Perlu kita akui bahawa sesetengah telefon pintar mempunyai harga pasaran yang agak tinggi terutamanya dalam kelas flagship. Paling kurang pun harga telefon pintar dalam kelas ini berharga RM2500 ke atas.

Oleh sebab itu ramai yang kurang mampu memilih untuk membeli telefon pintar kelas pertengahan dan juga entry level.

Tapi menariknya telefon pintar flagship ini rata-ratanya mempunyai nilai selepas jualan yang agak baik. Dalam erti kata bahasa senangnya, ia ada harga jika anda memilih untuk menjualnya semula.

Untuk anda yang ingin membeli telefon pintar terpakai atau secondhand pastinya berdepan dengan risiko yang anda tak dapat elak. Ini terutamanya bilaanda membeli dengan seller persendirian secara online.

Jadi untuk mengelak daripada kena tipu anda harus peka dengan beberapa perkara sebelum membeli telefon pintar terpakai. Seorang pengguna Twitter bernama Iqmal Azmi dengan tweethandle, @iqmalhafizbzz telah melakukan posting bebenang yang cukup menarik dan berguna untuk dikongsikan bersama.

Menerusi bebenang tersebut, Iqmal banyak berkongsi dan memberikan tip bagaimana untuk membeli telefon pintar terpakai.

Jom ikuti perkongsiannya.

PROS 

Perkara pertama yang anda perlu tahu sebelum membeli telefon pintar secondhand ini adalah pros dan cons. Apakah kebaikan dan keburukannya.

Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu

CONS

Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu

TEMPAT TERBAIK UNTUK SURVEY

Di mana anda nak beli telefon pintar terpakai? Kalau beli online ini adalah antara tempat yang ada pilihan banyak.

IKLAN

Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu

COD & BAWA KAWAN MAHIR

Bila anda sudah jumpa telefon yang berkenan di hati, bolehlah berjumpa dengan seller. Dinasihatkan anda membelinya secara COD sahaja! Lagi baik kalau bawa kawan yang mahir selok-belok telefon pintar.

Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu

PERIKSA KONDISI TELEFON

Dapat sahaja teelfon pintar jangan bayar dahulu. Periksa berdasarkan checklist di bawah.

Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu

Skrin

Periksa jika ada sebarang retak/pecah. Kalau boleh bukak tempered glass seller tu. Check juga utk dead pixels. Cara senang korang Google gambar white background. Pastu letak full-screen or as wallpaper. perhatikan if ada bintik hitam. Kalau tak sempurna, jangan beli.

IKLAN

Speaker

Bagi aku tak penting sbb mostly aku guna earphone. Tapi yang penting call quality. Suruh member yang teman korang tu utk call nombor korang yang dah letak simkad dalam phone tersebut. Pastu check call quality. Kalau boleh dengar jelas, dah cukup bagus.

Charging port

Self explanatory. Check boleh connect charger atau tak. Selalunya masalah charging port ni dia longgar sikit. Kalau longgar banyak tu bermasalah, maka jangan beli. Longgar sikit takpa ok?

Camera

  • Boleh autofocus perfectly
  • Gambar sharp (no blur keterlaluan)
  • Tiada light glare/silau keterlaluan walaupun lens bersih (lap pakai kain/baju). Gambar bawah ni contoh glare.
  • Flashlight

Fingerprint/Face ID

Kalau kedua-dua ni rosak aku sarankan jangan beli. Takkan nak unlock phone pakai pattern/password lagi kot? C’mon baik pakai Samsung Corby kalau macamtu.

IKLAN

WiFi

Check pakai Hotspot korang.

Mobile Data

Masukkan simkad korang pastu test data.

GPS

Check GPS through waze. If korang ada kat open area contohnya dekat kedai mamak ke, supposedly GPS akan berfungsi.

PERKARA YANG TAK BERAPA PENTING

Tip Beli Handphone Secondhand, Antaranya Beli Dengan Cara COD Agar Tak Tertipu

Itulah antara tip yang berguna untuk anda rujuk sebelum membeli telefon pintar. Jika ingin info lanjut tentang apakah telefon pintar terbaik berdasarkan bajet anda, bolehlah ikuti thread penuh dari saudara Iqmal Azmi di sini.

Sekali lagi MASKULIN ucapkan terima kasih kepada saudara Iqmal Azmi kerana sudi membenarkan kami berkongsi tip yang cukup berguna ini kepada pembaca.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI