Dalam kehidupan kini terutamanya di kotaraya besar seperti Kuala Lumpur segala macam perkara akan melibatkan duit. Malah inilah cabaran yang dihadapi oleh ramai anak muda yang bertungkus lumus mencari pekerjaan yang stabil dan bergaji besar.

Namun tidak semua orang mendapat tuah dalam sekelip mata. Ada ramai yang terpaksa bersusah payah dahulu dan melakukan apa jua kerja demi mencari rezeki dan menampung perbelanjaan harian keluarga dan diri sendiri.

Dan bila meningkat dewasa antara perkara utama yang menjadi impian anak muda ialah mendirikan rumah tangga dengan orang yang tercinta. Tapi bagaimana mungkin seseorang itu boleh menyimpan jika dia hanya memperolehi pendapatan yang tidak cukup tinggi?

MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada saudara Luqman Afifi menerusi satu bebenang ciapannya di akauan Twitter-nya, @EhAfifii. Menerusi perkongsian itu dia menceritakan pengalamannya mengumpul duit hantaran dan kahwin walaupun dengan hanya gaji kira-kira RM1,400 sebulan.

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

Sekali baca MASKULIN sendiri berkerut dahi kerana memikirkan ia adalah satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Namun bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah yang dibuktikan oleh saudara Luqman Afifi yang kini telah bergelar sebagai seorang suami.

Ikuti perkongsian beliau di bawah.

KERJA

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

IKLAN

Dia merupakan seorang editor video yang bekerja sendiri atau freelancer. Secara purata dia pendapatannya sebulan sebanyak RM1,400. Namun kadangkala dapat lagi rendah daripada itu. Tapi dengan sasarannya menyimpan duit untuk kahwin dia tak memilih jenis job. Dapat job yang bernilai RM50 pun dia buat. Hebat!

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

BACA: “Tak Minum Ais & Nasi Segenggam”, Rahsia Gadis Ini Turun Sebanyak 21kg!

SIMPANAN

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

Ini bahagian yang paling tricky bagi ramai orang. Bagi Luqman setiap pendapatan atau job yang dapat, dia hanya akan guna 20% duit itu untuk berbelanja. Selebihnya simpan dalam akaun bank yang dia tak pegang kad ATM. Ketika tempoh menyimpan ini juga dia jarang melakukan aktiviti luar yang boleh melibatkan perbelanjaan tak terurus.

IKLAN

RUMAH SEWA

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

Sepanjang tempoh bujang dia tinggal di rumah sewa bersama 8 hingga 9 orang rakan serumah. Ini menjimatkan kos bulanan untuk sewaan.Bab selesa jelasnya tolak tepi dahulu.

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

DUIT MAKAN & BELANJA

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

Setiap bulan dia dan rakan serumah akan buat kutipan RM100 seorang untuk duit dapur. Setiap hari makan lauk sama, nasi putih ayam potong masak sambal. Kadang-kadang tukar menu dengan telur.

IKLAN

TEMPOH MASA KUMPUL DUIT

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

Luqman mengambil masa kira-kira hampir setahun untuk menabung. Jika nak kumpul lebih lagi panjangkan tempoh simpanan tersebut. Dia akhirnya mendirikan rumahtangga dan berkahwin pada penghujung tahun lalu.

Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin Lelaki Ini Buktikan Dengan Gaji RM1.4k Sebulan Dia Masih Boleh Simpan Duit Kahwin

MASKULIN benar-benar kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh jejaka berusia 24 tahun ini dalam usahanya untuk mendirikan rumahtangga dengan orang tersayang. Isterinya pasti menjadi antara manusia paling bertuah kerana mempunyai suami yang sanggup menempuhi cabaran seperti ini untuk dia.

Terima kasih Luqman kerana memberikan kebenaran kepada MASKULIN untuk berkongsi tip menarik ini kepada pembaca kami.

Semoga kisah dan pengalaman yang dilalui oleh saudara Luqman Afifi ini menjadi inspirasi kepada anda semua.

KREDIT FOTO: Koleksi peribadi Luqman Afifi (Instagram: @luqman.afifi)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI