Sebagai pengguna laman media sosial anda pastinya sudah terbiasa atau pernah nampak rakan-rakan atau artis terkenal menggunakan filert Snapchat untuk tukar jantina.
Filter ubah suai wajah itu boleh menukarkan dan membayangkan wajah anda menjadi jantina berlainan. Dan ia cukup tular di kalangan pengguna laman media bukan sahaja di Snapchat malah dikongsi ke pelbagai platform lain.
Tapi berbeza buat seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga seorang pelajar kolej di San Francisco Bay Area apabila dia menggunakan filter itu untuk menyamar menjadi gadis bawah umur bagi memerangkap pedofilia di atas talian.
Jejaka berusia 20 tahun ini pada mulanya terinspirasi untuk melakukan sesuatu selepas mendengar kisah kawan baiknya yang dicabul ketika kanak-kanak. Jadi dia mencipta persona seorang gadis bawah umur dengan menggunakan foto dirinya yang diubah jantina dengan filter istimewa Snapchat tersebut di laman mencari pasangan terkenal, Tinder.
Selepas memuat naik foto tersebut, tidak lama kemudian Ethan mendapat respons daripada seorang lelaki. Mesej lelaki tersebut pada mulanya menyatakan keiginannya untuk berkenalan, tapi lama-kelaman ia berubah menjadi satu perbualan berbaur lucah.
BACA: 7 Tanda Anda Suka Layari Laman Web ‘Tak Sihat’, Berubahlah Ya!
Selepas perbualan itu berlanjutan Ethan mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana risau dengan kemungkinan dan kecenderuangan lelaki tersebut sebagai seorang pedofilia.
Tapi ada satu perkara mengekutkan berlaku. Lelaki tersebut rupa-rupanya seorang anggota polis di San Mateo. Undang-undang tidak melindungi sesiapa sahaja.
Lelaki dikenali dengan nama Robert Davies telah dirahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki membincangkan aktiviti seksual dengan kanak-kanak atau remaja bawah umur.
Jelas Ethan lagi, perbualannya dengan Robert berlanjutan selama 12 jam. Risau akan perkara itu dia menghantar salinan perbualan kepada Crime Stoppers.
Syabas kepada Ethan yang melakukan tindakan tepat melaporkan kepada pihak berkuasa. Kepada anda jika ternampak mana-mana individu mengeluarkan komen, berkongsi foto atau video gadis bawah umur laporkan segera kepada pihak berkuasa!
Sumber: NBC
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI