
Dengar memang lucu, tetapi ini yang Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin sudah umumkan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) baru dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila suami yang beristeri lebih dari satu perlu memohon kebenaran polis jika ingin berjumpa isteri-isterinya yang lain.
Menurutnya, Polis akan pertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu terlebih dahulu sama ada diluluskan ataupun sebaliknya.
Tambahnya, jika si suami ingin melawat isteri lain di kawasan berbezaa, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat.
“Seperti SOP digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.
“Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.
“Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon nak melawat isteri lain), mungkin Ketua Polis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu),” Katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Berita Harian
Awas, Influenza Semakin Tular! Lelaki Obes Mungkin Terdedah Dengan Jangkitan Ini!

Seperti yang kita tahu baru-baru ini, Influenza menjadi topik hangat di negara kita kerana jumlah kerana peningkatan penyakit atau wabak ini semakin membimbangkan.
Di sini ada beberapa peneragan dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang Influenza.
Apa itu Influenza?
Influenza adalah sejenis penyakit jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.

Simptom-simptom penyakit Influenza?
– Demam
– Selesama
– Sakit tekak
– Batuk
– Sakit kepala
– Sakit badan
Golongan yang terdedah dengan jakitan virus Influenza?
– Kanak-kanak bawah 5 tahun
– wanita hamil
– warga emas (65 tahun ke atas)
– Pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain
– obes
– rendah daya tahan badan seperti kanser, HIV, rawatan kemoterapi dan lain-lain
Langkah-langkah pencegahan Influenza
1) Tutup mulut dengan tisu / sapu tangan apabila batu atau bersin
2) Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka apabila di tempat awam atau tempat terbuka
3) Kerap cuci tangan, kerana tangan adalah tempat berkumpulnya bakteria
4) Dapatkan vaksin influenza daripada doktor atau pakar perbuatan yang bertauliah dan di fasiliti kesihatan swasta

Boleh Tahan ‘Rare’ Juga Design Tin Coca-Cola Edisi Khas Avengers Ini!

Filem Avengers : Endgame sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh peminat Marvel Studios.
Lebih-lebih lagi, tayangan filem Captain Marvel juga mendapat sambutan yang cukup hangat baru-baru ini.
Kolaborasi Marvel Studios dengan Coca-Cola
Info terkini, Marvel Studios difahamkan berkolaborasi dengan Coca-Cola dan menampilkan Coca Cola Edisi Terhad.
Menariknya tentang edisi terhad ini, sebanyak tujuh watak Avengers iaitu Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow, Hawkeye dan Captain Marvel dipamerkan pada tin minuman.
Timbul rasa teruja
Dengan kehadiran tin minuman istimewa ini, pastinya peminat adiwira tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki dan menyimpan koleksi tersebut.
Menerusi info yang diterima, koleksi edisi terhad ini dijangka akan dijual pada April sehingga Mei namun sama ada akan dijual dalam pasaran Malaysia atau tidak, belum ada sebarang info yang selanjutnya.
10 Kehebatan Minum Air Kelapa Bila Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadan

Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, air kelapa muda juga boleh menyegarkan tubuh badan dan membantu menjaga kesihatan tubuh. Ini kerana pada saat kita berpuasa, tubuh badan akan kehilangan vitamin dan ion.
Malah air kelapa muda menjadi antara pilihan yang terbaik untuk kita minum ketika berbuka kerana ia mampu menggantikan jumlah air yang hilang setelah berjam-jam kita berpuasa.
Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, ketika musim panas di bulan Ramadan, memanfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka puasa dapat mengembalikan suhu badan ke paras normal.
Ini antara kelebihan minum air kelapa muda saat berbuka puasa.
BANTU TURUNKAN BERAT
Air kelapa muda mempunyai kandungan relatif rendah kalori berbanding minuman lain. Ia juga membuatkan perut kenyang lebih lama sebelum anda mengambil makanan berat lain saat berbuka puasa dan menyekat selera makan secara berlebihan.
Bukan itu sahaja, air kepala muda juga boleh merangsang metabolisme menjadi lebih baik. Kalau anda nak turunkan berat badan, kenalah amalkan minum air kepala muda ini setiap hari sepanjang berbuka puasa.
MELEGAKAN & MENYEJUKKAN
Air kelapa muda merupakan minuman yang sangat baik untuk meneutralkan kembung perut ketika perut kosong. Disebabkan itulah air kelapa muda menjadi antara minuman yang paling tepat diambil sewaktu berbuka bagi memberi kelegaan pada perut.
CEPAT PULIHKAN DEHIDRASI
Air kelapa muda juga memiliki kandungan elektrolit yang tinggi dan dan glukosa semula jadi yang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Ini secara tidak langsung membantu memudahkan penggantian cairan tubuh yang hilang kerana dehidrasi sepanjang berpuasa.
BAGUS BUAT KENCING MANIS
Air kelapa muda adalah antara minuman yang bagus untuk pesakit diabetes yang berpuasa. Ini kerana kandungan gulanya yang semula jadi namun tidak membuatkan insulin menjadi tinggi.
Kajian dari jurnal PubMed Central mengatakan bahawa air kelapa muda mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan tubuh seara umum.
BANTU KURANGKAN SAKIT KEPALA
Sakit kepala merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami ketika berpuasa. Banyak faktor berlakunya skait kepala antaranya disebabkan terlalu lapar, dehidrasi ataupun anemia.
Komposisi pada otak manusia didominasi oleh cairan sehingga ketika kita kekurangan cairan maka akan menurunkan sistem kerja otak yang tentunya dapat menimbulkan sakit kepala.
Jadi dengan minum air kelapa muda yang mengandungi elektrolit dan magnesium mampu mengurangkan sakit kepala yang ada ketikanya mengganggu aktiviti harian kita di bulan puasa.
MUDAHKAN PENGHADAMAN
Air kepala muda tinggi dengan kandungan serat. Ia juga membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid dalam perut.
BANTU KAWAL TEKANAN DARAH
Air kelapa muda mempunyai kandungan potasium dan kalium telah terbukti mampu mengawal tekanan darah tinggi. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengamalkan minum air kepala muda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.
MENYIHATKAN JANTUNG
Beberapa kajian kecil pernah dilakukan ke atas tikus. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tikus yang diberi air kelapa minum dapat menurunkan paras kolesterol.
Kajian juga menyebut, kesannya juga sama dengan manusia. Bagi orang yang sudah memasuki usia senja sangat penting untuk minum air kelapa muda kerana khasiatnya dapat mengurangkan tahap kolesterol sekali gus mempengaruhi kesihatan jantung.
KAYA NUTRISI
Air kelapa muda juga mempunyai limpahan nutrisi yang sangat baik untuk metabolisme tubuh yang sedang berpuasa.
Air kelapa muda mengandungi karbohidrat yang meliputi glukosa, sorbitol, sukrosa, fruktosa dan unsur-unsur mineral seperti kalsium, potasium, magnesium, sulfur, fosfor, cuprum, natrium serta banyak lagi.
TINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH
Minum air kelapa muda saat berbuka puasa juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin B, thiamin, vitamin C, riboflavin, asam folat dan niasin yang sangat baik dalam air kelapa muda membantu untuk proses metabolisme dan berperanan penting dalam melawan bakteria serta virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh.
Selamat berbuka!