
Wow, berita ini mungkin akan mengejutkan ramai pihak terutamanya lelaki, kerana baru-baru ini ada kajian mengatakan wanita lebih Bahagia Bersama lelaki yang kurang kacak!
Benar, ini bukan main-main. Hasil kajian Journal of Personlity and Social Psychology menyebut lelaki biasa Bersama isteri cantik umumnya akan lebih berkekalan dan bahagian berbanding sama cantik dan padan.
Ini terbukti apabila wanita mempunyai suami menarik ternyata lebih membimbangkan kerana mereka akan rasa insecure dengan menjaga penampilan dan berusaha untuk berdiet untuk menjaga hati suami.
Mereka juga lebih takut sekiranya suami mereka akan dirampas oleh orang lain. Sebaliknya isiteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik atau kacak, mereka tidak perlu memaksa diri untuk membuat semua itu terutamanya menjaga penampilan. Malah, mereka juga tidak perlu takut dan bimbang jika mereka perlu bersaing dengan wanita lain.
Servis Perkongsian E-Skuter Neuron Mobility Kini Memasuki Pasaran Malaysia

Pada bulan lalu Neuron Mobility telah mengumumkan bahawa perkhidmatan perkongsian e-skuter mereka akan dilancarkan di Malaysia. Syarikat penyedia perkongsian skuter Asia Tenggara tersebut pada hari ini melancarkan secara rasmi perkhidmatan mereka untuk pasaran Malaysia.
Dan pada hari ini pelancaran servisnya di Cyberjaya ini menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga selepas Simgapura dan Thailand. Cyberjaya juga menjadi bandar keempat selepas Singapura, Bangkok dan Chiang Mai diperkenalkan servis perkongsian e-skuter ini.
BACA: Lelaki Ini Ajar Bagaimana Nak Dapatkan Semula Handphone Yang Hilang
Difahamkan buat masa sekarang servis Neuron Mobility menjadikan Cyberjaya sebagai komersial spot sebagai program pilot mereka. Jelas mereka ini bagi memastikan permintaan dan kemudahan ini dinikmati di kawasan Multimedia Super Corridor (MSC).
Dengan misi membawakan smart transportation, Neuron Mobility telah membuktikan kejayaan mereka dengan operasi yang cukup efisyen dan berkesan di Singapura dan Thailand.

Untuk menggunakan servis e-skuter ini anda boleh memuat turun aplikasi Neuron Mobility di Apps Store dan Google Play. Mereka menawarkan beberapa pilihan langganan mengikut kesesuaian pengguna.
Sebagai contoh untuk pas sekali penggunaan dikenakan caj RM3 dan 30 sen untuk setiap minit. Pas mingguan yang boleh digunakan sebanyak lima kali penggunaan pula dikenakan caj RM38 dan pas tanpa had harian, RM68 dan pas bulanan pula RM98.
MASKULIN bwrharap servis ini akan mendapat sambutan yang baik dan tidak menerima nasib buruk seperti oBike di mana basikal mereka dirosakkan dan dicuri oleh pengguna tak bertanggungjawab.
Kredit: Neuron Mobility
Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Dari Kontraktor Mesin Rumput, Ini Cara Klaim!

Semalam warganet terutamanya di Twitter heboh membicarakan tentang kemalangan yang melibatkan Menteri Sains, Telnologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Kelamangan tersebut berlaku ketika beliau menunggang basikal dan terjatuh ke dalam lubang yang agak dalam di atas sebuah jalan raya persekutuan. Itu perihal jalan berlubang. Bagaimana pula jika cermin kereta kita yang pecah akibat terkena batu daripada kontraktor tukang mesin rumput?
Kita sebagai pengguna jalan raya sebenarnya ada hak untuk melakukan tuntutan. Sama ada disebabkan jalan berlubang atau cermin terkena batu akibat tukang mesin rumput, ia boleh dituntut daripada pihak bertanggungjawab.
Bayangkan anda tengah asyik memandu tiba-tiba dikejutkan cemin kereta pecah tiba-tiba akibat terkena batu. Pertama sekali anda harus bertenang dan jangan panik. Perlahankan kenderaan dan berhenti ke tepi.
Ikuti langkah berikut untuk melakukan klaim atau tuntutan.
AMBIL GAMBAR
Selepas turun dari kenderaan perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah ambil gambar kerosakan cemrin kenderaan anda. Ambil beberapa keping foto dari tiga atau empat sutu berbeza.
DAPATKAN NAMA
Anda juga jangalah turun marah-marah atau maki hamun pekerja kontraktor yang memotong rumput. Sebaliknya rapatilah mereka dengan baik. Minta maklumat seperti nama syarikat kontraktor atau majikan mereka. Ambil foto mereka sekali.
ANDA BOLEH KLAIM
Tahukah anda bahawa setiap syarikat yang mendapat kontrak untuk melakukan penyelenggaraan seperti memotong rumpur mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
BACA: Tekan Tak Naik Atau Turun, Masalah Tingkap Kereta Datang Dari Tiga Punca Ini
BUAT LAPORAN POLIS
Selepas mendapatkan maklumat tentang pihak kontraktor bertanggungjawab, anda boleh buat laporan polis dalam tmpoh 24 jam. Selepas selesai membuat laporan, bawa laporan polis itu ke bengkel panel insurans syarikat kontraktor untuk mendapatkan cemrin baru.
Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.
Follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Rebut Peluang Niaga Di Pa&Ma Baby Fiesta, 100 Ribu Pengunjung Bakal Hadir!

Berita baik untuk vendor, pembekal barangan bayi dan juga anda peniaga online sama ada Istashop atau di Facebook! Pa&Ma, jenama kandungan keibubapaan nombor 1 di Malaysia bakal menganjurkan ekspo bertemakan fiesta buat julung kalinya pada 2, 3 dan 4 Ogos 2019.
Terkenal sebagai Majalah No.1 KeibuBapaan dan Pra-sekolah tanah air, jenama yang merupakan salah satu satu harta intelek Nu Ideaktiv Sdn. Bhd melangkah jauh dengan penganjuran eskpo fiesta, Pa&Ma Baby Fiesta 2019.
Penganjuran yang bakal menghimpunkan pelbagai vendor produk keperluan bayi dan ibu ini bakal dilangsungkan di SACC Mall, Shah Alam. Menariknya ia membawa konsep fiesta yang ternyata jauh berbeza dengan penganjuran ekspo lain.
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur mengalu-alukan mana-mana vendor atau peniaga untuk turut serta di dalam ekspo istimewa ini. Pa&Ma menawarkan ruang atau booth perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah booth jualan mereka di fiesta ini.
Bagi penyertaan awal atau Early Bird, Pa&Ma menawarkan diskaun 10% sehingga 25 Jun ini. Buat anda yang berminat ingin menyertai peluang perniagaan hebat ini terdapat itga kategori ruang niaga yang ditawakan iaitu Gold, Silver dan Bronze.
APA YANG MENARIK
Seperti MASKULIN nyatakan di atas penganjuran Pa&Ma Baby Fiesta berbeza dengan ekspo lain. Salah satu tarikan hebatnya ialah hadiah cabutan bertuah keseluruhan yang bernilai RM18,000, tawaran diskaun sehingga 90% dan banyak lagi.
Pa&Ma sebagais ebuah jenama diyakini di kalangan pembaca, pengamal perubahan, syarikat penawaran servis dan pengelua produk mempunyai kekuatan dengan 3 juta [elayar portal setiap bulan dan 1.3 juta pengikut di Facebook.

Selain itu, penganjuran ini juga disokong oleh 14 juta pengikut laman media sosial menerusi 15 jenama atau IP dari Nu Ideaktiv. Dianggarkan lebih 100,000 pengunjung bakal membanjiri ekspo hasil promosi besar-besaran yang dijalankan.
Kepada anda yang berminat untuk merebut peluang perniagaan bersama eskpo super hebat ini boleh terus hubungai sekretariat fiesta di talian 019-675 3057 atau ke Facebook Pa&Ma Baby Fiesta.
Antara aktiviti menarik sepanjang Pa&Ma Baby Fiesta
- Hadiah Lucky Draw Bernilai RM18,000 Keseluruhan
- Fashion Show Ibu Hamil Anggun
- Himpunan Super Hero Junior Party
- Pertandingan Baby Merangkak Race
- Super Hero Junior Party
- Pertandingan Mewarna 4, 5 & 6 Tahun
- Demo: Yoga Mama, Penyediaan Makanan Berpantang Ibu & Bayi
- Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato’ Dr.Hamid Arshat
- Pelancaran Pa&Ma Community
- Meet & Greet Hos PA&Ma TV
- PERCUMA Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Avisena