Rasanya tak sah kalau dalam sehari anda sebagai seorang lelaki tak mengeluarkan gas atau kentut setiap hari.

Kejadian alam yang boleh membuatkan orang sekeliling berasa tak selesa ini sebenarya satu proses normal. Malah kalau seseorang itu langsung tak kentut dalam jangka masa lama sebenarnya ada yang tak kena dengan kesihatan dia.

Lelaki Ini Dakwa Berjaya Cipta Ubat Mampu Buat Kentut Berbau Harum

BACA: Pad Arang Kalis Kentut Diburu, Alat Ini Mampu Halang Angin Busuk!

Kebiasaannya insan yang paling sengsara berdepan dengan ‘kelantangan’ anda berkentut ialah isteri sendiri. Bila sudah lama berkahwin rasa segan untuk melepaskan udara busuk dari punggung itu bagaikan sudah tiada. Kadang-kadang tak kira masa. Sama ada semasa tengok TV, sedang membaca di atas katil atau sedang bersenam sekali pun.

IKLAN

Seorang lelaki bersama syarikatnya di Perancis kini muncul mendakwa boleh menyelesaikan masalah kentut bau busuk. Dia mendakwa berjaya mencipta pil yang boleh membuatkan kentut berbau harum.

Macam sukar nak percaya, bukan?

IKLAN

DAKWA KAJIAN TELAH LAMA

Tapi itulah yang didakwa oleh seorang pencipta bernama Christian Poincheval dari Perancis. Katanya pil yang diciptanya itu mampu mengeluarkan bau harum seperti bunga ros dan coklat. Ya, ini bukan main-main. Tapi betul-betul. Kata dia.

Lelaki Ini Dakwa Berjaya Cipta Ubat Mampu Buat Kentut Berbau Harum
Dakwa Christian Poincheval, dia telah melakukan kajian sejak 12 tahun yang lalu untuk menciptaproduk ini.

Malah menurut laman web syarikatnya Lutin Malin, Christian Poincheval telah berusaha membangunkan dan mencipta solusi ini sejak tahun 2007. Jelasnya lagi semua bahan yang digunakan datang daripada sumber semulajadi dan langsung tak menggunakan sebarang bahan kimia atau ubatan moden.

IKLAN

Lelaki Ini Dakwa Berjaya Cipta Ubat Mampu Buat Kentut Berbau Harum

Ia kini didapati di Amazon dengan harga kira-kira RM100 sebotol yang mengandungi sebanyak 60 pil. Malah terdapat beberapa jenis bauan yang ditawarkan oleh mereka.

Pelik tapi benar Kadang-kadang dengar boleh, percaya jangan. Hehe.

Sumber: The Telegraph

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI