Tabiat ‘selfie’ dilihat semakin menjajah minda golongan muda yang kini sudah mampu untuk menggenggam sekurangnya sebuah telefon pintar. ‘Selfie’ merujuk pada gambar diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Atas kemudahan dan kegilaan ini, ramai yang sudah mula ‘berselfie’ sesuka hati tanpa memikirkan batas dan adab tertentu. Maskulin senaraikan etika yang perlu anda ikuti.

Tapi benarkah lelaki yang gila selfie ini merupakan lelaki yang manja dan lembut. Well, hakikatnya tidak begitu. Lihat sahaja di laman media sosial. Selfie kini menjadi satu norma biasa yang bukan sahaja dilakukan oleh lelaki sahaja malah wanita. Malah ia tidak terhada kepada had umur. Jadi untuk mengatakan lelaki kaki selfie ini manja atau seorang lelaki lembut itu tidak tepat.

Namun dalam ber-selfie haruslah anda jaga tingkah laku agar tidak membawa keburukan bukan sahaja kepada anda tetapi keluarga, orang tersayang mahupun prganisasi yang anda wakili.

Berikut MASKULIN kongsikan tip selfie dengan betul.

IKLAN

JAGA PEMAKAIAN

Buat mereka yang gila menangkap gambar selfie dan mengeposnya di laman sosial, soal pemakaian adalah paling penting. Tiada salahnya sekiranya anda memuat naik pelbagai gambar sendiri dengan pelbagai ekspresi dan emosi, tetapi janganlah pula sampai mendedahkan perincian tubuh mahupun aurat yang tidak sewajarnya didedahkan. Jagalah nama baik keluarga dan diri anda sendiri. Ini kerana pendedahan tersebut boleh menyebabkan gambar anda itu diguna pakai oleh pihak tertentu untuk kepentingan yang lain. Awas!.

Lelaki Kaki Selfie Sering Disalah Erti, Bukan Manja Atau Lembut Ya!
LAMPAU SYOK SENDIRI

Budaya ‘selfie’ kini telah mulai meresap ke dalam jiwa semua. Atas obsesi ini, ramai daripada kita yang gemar menangkap gambar ‘selfie’ dalam keadaan dan situasi apa saja sekalipun; walaupun tiada apa yang perlu ditunjuk dan dikongsi, sehingga dikecam seperti ‘syok sendiri’. Ya tiada salahnya, malah itu hak anda sendiri. Tetapi anda diingatkan supaya janganlah sampai melampaui batas. Ini kerana ia boleh menimbulkan kejengkelan buat mereka yang melihat gambar anda setiap masa.

KAWAL JULAT SELFIE

Sudahlah memuat naik gambar selfie dengan bermacam-macam ragam, malah ditambah pula dengan julat muat naik yang tiada henti-henti, sehinggakan gambar selfie mencecah ratusan hanya dalam masa sehari. Hentikan!

IKLAN

Anda bukanlah sesiapa. Oleh itu, kawallah julat kemasukan gambar selfie anda ke laman-laman sosial. Bukan itu saja, pastinya anda tidak mahu dikecam orang seolah anda tiada kerja untuk dibuat. Berpada-padalah ketika ber ‘selfie’, jangan sampai orang menyampah.

Lelaki Kaki Selfie Sering Disalah Erti, Bukan Manja Atau Lembut Ya!

IKLAN

FIKIRKAN LOKASI

Lokasi di mana anda ‘berselfie’ juga perlulah dipertimbangkan sebaik mungkin. Janganlah ikut rentak sendiri dan main ‘snap’ saja. Ini kerana ada lokasi-lokasi tertentu yang tidak wajar sama sekali untuk anda berselfie. Contohnya di kubur mahupun lokasi-lokasi ‘panas’ yang boleh menimbulkan kemarahan serta kontroversi. Ditambah pula dengan riak dan ekspresi yang tidak sopan mahupun beretika. Oleh itu, cubalah kawal obsesi dan kegilaan anda berselfie.

JANGAN GANGGU KETENTERAMAN

‘Selfie’ juga sebenarnya boleh menggugat ketenteraman awam. Ini adalah fakta. ‘Group selfie’ atau selfie berkumpulan sering diambil oleh mereka yang berada dalam kumpulan. Bagi memotret kenangan bersama, ‘selfie’, berkumpulan adalah satu-satu kaedahnya. Tetapi, ia tidak semena boleh menimbulkan kekacauan dan hingit bingit yang boleh menganggu ketenteraman awam. Jika ingin ber‘selfie’ secara berkumpulan sekalipun, kawal adab dan tingkah.

ELAK SELFIE UNTUK BERMEGAH

Ini pula kerenah tertentu yang gemar memuat naik gambar ‘selfie’ dengan tujuan bermegah dan menunjuk-nunjuk. Menangkap ‘selfie’ dengan kereta mahal, pakaian berjenama, kasut dibeli dari luar negara dan lain-lain. Sekiranya sekali dua, masih boleh diterima. Tetapi jika setiap kali anda melakukan ini, sudah pasti ia akan menimbulkan rasa tidak senang. Silap hari bulan, anda pasti sudah tidak lagi diikuti (unfollow).

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI