Viral di media sosial mengenai seorang netizen yang berwajah mirip penyanyi terkenal Hael Husaini memuat naik gambar sebiji macam idolanya. Ada yang memuji dan tidak kurang hebat juga netizen yang mengecam tindakan jejaka Adam zainee ini untuk menukar wajahnya seperti Hael Husaini yang diinginkannya.
Demi kelihatan seperti penyanyi kesayangannya, dia dikecam hebat kerana sanggup menghabiskan ribuan ringgit. Namun begitu, menurut Adam kenyataannya itu hanyalah satu sindiran buat netizen yang mengecamnya sebelum ini dan dia tidak membuat sebarang pembedahan seperti diakuinya. Apabila diamati, suaranya juga hampir menyerupai Hael serta turut menyimpan misai pendek seperti penyanyi itu.
Rasanya ini adalah kali pertama kita mendengar kes seumpama ini di tanah air yang melibatkan penyanyi lelaki. Jika sebelum ini kita sudah mempunyai Ziana Zain 2 mana tidak kita mempunyai Hael Husaini 2 pula bukan?
Sumber : instagram adamzainee