Lelaki Ini Kongsi Cara Daftar eCCRIS Yang Boleh Dicetak Terus Dari Rumah Secara Percuma & Mudah

Share

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan platform elektronik untuk sistem Central Credit Reference Information System (CCRIS). Platform ini dikenali sebagai eCCRIS. Sisitem elektronik ini diwujudkan bagi memudahkan para pengguna mendapatkan data tentang segala hutang pengguna dengan pihak bank.

Seperti semua maklum, CCRIS adalah sistem dimana tersimpan semua rekod pinjaman secara peribadi dan daripada CCRIS ini juga pihak bank merujuk untuk meluluskan permohonan pinjaman anda yang baru.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara untuk mendaftar eCCRIS ini di BNM. Beliau yang dikenali sebagai Harith Faisal telah memuat naik beberapa keping gambar cara mendaftar menggunakan Kiosk CCRIS yang terdapat di Bank Negara Malaysia. Jom ikuti perkongsian yang bermanfaat ini dan boleh lah kita mendaftar dengan segera.

1. Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Ni alamatnya,

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur


2. Bila dah sampai depan kiosk tu, kau kena pilih bahasa apa yang kau nak. Bahasa Malaysia atau English. Nak bahasa lain, kau kena pergi negara lain. Okay tak lawak.


3. Klik eCCRIS.
4. ‎Klik “Daftar Pengguna” segera. Tak payah nak fikir lama-lama sangat. Bukannya kau tengah jawab soalan sejarah SPM pun.

5. Kemudian, kau kena masukkan kad pengenalan dan sediakan jari kau untuk pengesahan biometrik. 

6. Dia akan minta nombor telefon bimbit kau. Senang cerita, masukkan nombor telefon yang ada kat kau waktu tu. Klik “Teruskan”.  


7. Semak balik info kau. Bila dah yakin semua betul, bolehlah klik “Sahkan” dengan penuh keyakinan.

8. Kau akan dapat PIN 6 digit kat nombor telefon yang kau daftarkan tadi di smartfon kau yang mahal tu.

9. Kemudian, masuk ke link ni 
https://eccris.bnm.gov.my/. Hah! Macam inilah rupa website dia. Kau klik “First Time Login”.


10. Nationality pilih “Malaysia”. ID Number letak nombor kad pengenalan tanpa simbol. PIN kau masukkan ikut PIN yang kau dapat tadi tu.

11. Kemudian, kau kena daftar User ID, kata laluan, security question, security image. Kata laluan tu tersangatlah penting. Ingat baik-baik. Jangan main hentam saja.

12. Dah selesai. Kau dah boleh buka semula linkhttps://eccris.bnm.gov.my/ dan masukkan User ID dengan kata laluan.

13. Nak dapatkan eCCRIS kau macam ni. Klik “Enquiry” kat tab atas tu dan pilih “Self Enquiry”.


14. Kau kena baca “Disclaimer” yang terpapar kat situ kemudian tick “I agree” dan klik “Report Enquiry”. Lepas tu, kau akan dapat tengok kau punya laporan CCRIS tu.

15. Siap, Jadi lepas ni kau tak payah nak peluh ketiak pergi Bank Negara. Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya gerakkan jari jemari saja. Dahlah FREE pula tu.
Semoga bermanfaat kepada anda semua…
Sumber : Harith Faisal
Via : Siakap Keli
IKLAN