Peluh ialah cecair dihasilkan dari kalenjar peluh yang terdapat pada kulit manusia (mamalia). Manusia dewasa boleh mengeluarkan peluh sehingga 2-4 liter sejam atau 10-14 liter sehari.
Anda yang kerap berpeluh pasti merasa rimas, tidak selesa dan kurang berkeyakinan bila ingin berhadapan dengan orang ramai. Kawasan leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas. Ada juga sesetengah dari anda terpaksa membuang baju kesayangan kerana ia mula meninggalkan bekas peluh.
Berpeluh adalah cara efektif mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang anda. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.
Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jadi anda yang kerap berpeluh jauh dari peluang untuk sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.
Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam. Sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan dari peluh.’
Tahukah anda peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidindapat mengubati dan melawan jangkitan kuman.
Namun tidak semua orang boleh menerima keadaan peluh yang menyebab rasa melekit tidak selesa. Terdapat pelbagai teknik dan pilihan untuk anda mengurangkan peluh.