Viral di media sosial mengenai seorang netizen yang berwajah mirip penyanyi terkenal Hael Husaini memuat naik gambar sebiji macam idolanya. Ada yang memuji dan tidak kurang hebat juga netizen yang mengecam tindakan jejaka Adam zainee ini untuk  menukar wajahnya seperti Hael Husaini yang diinginkannya.

Lelaki Ini Habis 45K Demi Jadi ‘Klon’ Hael Husaini, Siap Buat Pembedahan Rahang & Cucuk Botoks

Lelaki Ini Habis 45K Demi Jadi ‘Klon’ Hael Husaini, Siap Buat Pembedahan Rahang & Cucuk Botoks

IKLAN

Habiskan RM45 Ribu Untuk Kelihatan Seperti Hael Husaini

Malah Adam turut membuat pendedahan berani apabila dia mengaku telah membelanjakan hampir RM45 ribu bagi membuat pembedahan di kedua-dua bahagian rahangnya serta turut mencucuk botoks pada bahagian bibir, hidung, dagu serta pipinya.

Hanya Sindiran

Demi kelihatan seperti penyanyi kesayangannya, dia dikecam hebat kerana sanggup menghabiskan ribuan ringgit. Namun begitu, menurut Adam kenyataannya itu hanyalah satu sindiran buat netizen yang mengecamnya sebelum ini dan dia tidak membuat sebarang pembedahan seperti diakuinya. Apabila diamati, suaranya juga hampir menyerupai Hael serta turut menyimpan misai pendek seperti penyanyi itu.

IKLAN

Lelaki Ini Habis 45K Demi Jadi ‘Klon’ Hael Husaini, Siap Buat Pembedahan Rahang & Cucuk Botoks

IKLAN

Rasanya ini adalah kali pertama kita mendengar kes seumpama ini di tanah air yang melibatkan penyanyi lelaki. Jika sebelum ini kita sudah mempunyai Ziana Zain 2 mana tidak kita mempunyai Hael Husaini 2 pula bukan?

Sumber : instagram adamzainee

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI