Apabila sebut tentang kanser payudara, kebanyakan lelaki anggap ia hanya penyakit wanita. Tapi realitinya, lelaki juga tak terkecuali. Lebih mengejutkan, menurut pakar, sel kanser yang menyerang lelaki jauh lebih agresif berbanding wanita!

“Walaupun hanya satu peratus kes, kanser payudara lelaki adalah nyata. Dan kebanyakan kes yang dirawat sudah di tahap lewat kerana pesakit malu atau tak tahu,” jelas Prof Dr See Mee Hoong, Ketua Unit Pembedahan Payudara, PPUM.

Lelaki Juga Berisiko Kanser Payudara, Sel Kanser Menyerang Lelaki Jauh Lebih Agresif
Dr See Mee Hoong

Tisu Payudara Lelaki Juga Boleh Jadi Sel Kanser

Ramai tak tahu, lelaki juga mempunyai tisu payudara, cuma saiznya lebih kecil. Bila berlaku mutasi genetik, ketidakseimbangan hormon atau gaya hidup tidak sihat seperti merokok, tisu ini boleh bertukar menjadi kanser. Tambah usia dan kondisi seperti gynecomastia (pembesaran tisu dada lelaki), risiko jadi lebih tinggi.

Antara faktor risiko utama:

  • Mutasi genetik (termasuk gen BRCA2)

  • Sejarah keluarga dengan kanser payudara

  • Merokok

  • Gaya hidup tidak sihat

  • Ketidakseimbangan hormon

  • Obesiti atau berat badan berlebihan

“Jangan anggap nisbah kecil satu dalam 100,000 itu sebagai alasan untuk abaikan. Kanser payudara lelaki memang jarang, tapi kalau kena, impaknya sangat besar,” tegas Prof Dr See.

Ads

Lelaki Juga Berisiko Kanser Payudara, Sel Kanser Menyerang Lelaki Jauh Lebih Agresif

Simptom Yang Lelaki Selalu Abaikan

Kanser ini selalunya bermula dengan simptom kecil tapi sering dianggap tidak serius, antaranya:

Ads
  • Ketulan atau benjolan keras di sekitar dada

  • Kulit payudara berkedut, kemerahan atau bersisik

  • Puting masuk ke dalam atau keluar cecair

  • Rasa sakit atau tidak selesa di sekitar dada

Kalau anda rasa ada yang tak kena, jangan tunggu. Pemeriksaan seperti ultrasound, mamogram atau biopsi boleh mengesahkan sama ada ia serius atau tidak.

Jaga Kesihatan

Maskulin bukan sekadar otot besar atau badan tegap. Ia tentang keberanian menghadapi realiti, termasuk risiko penyakit yang jarang disebut. Stigma dan rasa malu hanya akan melambatkan rawatan, sedangkan pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Ads

“Lebih awal kanser dikesan, lebih tinggi peluang sembuh. Jangan biarkan rasa malu jadi punca nyawa terancam,” pesan Prof Dr See.

MASKULIN TIP:

  • Lakukan pemeriksaan kendiri payudara secara berkala

  • Jika ada sejarah keluarga, maklumkan kepada doktor

  • Jauhi rokok & amalkan gaya hidup sihat

  • Jangan abaikan perubahan fizikal di bahagian dada

Kesimpulannya, kanser payudara bukan isu wanita semata-mata. Lelaki juga berisiko lebih-lebih lagi jika gaya hidup anda kurang sihat atau ada sejarah genetik keluarga. Tak kira setegap mana fizikal anda, kesedaran dan tindakan awal adalah perisai paling ampuh.
Kalau anda sayang diri, jangan tunggu hingga terlambat.

BACA LAGI : Pil Perancang Lelaki Tanpa Ganggu Testosteron, Siap Boleh ‘Rehatkan’ Sperma!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads