Kata orang malang tak berbau. Tapi dalam kes yang berlaku kepada lelaki di England ini lain pula ceritanya.
Gara-gara tidak mengamalkan penggunaan kanta lekap dengan baik mata sebelah kanannya menjadi buta.
Menurut laporan Metro News, Nick Humpreys yang berusia 29 tahun telah buta sebelah mata kerana mendapat terkena Acanthamoeba keratitis, sejenis jangkitan parasit di dalam kornea. Jangkitan ini berlaku kerana dia tidak menanggalkan kanta lekap setiap kali mandi.
Sehingga kini dia telah menjalani sebanyak dua pembedahan dan kini sedang menunggu untuk melakukan proses pemindahan kornea.
SEBAB TAK TAHU
Jelasnya, dia tak tahu akan bahaya memakai kanta lekap ketika mandi. Dia menggunakan kanta lekap sejak tahun 2013 kerana ingin memperbaiki tahap penglihatannya terutama ketika untuk bersukan.
Jejaka malang yang mempunyai rabun dekat ini memilih untuk memakai kanta lekap kerana dia tak suka menggayakan cermin mata.
BACA: Bukan Sebab Intai Orang Mandi, Ini Sebab Berlakunya Mata Ketumbit
“Selepas mendapat jangkitan segala aktviti menjadi terbatut. Sebelum ini saya mengunjungi gimnasium setiap hari dan bermain bola tiga kali seminggu. Kini saya hanya mampu duduk di rumah sahaja selama enam bulan kebelakangan ini serta rasa macam tak bersemangat nak meneruskan hidup,” jelasnya.
Nick mula menyedari ada yang tak kena dengan matanya selepas perasan terdapar kesan calar pada matanya. Pada mulanya dia tak mengesyaki apa-apa sehinggalah ia mula serius.
Risaui dengan kondisi tersebut dia segera mendapatkan nasihat serta pemeriksaan doktor yang kemudian mendapati dia positif Acanthamoeba keratitis. Jangkitan ini disebabkan oleh mikroskopik organisma dikenali sebagai Acantamoeba yang boleh didapati di dalam air.
Enam bulan selepas mendapat rawatan doktor akhirnya membuat keputusan untuk melakukan corneal cross linking. Prosedur tersebut dilakukan untuk memberishkan jangkitan. Walau bagaimanapun matanya sukar diselamatkan dan telah menjadi buta.
APA ITU ACANTHAMOEBA KERATITIS
Acanthamoeba merupakan sejenis mikroskopik organisma yang hanya memiliki satu sel. Kearatitis pula bermaksud keradangan yang berlaku dalam kornea.
Mikroorganisme ini biasanya ditemui di dalam tanah dan juga air. Ia boleh didapati di dalam air paip, kolam renang dan juga air laut.
Jadi nasihat MASKULIN kepada anda, jika ingin melakukan aktiviti air tanggalkanlah dahulu kanta lekap agar tidak menerima nasib yang sama seperti lelaki ini. Semoga kisah ini menjadi teladan untuk kita semua agar lebih berhati-hati di masa akan datang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI