Seorang lelaki di ISLAMABAD buta seumur hidup gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya. Abdul Baqi, 22 hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradik lelakinya.
Lelaki malang ini berasal dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya. Namun permintaan itu mencetuskan kemarahan bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat adik beradik lelakinya iaitu Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim.
Mereka didakwa mengurung mangsa di dalam sebuah bilik dan mengorek keluar matanya tanpa belas kasihan. Malah, semua suspek turut mengurung ibu mangsa di dalam bilik berlainan supaya dia tidak mencampuri urusan tersebut.
Ads
“Saya memberitahu bapa dan adik beradik lelaki yang lain bahawa saya mahu bernikah dengan kekasih saya.
“Bapa saya pada awalnya bersetuju. Namun tiga jam kemudian dia bawa saya masuk ke dalam bilik dan empat adik beradik yang lain mengikat saya di atas katil.
Ads
“Mereka kemudian mengorek keluar mata saya. Saya menjerit meminta tolong tetapi tidak diendahkan,” kata Bagi.
Ads
Meskipun saya merayu supaya perbuatan itu dihentikan, mereka tetap bertindak mengorek keluar sebelah lagi mata saya. Baqi dikejarkan ke hospital oleh adik beradiknya dengan doktor mengesahkan dia buta seumur hidup.
Polis telah menahan bapa Baqi dan dua adik beradiknya selain memburu dua yang lain yang masih bebas.
Sumber : Daily Mail
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Laman web World’s Top Most tahun ini menyenaraikan 10 lelaki paling kacak 2018 meliputi pelbagai latar belakang dari putera diraja, pelakon sehinggalah model. Dari Eropah sehinggalah ke Asia.
Berikut senarai Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut World’s Top Most.
Pernah dianggap sebagai pencabar kepada Shah Rukh Khan satu ketika dahulu, Hrithik sebenarnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi pelakon Bollywood lain. Tidak hanya tampan, pelakon Kaho Na Pyaar Hai ini yang kini berusia 44 tahun juga memiliki bentuk tubuh yang menarik dan semestinya pandai menari.
Memiliki pesona tersendiri, Pitt memang layak berada dalam senarai ini. Ketepikan kisah peribadinya yang lara, Pitt adalah permata Hollywood. Tidak hanya sekadar berlakon dia juga adalah seorang penerbit. Berusia 53 tahun dan sudah dua kali menduda, Pitt bukan hanya aktif di pentas lakonan malah juga terkenal dengan kerja-kerja amal.
Lahir di Taiwan pada 22 September 1984 Gao memiliki ketelitian dalam soal berpakaian. Model yang terjun dalam dunia lakonan ini memiliki aura tersendiri sehingga mampu mencairkan hati wanita yang menatap wajahnya. Namun sehingga kini masih hidup solo.
Namanya meningkat naik selepas membintangi trilogi filem pontianak Twilight. Pattinson yang lahir di United Kingdom sebenarnya memiliki kemahiran lain iaitu menggubah muzik. Pada 2008 Pattinson pernah dinamakan sebagai Lelaki Paling Seksi oleh People Magazine.
Pelakon kategori A Hollywood ini cukup cemerlang di layar perak terutama menerusi lakonannya sebagai pejuang Islam kulit hitam Amerika Syarikat, Malcolm X. Genap usia 63 tahun pada 28 Disember lalu. Washington masih tegap malah masih mampu melakonkan babak aksi.
Mungkin tidak dikenali di Malaysia namun jejaka berusia 29 tahun ini cukup terkenal di Asia Barat. Lahir di Iraq pada 23 September 1989, Omar jadi kegilaan ramai gadis malah pernah menerima hadiah kereta daripada salah seorang peminat wanitanya.
Jangan terkejut kerana pelakon berusia 53 tahun ini turut disenaraikan. Menjadi ikon perfileman Bollywood sejak era 80-an lagi Salman masih pegang watak hero sehingga kini. Pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita, Salman sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga.
Pelakon dan model Kanada ini lahir pada 26 April 1983. Dengan ketinggian lebih enam kaki sepasang mata dan rambut berwarna perang melengkapkan ciri lelaki menawan pada Mills. Tidak mahu terlalu memikirkan Hollywood, Mills lebih selesa menumpukan kerjaya lakonan dan peragaaan di negara kelahirannya.
Bagaikan tidak dimamah usia itulah yang dapat dilihat pada pelakon Mission Impossible ini. Lahir pada 3 Julai 1962, Cruise sudah menawan hati peminatnya di seluruh dunia sejak lebih tiga dekad lalu. Tidak sekadar tampan, Cruise juga cemerlang dalam bidang lakonan dengan tiga Anugerah Golden Globe sudah berada dalam genggamannya.
Dilahirkan pada 21 Jun 1982 di United Kingdom, Williams merupakan putera sulung kepada pasangan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana. Berkahwin dengan Catherine Middleton pada April 2011, Williams cukup dikenali dengan keramahannya selain aktif dalam program kemanusiaan dan alam sekitar.
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Astro Home of Live Entertainment terus membuktikan peranannya sebagai peneraju hiburan langsung negara apabila tampil sebagai antara penggerak utama dalam Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah yang berlangsung dari 6 hingga 8 Februari 2026 di Jetty DBKK, Kota Kinabalu.
Berlatarbelakangkan pemandangan laut dan ‘vibe’ urban kota Kinabalu, festival ini bukan sekadar acara hiburan biasa, sebaliknya menjadi medan pertemuan muzik, teknologi dan budaya pop yang diraikan secara terbuka oleh rakyat Sabah.
Bermula seawal 10 pagi hingga lewat malam, festival ini dibuka secara percuma dan menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Sebagai sebahagian daripada pengisian utama festival, Astro membawakan mini showcase khas pada 7 dan 8 Februari.
Lebih istimewa showcase ini menampilkan barisan artis daripada francais hiburan utama Astro seperti Gegar Vaganza, The Hardest Singing Show, Big Stage dan Gempak Most Wanted Awards.
Selain persembahan pentas, pengunjung turut berpeluang mengunjungi booth Astro yang menawarkan pengalaman interaktif, pratonton kandungan eksklusif serta pendedahan lebih dekat kepada ekosistem hiburan Astro menerusi platform televisyen, digital dan penstriman.
Hari kedua festival menyaksikan Kota Kinabalu benar-benar digegarkan dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis hebat. Syamel tampil membuka tirai dengan aura tersendiri. Lagu ‘Kau Pun Sama’ dibawakan dengan penuh penghayatan, membuatkan penonton terus melekat dari awal persembahan. Jelas pentas ini memang kena dengan jiwa seni Syamel.
Shahrul Kamal pula hadir bagaikan tanpa brek. Lagu ‘It’s My Life’ dibawa dengan jiwa rock sepenuhnya, lantang, kuat dan terus menghidupkan pentas.
Selain itu Shahrul turut membawakan lagu hit-nya, ‘sifar’ yang terus menggegarkan pentas sensasi tersebut hingga berjaya buat penonton tidak senang duduk.
Memori penonton terus terbuai dengan persembahan seterusnya dari Kaka Azraff. Pastinya lagu popular nyanyian Kaka berjudul ‘Bawaku Pergi’ yang paling menarik perhatian. Bukan sahaja dihayati malah turut dinyanyikan bersama-sama dengan penonton!
Persembahan turut diteruskan dengan kemunculan Angelica Paujin dan Aisha Retno yang masing-masing menampilkan keunikan tersendiri. Vokal padu dan emosi sampai menjadi benang merah malam tersebut.
Amir Masdi pula menguasai pentas dengan gaya vokalis rock yang penuh tenaga, membuktikan kredibilitinya sebagai antara penyanyi lelaki paling konsisten masa kini.
Sorakan penonton tidak surut apabila Stevan Pasaribu dari Indonesia tampil dengan lagu galau ‘Belum Siap Kehilangan’, membuatkan seluruh Jetty DBKK dibaluti emosi.
Malam kedua ditutup dengan penuh jiwa apabila Noh Salleh tampil dengan set yang syahdu, diakhiri dengan lagu ‘Rahsia Tuhan’ yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Hari ketiga dan terakhir festival diteruskan dengan momentum yang sama kuat. Apabila ‘Anak Kampung’ berkumandang, Jimmy Palikat membawa penonton menyelusuri lorong nostalgia, dengan seluruh pentas turut sama menyanyi dan menikmati momen istimewa tersebut.
Persembahan Noryn Aziz dan Adira yang turut tampil berduet pada malam tersebut juga cukup menggamit memori penonton yang hadir. Apa tidaknya mereka berdua menyanyikan lagu dangdut legenda, ‘Senggol Senggolan, Cubit Cubitan’ nyanyian asal Mas Idayu!
