Lelaki Ini Kongsi Tip Buat ‘Mask Homemade’ Untuk Pudarkan Parut Jerawat & Cerahkan Kulit!

Share

Perkara yang buat kita tertekan bila muka naik jerawat, bila adanya parut hitam yang memburukkan wajah. Nak pudarkan parut jerawat dan cerahkan kulit bukanlah mudah. Jika anda sudah mencuba pelbagai produk tapi parut masih belum hilang, apa kata cuba cara ini.

Herry Rozular di laman Facebook miliknya berkongsi tip membuat ‘mask homemade’ yang boleh anda gunakan untuk pudarkan parut jerawat dan mencerahkan kulit menggunakan bahan semula jadi.

Jom ikuti perkongsiannya.

Betik ni buah yg terkenal dgn sumber beta-carotene yg penuh dgn enzim yg bagus utk kulit kita. Enzim dlm betik ni boleh melambatkan proses terjadinya kedutan kat muka n lawan jugak radikal bebas yang boleh rosakkan kulit kita.

Enzim dipanggil “papain”, sejenis enzim yg boleh cerahkan kulit n pudarkan jugak parut jerawat tauu. Bukan tu jgk, dgn mengamalkan betik ni secara konsisten boleh buat kulit muka kita lagi lembut !

Gabungan antara madu yg terkenal dengan boleh lembapkan kulit n rawat jerawat, dan lemon yg jgk berfungsi utk pudarkan parut jerawat, kecilkn pori, cerahkan kulit pendek kata mask ni memang sesuai sangaaat kpd sesapa yg nak cerahkan kulit, rawat sunburn, nak lembapkan kulit, and pudarkan parut jerawat uols tuuu.

Segala bahan2 dan cara nak buat mask simple n cukup2 powerrr ni saya dah attachkan di bawah, cukup2 jimat kalau malas nak beli mask yang jenis sheet boleh pakai sekali tu, tapi ni siap boleh share ngan mak, adik, eh semua lah ? selamat mencuba dan jangan lupa share ?

Bahan2:

2 sudu besar madu
Setengah biji lemon
Sedikit betik. Betik masak yaaa.

Cam snowman pulak gmbr ni ?

Isi air ke dalam blender lebih kurang mcm gmbr dlm ni. Agak2 je. Jgn byk sgt ya. Tu bawah lagi dri sukatan 0.5.

Masukkan dua sudu madu tadi.

Perah cik lemon. BIJI BUANG. Perah je sampai habis. Kalau rasa tak daya nak perah, byg la tengah lepas geram ke ?

Masukkan betik tadii. Saya potong camni. Ikut la nak potong mcm mna, tak kisahhh.

Blend semuaaaa ! Sampai hancur ye.

Lepas dah agak hancur tu tapis ya. Nak air dia je.

Ni saya tapis dua kali sbb memang nak jus dia je.

Sediakan kapas ! Bilangan kapas ni depend la ye dekat individu masing2, kalau muka besar mcm stadium bukit jalil tu mmg byk sikit la pakai hahaha ?

Celupkan kapas dalam kita punya ‘essence’ ni ye.

Haaa sampai dia jadi camni ehh.

Pastu tempek je la kat muka, camni haa. Best, sejuk je muka. Pakai dalam 20-25 minit and bilas. Mmg lepas pakai muka rasa soft, pori2 pun nampak kecik sikit. Amalkan seminggu sekali ya ?? selamat mencuba !

IKLAN