Mungkin itulah istilah yang sering kita dengar apabila diungkapkan oleh pasangan yang sedang bahagia bercinta. Biasalah awal perkenalan segalanya manis belaka.
Tapi bila berdepan dugaan dan cabaran itulah masanya kita boleh lihat ‘belang’ dan perangai sebenar masing-masing. Ada juga yang mula menunjukan sifat panas baran dan mudah marah bila tak puas hati.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Adelaide, Australia apabila dia mendakwa dilanggar oleh teman wanitanya dengan kereta selepas dituduh memakan sekeping kentang gorengnya.
Memetik laporan dari Daily Mail, wanita bernama Charlotte Harrison berdepan dakwaan melakukan kekerasan dan membahayakan nyawa dengan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan terhadap teman lelakinya, Matthew Finn.
Mahkamah Majistret Adelaide dilaporkan mendengar dakwaan bagaimana Matthew berdepan serangan itu akibat tidak meminta kentang gorengnya terlebih dahulu.
Ads
Foto hiasan
Kejadian yang berlaku pada 26 Februari lalu menyaksikan bagaimana Matthew mengambil kentang goreng dari hidangan ayam dan salad ketika berada di dalam kereta teman wanitanya.
“Saya ingatkan dia sudah habis makan, jadi saya fikir tak perlulah saya minta,” jelasnya kepada berita tempatan 9News di luar mahkamah.
“Saya akmbil kentang goreng itu dan dia kemudiannya memberhentikan kereta dan arahkan saya keluar”.
Charlotte bagaimanapun menafikan dakwaan yang dilakukan oleh teman lelakinya di mahmakah. Jelasnya, dia hanya memandu untuk mencari teman lelakinta di Melbourne Street kerana Matthew dikatakan tidak sihat.
Ads
Ketika sedang melakukan pusingan ‘U’ dia mengatakan tidak sengaja terpijak pedal minyak dan terus menuju ke trafik bertentangan.
Menurut peguam mewakili Charlotte, dari rakaman CCTV mungkin membuatkan ia kelihatan seperti ada percubaan untuk membahayakan nyawa pengadu.
Bagaimanapun, Matthew percaya dia cuba melanggarnya.
Ads
Terdapat adegan dramatik sejurus sebelum Harrison dan Finn berada di mahkamah, dengan wanita itu secara mendadak memecat peguamnya yang diupahnya, secara ringkas mewakili dirinya, dan kemudian memanggil peguam cara bertugas untuk mendapatkan bantuan guaman.
Peguam yang bertugas berhujah dia telah ‘mematuhi polis’, ‘tidak melarikan diri dari tempat kejadian’, dan sepatutnya berhak diikat jamin.
Wanita berusia 42 tahun itu kini berdepan perintah tahanan rumah sehingga Jumaat, di mana dia akan menyelesaikan permohonan ikat jaminnya.
Semoga kejadian seperti ini dijadikan pengajaran untuk kita semua terutamanya yang ada pasangan. Bertolak-ansurlah dalam apa jua situasi.
Park Hyung Sik ‘potong’ Kim Soohyun jadi pelakon dengan bayaran termahal di Korea. Nampaknya Park Hyung Sik sudah pun ‘potong’ Kim Soo-hyun sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi di Korea sekarang. Pada masa yang sama Kim Soo-hyun pula sedang berdepan dengan kontroversi yang sedang hangat diperkatakan.
Untuk drama barunya Doctor Slump, Park Hyung Sik dilaporkan dibayar sebanyak 500 juta won (lebih kurang RM1.5 juta) untuk setiap episod. Dengan 16 episod kesemuanya, jumlah bayaran itu boleh mencecah sekitar 8 bilion won (RM24.1 juta).
Selain itu, dia juga bakal muncul dalam sebuah thriller bertajuk Buried Hearts. Projek itu dijangka akan menambah lagi pendapatan aktor tersebut walaupun buat masa ini belum banyak info didedahkan.
Sebelum ini, Kim Soo-hyun pun pernah mendapat bayaran yang sama untuk lakonannya dalam dramaIt’s Okay to Not Be Okay dan One Ordinary Day. Namun sekarang ramai mula membandingkan kedua-dua pelakon ini.
Park Hyung Sik nampaknya makin ‘naik daun.’ Akaun Instagramnya pun sudah mencapai lebih 13.1 juta followers! Dari dulu dia sudah ada nama dalam dunia muzik sebagai ahli ZE:A, tapi sekarang dia memang sudah dikenali sebagai hero drama popular seperti The Heirs, Strong Girl Bong-soon, dan Happiness.
Dalam masa yang sama, kerjaya Kim Soo-hyun sedikit goyah selepas dikaitkan dengan kontroversi membabitkan mendiang pelakon Kim Sae-ron, yang baru meninggal dunia pada usia 24 tahun.
Keluarga Kim Sae-ron mendakwa maklumat palsu yang tersebar menyebabkan tekanan mental pada mendiang, dan mereka mahu tindakan undang-undang diambil terhadap penyebar cerita palsu itu.
Ada juga khabar angin yang menyatakan Kim Soo-hyun cuba menjauhkan diri dari isu ini. Bagaimanapun keluarga Kim Sae-ron berharap agar pelakon itu tampil jujur tentang hubungan masa lalu mereka supaya tidak timbul lebih banyak salah faham.
Fakhrusy Syakirin Rostam berharap perubahan teknikal yang dilakukan dalam saingan CP150 akan menjadikan perlumbaan lebih seimbang diantara jentera Honda dan Yamaha pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS, Serdang, 15 dan 16 Julai ini.
Pelumba SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing itu akui setakat empat pusingan lepas, jentera Honda mereka gagal untuk memberikan saingan kepada jentera Yamaha yang sentiasa mendominasi pentas podium dalam perlumbaan akhir.
Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba tunggal yang meraih podium buat pasukan yang menggunakan jentera Honda dengan menduduki tempat ketiga pada pusingan pembukaan di Temerloh manakala pencapaian terbaik Fakhrusy di tempat kelima pada pusingan lepas di Teluk Intan.
Jelasnya, pasukan masih bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan yang terbaik, memang diakui ketika ini jentera kami agak ketinggalan berbanding jentera lain.
“Apa yang kami lakukan ketika ini bagi menutup kelemahan ini adalah dengan meningkatkan keupayaan fizikal dan teknik berlumba untuk memberikan lebih cabaran,” katanya.
Tambahnya, perubahan teknikal yang diputuskan baharu ini juga belum teruji sama ada kami mampu untuk mengurangkan jurang perbezaan jentera, namun saya berharap ia akan dapat menjadikan perlumbaan musim ini lebih seimbang. Kita lihat bagaimana keadaan di Maeps nanti,” jelas Fakhrusy.
Selepas empat pusingan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) sedang mendahului kedudukan dengan 51 mata diikuti Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) kedua dengan 50 mata. Fakhrusy di tangga ke-10 dengan 19 mata.
Jika ditanya kepada mana-mana lelaki pun, takkan ada lelaki yang berharap untuk menjadi duda apatah lagi tika usia masih muda. Namun sebagai manusia, perancangan kita masih terbatas pada perancangan Maha Esa yang lebih utama. Tidak ada celanya menjadi duda, tetapi tidak semua mampu untuk menghadapinya dengan tenang dan bersahaja. Maskulin menemu bual Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie Terkemuka, Puan Suzana Bt Ghazali untuk merungkai lanjut bagaimana seorang lelaki melayari kehidupan sambil membawa status duda.
Fenomena duda pada usia muda
Tidak kiralah siapa punya angkara hingga perlu memegang status duda, apa yang penting bukanlah penyebab pada status diterima kini, sebaliknya yang paling utama adalah bagaimana meneruskan hidup dengan status baru tersebut. Status bukan penentu kemuliaan atau ketinggian darjat. Jika berperanan dan bersikap baik, duda ialah sama seperti lelaki yang bujang atau masih kekal dalam perkahwinan, berhak untuk mencipta bahagia mereka tersendiri.
Apa yang menjadi masalah adalah apabila ada duda yang mengambil tindakan salah, membenci wanita atau menyalahkan semua wanita dengan kegagalan dalam perkahwinannya. Ini terutama sekali kes isteri curang, menjadikan wanita seterusnya yang hadir dalam hidup mereka sebagai mangsa dendam. Jika ini pendirian anda terhadap wanita, anda sukar bahagia bila berpasangan semula sedangkan realitinya pasangan dikurniakan untuk saling menyempurnakan kehidupan.
Cabaran perlu ditempuhi
1-Mendapat pasangan baru
Terutama bila status duda diperoleh apabila isteri memfailkan takliq atau fasakh. Rekod mereka sebagai calon suami yang baik seakan tercalar. Realitinya manusia boleh tersalah atau bersalah tapi mereka juga boleh berubah. Sejarah lalu tidak boleh dijadikan penentu atau tanda ukur untuk kehidupan yang akan datang. Jika Allah mampu memberi peluang untuk hamba-Nya berubah, kenapa tidak kita sesama manusia?
2-Memelihara dan membesarkan anak
Biasanya jika perceraian melibatkan hak jagaan, anak diberikan kepada bekas isteri. Ada lelaki berstatus duda yang tidak dibenarkan mengambil tahu segala hal berkaitan anak atau anak-anak yang diberikan hak jagaan kepada bekas isteri. Keadaan ini boleh memberikan tekanan kepada si lelaki, seakan peranan dan hak sebagai ayah turut dirampas bersama status sebagai suami. Jika ini berlaku, boleh dapatkan penguatkuasaan perintah di mahkamah agar diri dibenarkan melaksanakan tanggungjawab sewajarnya sebagai ayah.
Sama juga jika si lelaki ialah orang yg bertanggungjawab menjaga anak sama ada isterinya meninggal atau sememangnya hak jagaan diserahkan kepadanya dan bekas isteri diberikan hak lawatan. Cabaran diterima. Adakah ada jaminan bahawa kebajikan anak terbela jika dia berkahwin baru? Lantaran, perlu berhati-hati dalam memilih calon isteri baru agar anak-anak tidak menjadi mangsa ibu tiri.
Persediaan dan penyelesaian
1-Kewangan
Sama seperti lelaki bujang atau berkahwin, duda juga masih menjadi ketua rumah tangga jika dia mempunyai anak. Ini bererti dia perlu membiayai segala keperluan anak-anaknya walau anak tersebut berada bersama bekas isteri atau mertua atau dengan sesiapa saja yang ditentukan oleh Mahkamah Syariah termasuk dengan ibu bapa sendirinya. Ini kerana tanggungjawab sebagai ayah adalah membiayai segala keperluan si anak hingga anak tersebut mampu berdikari.
Menjadi duda bukan bermaksud anda bebas tanggungjawab jika mempunyai anak. Lantas, perlu berusaha tahap maksima bagi membiayai keperluan anak – keperluan sahaja, bukan kemewahan atau perlu penuhi segala kehendak melampau bekas isteri. Status baru memberikan kelebihan untuk memperuntukkan lebih masa untuk bekerja lebih keras mendapatkan kewangan yang lebih kukuh. Tetapi ia perlu juga adil buat diri sendiri, bukan sampai menganiayai diri seperti bekerja tanpa rehat atau cuti. Anda juga diberikan hak untuk menjaga kebajikan diri.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberikan seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – Surah Al-Talaq ayat 7.
2-Emosi / mental
Perlu lebih bertenang dan banyakkan bersabar. Bila anda bertenang, fikiran akan berfungsi sewajarnya. Mengikut kajian kesihatan juga, ketenangan akan menyebabkan hormon positif menguasai diri seterusnya membiakkan aura positif juga. Bila dalaman anda positif, pastinya luaran juga boleh positif. Manusia yang positif akan mampu hadapi dan terima apa saja ujian kerana ia dianggap sebagai cabaran yang bila mampu diatasi menjadi bukti kekuatan dan kematangan diri.
Kita tidak mampu merubah rencanaNya yang telah berlaku tetapi kita masih boleh berusaha dan berikhtiar agar hari depan kita lebih baik berbanding hari ini. Tiada manusia yg inginkan kekecewaan dan kegagalan tapi hanya kekecewaan dan kegagalan mampu menjadikan kita sebagai manusia yang benar-benar menghargai erti keceriaan dan kebahagiaan.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
3- Perhubungan
Kegagalan dalam satu perhubungan bukan bererti anda akan gagal juga dalam perhubungan seterusnya. Jodoh adalah ketentuanNya. Biasanya mempunyai kaitan dengan kesesuaian dan keserasian antara dua orang individu. Bila tiada keserasian atau kesesuaian maka akan timbul ketidaksefahaman. Lantas, perhubungan tidak dapat diselamatkan lagi. Maka, kenapa perlu berduka dengan cerita lama?
Nyata anda dan dia tidak punya kesesuaian dan keserasian. Biarkan kisah lama menjadi sejarah dan teladan serta pengajaran untuk mencipta hubungan baru dengan individu yang lebih baik, sesuai dan serasi untuk hidup bersama anda. Bunga bukan sekuntum. Bukan semua bunga juga busuk. Berikan peluang kepada diri sendiri untuk mencipta bahagia dengan syarat, tutup buku lama dan bukalah buku baru dengan kekal mengambil iktibar atas kesilapan lalu.
Realiti dalam masyarakat
1-Dilema paling utama yang bakal menimpa si duda adalah tekanan nafsu. Tiada lagi tempat untuk melepaskan keinginan batin. Sedikit sebanyak ini boleh menambahkan lagi tekanan hidup si duda.
2-Dianggap BEBAN sekiranya mempunyai anak daripada perkahwinan yang dahulu. Bagi pihak keluarga yang bakal menerima menantu berstatus duda ini, mereka risau sekiranya anak perempuan mereka dikahwini semata-mata untuk dijadikan ‘pengasuh’.
3-Ritual masyarakat terutamanya masyarakat Melayu sering menganggap status duda atau janda seperti ‘second class’. Malah masyarakat beranggapan golongan sebegini hanya layak berkahwin dengan individu yang juga berstatus duda atau janda sahaja dan bukannya dengan individu bujang. Jika ini berlarutan dan anda hanya mementingkan pandangan masyarakat sahaja, maka si duda dan janda mungkin tidak berkahwin sehingga akhir hayat mereka.
4-“Shyla bercerai mungkin disebabkan suaminya yang ada perempuan lain”. Ini adalah persepsi pertama oleh masyarakat apabila mendengar berita penceraian. Walau hakikat punca sebenar cerai tidak diketahui umum. Maka secara tidak langsung pandangan serong atau negatif ini sentiasa melekat kepada si duda.
5-Berkemungkinan akan mendapat simptom ‘gila talak’. Si duda tidak dapat menerima hakikat atau cemburu jika jandanya atau bekas pasangannya mempunyai pasangan baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.