengikut atau peminat kepada grup wanita terkenal. Sebagai contoh ketika kunjungi grup K-pop wanita nombor satu dunia BLACKPINK beberapa bulan lalu, MASKULIN dapat saksikan sendiri peminat lelaki memang ramai.
Jadi adakah ini satu fenomena baru peminat genre ini di Malaysia? Sebenarnya ia bukanlah satu perkara baru cuma sejak kebelakagan ini jumlah peminat grup wanita Korea semakin bertambah.
Hujung minggu lalu MASKULIN sekali lagi berkesempatan menerima jemputan eksklusif daripada penganjur konsert terkenal negara,MACPIEPRO untuk menyaksikan sebuah lagi grup wanita K-pop popular, GFRIEND. Konsert eksklusif mereka di Malaysia ini dikenali dengan nama ‘2019 GFRIEND ASIA TOUR in Kuala Lumpur’.
Difahamkan konsert menampilkan grup dianggotai 6 orang ahli ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah Asia mereka.
ANTARA PALING POPULAR
Buat anda yang mungkin kurang kenal dengan GFRIEND, mereka dianggotai 6 gadis comel iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji. Mungkin nama mereka hanya popular di kalangan penggemar muzik K-pop di sini. Namun apa yang MASKULIN tahun GFRIEND merupakan antara top 5 grup wanita paling popular di Korea.
Konsert pada malam tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati berlangsung cukup teratur. Soal keselamatan juga diambil dengan cukup teliti oleh pihak penganjur. Setiap beg yang ingin dibawa masuk ke dalam stadium diperiksa.
Syabas MASKULIN ucapkan kepada pihak penganjur yang betul-betul serius tentang soal keselamatan. Penonton juga mengikut arahan dengan baik daripadapihak keselamatan. Ia satu perkara yang positif harus dibanggakan terutamanya di kalangan peminat muda.
PERSEMBAHAN MEMUKAU
MASKULIN dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa kira-kira 4,300 orang penonton telah memenuhi Stadium Melawati. Peminat GFRIEND yang dikenali dengan nama Buddies dilihat sangat teruja menyaksikan persembahan penuh bertenaga daripada mereka.
Pada konsert yang cukup istimewa buat peminat mereka, GFRIEND membawakan sebanyak 25 buah lagu dengan antaranya lagu-lagu hit seperti ‘Me Gusta Tu’, ‘Love Whisper’, ‘Navillera’ dan ‘Hope’.
Dari pengamatan MASKULIN juga bolehlah disimpulkan bahawa produksi konsert GFRIEND ini antara yang terbaik pernah ditonjolkan terutamanya dari segi pengcahayaan serta sistem bunyi yang sangat berkualiti.
MASKULIN menjangkakan pada masa akan datang lebih ramai lelaki akan menjadi peminat grup wanita K-pop. Tidak salah untuk seorang lelaki meminati grup K-pop terutamanya grup wanita yang serba berbakat seperti GFRIEND. Peta muzik global kini sudah berubah dans etiap orang bukan lagi terhada kepada sesetengah genre muzik sahaja.
5 PERKARA LELAKI WAJIB TAHU TENTANG KONSERT K-POP
1. Peminat mereka biasanya akan mengadakan fan-project istimewa untuk idol mereka. Sebagai contoh memegang sepanduk sama beramai-ramai.
2. Mereka juga mempunyai ‘jeritan’ istimewa untuk grup pujaan yang dikenali sebagai ‘fanchant’.
3. Ramai juga ibu bapa mengiringi anak-anak mereka menyaksikan konsert.
4. Boleh dikatakan setiap grup K-pop mempunyai lightstick tersendiri dan ia dipasang peminat sepanjang konsert.
5. Selain nyanyian kebiasaannya konsert K-pop akan menghidangkan sesi interaksi dengan penonton yang lain daripada yang lain.
Foto: MACPIEPRO