Akim Ahmad pula tampil membawa lagu ‘Cinta’ nyanyian Marsha, tetapi dalam versi rock. Lebih menarik, lagu ini merupakan hasil ciptaan Akim sendiri bersama Stacy, menjadikan persembahan itu lebih bermakna dan bertenaga.
Sebagai penutup festival, ratu tari Sabah, Stacy, tampil penuh emosi. Sorakan, nyanyian dan momen terakhir itu benar-benar terasa, menandakan berakhirnya Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah dengan penuh gemilang.
Secara keseluruhan, penganjuran Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah meninggalkan momen cukup berharga buat peminat dan rakyat Sabah. Sokongan mereka yang luar biasa, penuh semangat dan sporting menjadikan festival ini antara yang paling hidup pernah disaksikan.
Bagi Astro Home of Live Entertainment, festival ini bukan sahaja mengukuhkan jenama sebagai peneraju hiburan langsung, tetapi juga membuktikan bahawa Sabah sentiasa menjadi pentas yang subur untuk muzik, bakat dan pengalaman hiburan bertaraf nasional.
Tingkatkan pengalaman hiburan anda dengan Astro One pada harga RM49.99 sebulan, dengan penstriman sehingga empat peranti serentak. Untuk gaya hidup aktif, teruskan tontonan di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Langgan hari ini dan nikmati hiburan tanpa kompromi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bakal bergelar suami? Tahniah! Selain sibuk merancang majlis dan memilih tema pelamin, satu perkara penting yang sering jadi tanda tanya besar ialah “Nak tinggal di mana lepas kahwin?”
Soalan inilah yang membuat ramai lelaki mula mempertimbangkan sama ada lebih baik menyewa rumah dahulu atau terus membeli rumah sendiri.
Kedua-dua pilihan ada kelebihan dan kekurangannya, dan keputusan yang bijak perlu dibuat berdasarkan situasi kewangan serta gaya hidup masing-masing.
Menyewa rumah selepas berkahwin sering menjadi pilihan utama bagi pasangan muda.
Salah satu sebabnya ialah kos permulaan yang jauh lebih rendah berbanding membeli.
Biasanya hanya perlu sediakan deposit dua atau tiga bulan sewa, dan sudah boleh berpindah masuk.
Ini sangat membantu, terutamanya bagi mereka yang baru memulakan kerjaya dan masih menyesuaikan diri dengan perbelanjaan rumahtangga.
Selain itu, rumah sewa memberikan fleksibiliti.
Jika berlaku perubahan tempat kerja atau ingin cuba tinggal di kawasan lain, proses berpindah lebih mudah tanpa terikat dengan komitmen jangka panjang.
Ia juga menjadi peluang untuk ‘menguji’ kawasan perumahan tertentu sebelum membuat keputusan membeli rumah tetap.
Bagi mereka yang mempunyai simpanan kukuh dan yakin dengan kedudukan kewangan, membeli rumah sebelum atau sejurus selepas berkahwin adalah satu langkah yang bijak.
Memiliki rumah sendiri bermakna setiap bayaran bulanan adalah pelaburan jangka panjang, dan rumah tersebut bakal menjadi aset yang boleh diwarisi.
Antara kelebihan utama membeli rumah ialah kebebasan untuk mengubah suai mengikut cita rasa sendiri.
Sama ada mahu hias ruang tamu dengan konsep moden minimalis atau buat dapur idaman isteri, segalanya boleh dilakukan tanpa sekatan.
Namun begitu, membeli rumah memerlukan komitmen kewangan yang besar.
Pembeli perlu menyediakan deposit 10%, kos guaman, duti setem dan pelbagai kos sampingan lain.
Pilihan antara menyewa atau membeli rumah banyak bergantung kepada keadaan individu.
Jika anda baru bekerja, gaji masih belum stabil, dan simpanan belum mencukupi, menyewa rumah dahulu adalah keputusan paling logik.
Dalam tempoh ini, fokuskan kepada membina tabungan, memahami aliran perbelanjaan selepas kahwin, dan merancang masa depan dengan lebih matang.
Sebaliknya, jika anda sudah mempunyai pendapatan tetap, simpanan mencukupi untuk bayaran pendahuluan, dan telah meneliti pasaran hartanah membeli rumah boleh menjadi langkah awal ke arah kestabilan kewangan jangka panjang.
Menyewa atau membeli rumah selepas kahwin bukan soal siapa lebih hebat, tapi siapa lebih bijak merancang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.