pantang isteri lelaki
Foto: prostooleh - www.freepik.com

Dalam hubungan lelaki atau pun wanita harus memainkan peranan bersama untuk memastikan kebahagian itu milik bersama. Apatah lagi jika sudah berumahtangga. Usaha untuk mengekalkan suasana yang bahagia harus dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.

Menjadi suami merupakan satu pengalaman yang berbeza-beza kepada setiap lelaki. Kedudukan kewangan, tahap kesihatan serta penerimaan daripada keluarga mentua merupakan faktor-faktor luaran yang boleh menjadi penentu kebahagiaan.

Namun faktor paling besar ialah peranan anda sendiri sebagai seorang seorang. MASKULIN ingin kongsi dengan ada beberapa petua dan ‘pantang larang’ harus anda tahu serta lakukan untuk memastikan pasangan sentiasa sayang. Dan yang paling penting keharmonian kehidupan bersama terjamin hingga ke hari tua.

1.

Gaji anda milik anda dan keluarga. Gaji isteri milik isteri dan isteri sahaja. Itu yang harus anda faham. Dan ini merupakan salah satu kunci kebahagiaan.

2.

Jika berlaku perselisihan faham usah jadi terlalu ego. Ungkapkanlah maaf dahulu walaupun anda rasa anda tidak salah. Lihatlah selepas itu bagaimana reaksinya. Happy wife, happy life. Ingat tu!

3.

Usah sesekali mengeluh dan memberontak bila penat dengan tanggungjawab anda sebagai suami dan ayah. Jangan anggap sesuatu tugasan itu beban tetapi anggaplah ia sebagai tanggungjawab.

4.

Jika berselisih faham, sebelum berkata-kata fikir dahulu dia tiga saat. Kadangkala apa yang terhambur di mulut sebenarnya amarah sahaja yang tiada niat. Jangan kerana mulut habis badan binasa.

IKLAN

5.

Jangan tidur dalam keadaan marah. Wujudkan suasana harmoni dalam bilik tidur kerana itulah ruang paling intim anda dan isteri.

Lelaki Kalau Tahu Petua & ‘Pantang Larang’ Ini, Pasangan Mesti Sayang Bagai Nak Rak
Foto: senivpetro – www.freepik.com

6.

Manjakan isteri kemudian manjakan anda. Dan dahulukan anak berbanding kerja. Pasti hidup anda lebih bahagia dan tenang.

7.

Jadilah pendengar yang setia. Isteri ini kadang-kadang dia suka meluah apa yang dia lalui sepanjang hari sama ada di rumah atau di tempat kerja. Anda tidak perlu cakap banyak mana pun. Dengar dan beri maklum balas yang sesuai.

BACA: Percaya Atau Tidak, Bau Semula Jadi Badan Lelaki Boleh Tenangkan Pasangan

IKLAN

8.

Ringankan tulang membantu isteri melakukan kerja di rumah. Kalau dia dah masak, anda ringankanlah tangan cuci pinggan dan periuk segala bagai. Isteri bukan orang gaji, itu yang harus anda ingat.

9.

Bergilir-gilir jaga anak. Setiap orang mahukan waktu peribadi tersendiri untuk dihabiskan melakukan apa sahaja mereka suka.

Lelaki Kalau Tahu Petua & ‘Pantang Larang’ Ini, Pasangan Mesti Sayang Bagai Nak Rak
Foto: lookstudio – www.freepik.com

10.

Tidak salah untuk keluar melepak dengan rakan-rakan tapi biarlah berpada-pada.

11.

Solat jangan tinggal dan tunjukkan contoh yang baik kepada isteri. Lagi seronok kalau dapat solat berjemaah bersamanya.

IKLAN

12.

Sentiasa berikan kejutan kepada isteri. Walapun kecil namun ia cukup bermakna kepada si dian. Bagi dia itu menunjukkan anda selalu ingat kepadanya.

13.

Bila dilanda dugaan anda harus kuat untuk dirinya. Usah sama-sama meratap dan menangis. Man up!

14.

Jaga jarak anda dan rakan-rakan berlainan jantina. Di rumah, fokus anda perlu sepenuhnya kepada keluarga sahaja. Usah terbelit dengan skandal di pejabat yang hanya boleh menjahanamkan rumahtangga anda.

15.

Nak buat apa-apa sekalipun, mintalah pendapat isteri.

Semoga petua ini dapat memberikan manfaat buat anda dan pasangan.

Jangan lupa follow Instagram MASKULIN!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI