“Suami mana yang tak sayang bini oi!”

Itu antara istilah yang sering kita dengar bila bercakap tentang hubungan seorang suami dan isteri. Tapi kalau hanya manis di mulut sahaja pun tak ada gunanya juga.

Sebagai seroang suami adan bertindak sebagai pemimpin, ketua keluarga, pelindung dan kekasih isteri yang paling hebat. Disebabkan itu anda harus memahami kehendak isteri. Dan bila bercakap tentang kehendak ia bukan semata-mata kehendak makan, minum, tempat tinggal dan pakaian sahaja.

Anda juga bertanggungjawab memastikan isteri sentiasa gembira dan bahagia. Selain kasih sayang anda tiada perkara yang lebih membahagiakan mereka selain dimanja-manja dan dibelai. Salah satu cara memanjakan isteri ialah dengan memastikan dia sentiasa kelihatan cantik.

Lelaki Ini Kongsi Mengapa Suami Perlu Beli Make Up Untuk Isteri & Kelebihannya Untuk Hubungan

BACA: “Terima Kasih Sebab Manjakan Abang Dengan Urutan Seksi Ini’ – Suami Bahagia

Dan untuk itu anda harus sentiasa peka dengan kehendak isteri untuk tampil cantik. Maka janganlah kedekut untuk berbelanja sedikit wang untuk membelikan isteri make up atau alat solek.

Seorang lelaki yang juga suami pernah berkongsi tip serta kebaikan yang diperolehi jika memanjakan isteri dengan cara ini. Beliau yang bernama Akhtar Syamir juga dikenali sebagai BroOhsem melakukan perkongsiannya di Facebook tentang betapa pentingya untuk seorang suami membelikan make up untuk isteri.

Jom baca perkongsian beliau di bawah.

IKLAN

 

Lelaki Ini Kongsi Mengapa Suami Perlu Beli Make Up Untuk Isteri & Kelebihannya Untuk Hubungan

SEBAB ANDA PERLU BELI MAKE UP UNTUK ISTERI

Kenapa semua suami perlu mula belikan make up untuk isteri?

Bagi saya, benda nie amat penting untuk menambah keyakinan isteri. Terutamanya isteri suri rumah yang terpaksa mengharapkan suami untuk membelinya.

Boleh je kita sebagai suami memberi alasan yang benda ini semua membazir dan tidak perlu. Jika anda jenis suami sebegitu, silalah tekan butang back dan beredar dari penulisan ini. Kerana ini bukan untuk anda.

KESAN FIZIKAL & ROHANI

Kenapa saya rasa make up ini penting? Kerana saya lihat sendiri perubahan yang terjadi kepada isteri saya secara fizikal dan rohaninya.

IKLAN

Kena selami dan fahami naluri isteri yang sentiasa ingin nampak cantik. Memang kecantikan itu patut ditunjukkan kepada suami sahaja, tetapi kecantikan itu sendiri membuat isteri rasa yang dia membanggakan suaminya. Ini sekaligus menambah keyakinan diri di dalam perhubungan suami isteri.

Cuba anda sekali sekala sebelum keluar bersama isteri, berhenti sebentar dan mengagumi serta memuji kecantikan isteri. Anda tak tahu betapa di dalam hatinya terlompat – lompat kegembiraan disebabkan pujian itu.

Kesan dia boleh nampak dengan serta merta. Isteri akan mula memegang anda dengan lebih erat semasa berjalan, isteri akan selalu tersenyum, isteri akan nampak gembira dan ceria, hubungan dengan anak – anak akan jadi lebih baik, sangat berkurang keadaan tegang di rumah, serta rumah anda akan terasa lebih aman harmoni.

Isteri yang gembira = keluarga yang gembira. Terapkan ayat ini di dalam hati kita. Jagalah isteri anda sebaik mungkin, ambil tahu keperluan rohani si isteri. Terutamanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda sahaja tempat untuk isteri bergantung harap.

BELI APA YANG ISTERI PERLU

Pusing la macam mana pun, kita juga akan dapat hasilnya. Janganlah berkira, bukan mahal mana pun. Semuanya boleh tahan berbulan – bulan. Mulakan dari sekarang, tanya isteri. Tawarkan diri untuk beli alat solek untuk isteri. Bukan susah pun. Semuanya ada di lazada.

Keyword dia mudah. Bukan perlu beli semua, minta isteri beritahu yang mana dia betul – betul perlukan dahulu. Kemudian cuba beli yang lain pula bila ada kemampuan.

IKLAN
  • Blusher
  • Concealer
  • Foundation
  • BB cream
  • Matte / nudes lipstick
  • Toner
  •  Foundation
  • Eye brow pencil
  • Eyeliner
  • Eyeshadow
  • Moisturizer
  • Toner
  • Serum
  • Mascara
  • Make up brush
  • Make up remover
  • Make up sponge
  • Make up box
  • Compact powder
  • Face mask

CARI & BANDINGKAN HARGA

Guna Lazada atau Shopee untuk bandingkan harga. Ada je yang murah – murah, tengok review orang yang dah beli supaya lebih yakin.

Kalau tak nak beli kat Lazada atau Shopee pun takpe, boleh juga tengok yang di Watsons ( tengah offer ? ) atau drugstore yang lain. Pastinya boleh belek sendiri untuk lebih yakin.

Semoga dengan penulisan ini dapat suami lebih menggembirakan isteri. Jangan segan untuk berkongsi post ini kerana semua suami wajib tahu kepentingan make up dan produk penjagaan muka isteri.

Untuk suami, mudah je. Macam dalam gambar tu. Ada sikat, gel rambut, deodorent dengan minyak wangi dah cukup hensem. Hahaha..

Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

BroOhsem


 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI