Pengguna media sosial secara umum bersetuju dan mengakui yang lelaki dari Kelantan mempunyai wajah yang menarik, sedangkan jejaka Kedah terkenal dengan kebolehan mereka dalam melawak.
Hal ini selepas, pemilik Facebook Adham baru-baru ini random membuat kaji selidik dan bertanya kepada orang ramai di media sosial, negeri manakah mempunyai kaum lelaki yang handsome (kacak) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.
Lelaki tersebut menerima lebih daripada 12,000 komen terhadap pertanyaannya, dan separuh daripada komen-komen tersebut menyatakan bahawa lelaki Kelantan adalah yang paling tampan kerana banyak di antara mereka mempunyai keturunan Melayu-Siam.
“Orang Kelantan paling elok (kacak) sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB (Yang Berhormat) Menteri Kedah,” kata Asyikin.
“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat uni (universiti) aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” ujar Nurul Ain.
Ads
Ads
“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.
Ads
“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.
Setiap kali anak Malaysia memenangi apa-apa pertandingan sukan di peringkat antarabangsa tidak dinafikan kita semua turut berasa sangat bangga. Terbaru, pelari menarai atau tower runner profesional negara, Soh Wai Ching telah menjuarai pertandingan larian memanjat menara terkemuka dunia iaitu Empire State Building Run-Up 2021.
Larian pendakian menggunakan tangga yang sangat mencabar tersebut menyaksikan Soh Wai Cing menlengkapkan pendakian sebanyak 86 tingkat di bangunan yang cukup ikonik dengan nama New York. Lebih membanggakan, beliau mencatatkan masa pendakian yang sangat baik iaitu dalam masa 10 minit 40 saat!
Memetik laman sesawang rasmi pertandingan tersebut, atlet yang menyahut cabaran ini dianggap sebagai salah satu cabaran ketahanan yang sangat tinggi.
Namun begitu sifat kompetitifnya ternyata terserlah apabila sedikit kecewa kerana tidak berjaya mencapai sasaran yang diletakkannya iaitu rekod 9 minit 33 saat yang dicipta Paul Crakepada 2003.
Walaupun agak kecewa namun beliau berazam untuk kembali pada 2022 dan meningkatkan lagi kebolehannya dalam pertandingan tersebut. Beliau turut berharap mempunyai persediaan yang baik pada tahun depan untuk kembali berentap sekurang-kurangnya dua bulan.
Untuk rekod Empire State Building Run-Up merupakan perlumbaan menara paling terkenal di mana pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga!
Perlumbaan yang berlangsung pada 26 Oktober lalu ini juga dilangsungkan bagi mengumpul kutipan dana untuk Equity Designs di mana ia membawa misi untuk melatih 150 orang guru menggunakan aktiviti fizikal bagi mengembangkan pembelajaran dan impak kesihatan kepada lebih 4,500 belia di Bronx, New York.
Lebih menarik Sebastian Stan, pelakon Hollywood terkenal dengan watak adiwira Bucky Barnes/ Winter Soldier turut hadir dan menyokong penganjuran serta kerja amal seperti ini. Sebastian hadir bersama jurulatih kecergasan peribadinya, Don Saladino.
Kemenangan Soh Wai Ching turut mencuri perhatian pelakon tersebut dan mereka sama-sama sempat berfoto bersama mengabadikan momen berharga. Malah Sebastian Stan turut memuat naik pertemuan mereka menerusi laman Instagram kendaliannya.
Soh Wai Ching menerusi Instagram kendaliannya juga turut melahirkan keterujaannya dengan kemenangan dan kesempatan bertemu dengan Sebastian Stan.
“Sangat gembira pada malam ini! Memenangi larian dan berpeluang bertemu dengan Winter Soldier, Sebastian Stan! Marvel fanboy di sini. Berharap agar dapat bertemu dengan Marvel Superhero yang lain!” jelas Soh Wai Ching menerusi kapsyen foto selfienya bersama pelakon tersebut.
Jutaan tahniah MASKULIN ucapkan kepada Soh Wai Ching kerana berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Teruskan berlari!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Muka baru arena bina badan yang menjadi igauan jagoan sedia ada. Dalam diam, dia muncul dengan satu pakej lengkap yang tidak mustahil bisa menggegarkan arena. Dengan wajah segar di samping tubuh badan cukup sempurna, he is one of the must-watch athlete of today’s century! He is the one and only, Ross Dickerson.
KEINGINAN JADI LEBIH BAIK
Baru beranjak usia ke angka 27 tahun, Ross Dickerson adalah antara atlet serta model kecergasan muda yang semakin mendapat di hati para peminat sukan bina badan. Lahir di kota London dan baru bermaustatin di Amerika Syarikat, penghijrahannya adalah seakan refleksi akan dirinya sendiri. Ingin jadi lebih baik. Ya, itulah jawabnya apabila dirinya disoal tentang transfomasinya.
“Selepas beberapa ketika di Amerika, saya dikenalkan dengan satu gim di sebelah rumah. Ketika itu umur saya baru saja 17 tahun. Melihat mereka keluar masuk dengan kondisi tubuh yang menawan, membuat saya terfikir untuk berubah kepada lebih baik. Selepas tahun aktif dan berjaya melihat hasilnya sendiri, keazaman saya kini tiada penghujungnya. Sehingga ke hari ini, saya masih aktif di gim yang sama sehingga mendapat nama panggilan tersendiri iaitu 9stoneguy sejak tahun 2009”, jelas Ross.
Melihat akan percaturan revolusi dalam dirinya, karier Ross juga tidak ketinggalan dari menerima tempiasnya. Selepas kehadirannya diintai oleh ramai jurugambar terkenal yang ingin merakam wajahnyanya, karier Ross juga turut berubah 360 darjah dalam sekelip mata
“Saya merupakan seorang jurulatih tenis yang melatih pemain dari pelbagai peringkat umur. Melihat kemajuan yang mereka lalui dengan arahan saya sedikit sebanyak membuka hati saya untuk terus memberikan yang terbaik. Selepas 4 tahun berlalu, saya masih menikmati nikmat menjadi seorang jurulatih”, akui Ross.
MOTIVASI ATAS TALIAN
Kini langit adalah hadnya buat Ross. Selepas hampir 7 tahun bergelumangan dalam bidang bina badan, Ross kini pastinya boleh berbangga dengan pencapaiannya. Selain dianugerahkan pensijilan model kecergasan dengan pengiktirafan WBFF Pro, Ross juga disunting untuk menjadi duta untuk jenama I- Supp dan turut mendapat tajaan oleh Machine Fitness atas konsistenasinya dalam memiliki tubuh idaman.
What keeps you motivated? Saya sentiasa pastikan saya mempunyai matlamat untuk dicapai setiap kali saya berada di gim. Saya amat suka untuk menolak tubuh saya ke had yang tertentu kerana kepuasan selepas berjaya mencapainya memang sukar untuk diungkap. Besides, it’s a two-way street.
Melihat perkembangan dunia digital yang membolehkan saya dekat dengan peminat memberikan motivasi kepadanya. Saya sedar saya boleh berkongsi pengalaman serta menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan tubuh idaman. Dengan komitmen dan kesungguhan , sesiapa sahaja boleh mengubah pandangan mereka terhadap kehidupan dengan melibatkan diri dalam bidang kecergasan. The feedback and support I get from everyone on social media has been amazing! It’s a two way street, I motivate them and they motivate me.
DIET MAKANAN HARIAN
Hidangan 1: Oats, Telur Putih, Mentega Kacang dan Anggur
Hidangan 2: Nasi, Ayam dan Brokoli
Hidangan 3: Pasta, Ikan Tuna dan Salad
Hidangan 4: Nasi dan Ayam
Hidangan 5: Salmon, Salad Hijau dan Dada Ayam Belanda
Hidangan 6: Keju dan Brokoli
Hidangan 8: Yogurt Greek dan Keju
RUTIN SENAMAN
Hari 1: Dada dan bicep
Hari 2: Quads dan Hams
Hari 3: Abs
Hari 4: Belakang badan dan trisep
Hari 5: Rehat
Hari 6: Bahu dan Traps
Hari 7: Kardio dan Abs
Nama penuh: Ross Dickerson
Asal: United Kingsdom
Berat: 189 lbs
Ketinggian: 185cm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pandemik Covid-19 nampaknya masih lagi mengganas di negara kita. Jumlah kes yang dicatatkan sejak seminggu lalu benar-benar memberikan saty gambaran bahawa kita kini berada dalam kondisi cukup kritikal. Kes kematian pula saban hari memecahkan rekod.
Namun ada sinar di sebalik ujian ini dengan kadar pemberian vaksin yang sangat memberangsangkan. Malah, negara kita di antara yang mencatatkan pemberian dos vaksin tertinggi di dunia. Selain mencapai imunisasi kelompok dengan pantas, cara terbaik tangani Covid-19 ialah melakukan ujian pengesanan awal.
Jika selama ini kita perlu melakukan ujian Covid-19 di pusat-pusat kesihatan kerajaan atau swasta, selepas ini kita boleh melakukkan ujian sendiri di rumah. Ia berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan senarai dua jenis kit kendiri ujian COVID-19 yang telah diluluskan.
Perkara tersebut diumumkan semalam oleh KKM dengan menyenaraikan dua kit ujian yang boleh didapati dalam masa terdekat di farmasi komuniti berdaftar atau dasiliti kesihatan. Dua kita ujian tersebut ialah Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test dan Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use.
Kit Salixium COVID-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test) saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate(R) COVID-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).
Menurut KKM lagi, senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA. Perkembangan terbaru ini merupakan satu berita baik untuk kita semua dalam langkah mencegah penularan wabak ini dari terus berleluasa apatah lagi dengan kemunculan varian baharu yang lebih radikal seperti Varian Delta.
Harapannya agar kit ujian ini boleh didapati dengan mudah di pasaran dan dijual kepada pengguna pada harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Sementara itu, mainkanlah peranan kita dengan mematuhi SOP sebaiknya. Keluar rumah hanya bila perlu sahaja, pakai pelitup muka dengan baik, jaga penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan cuci tangan setiap masa.
Kita harus menang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila Nu Ideaktiv mencatat Malaysia Book of Records dengan pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk di Dataran Merdeka.