
Curang memang tidak dapat dimaafkan. Andainya dapat dimaafkan pasti susah untuk dilupakan dan susah untuk mendapat kepercayaannya kembali. Lelaki dan wanita boleh sahaja untuk curang. Tapi tahukah anda sebab kenapa lelaki curang terhadap wanita?

CINTA
Jatuh cinta boleh membuatkan lelaki berpaling dari wanita yang mencintainya. Johnny Depp pernah mengatakan ‘bila anda curang, maka anda mencintai wanita itu. Kerana kalau anda mencintai wanita yang pertama, maka tidak akan ada cinta yang kedua‘.
BALAS DENDAM
Ada juga lelaki yang curang kerana ingin membalas dendam dengan pasanganya. Untuk pengetahuan anda wahai wanita, harga diri lelaki lebih tinggi dari anda hingga tidak mahu kalah dalam apa jua.
KETAGIH
Untuk mereka yang baru sahaja berkahwin, salah satu sebab lelaki curang adalah kurang hubungan intim bersama anda wahai wanita. Ini berkemungkinan anda masih terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.
KURANG PERHATIAN
Bagi isteri, luangkan sedikit masa untuk ketahui apa yang pasangan anda tidak puas hati dan apa masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Andai wanita lain berjaya melakukan itu semua terlebih dahulu, penceraian mungkin akan berlaku bagi pihak anda.

PENGARUH RAKAN
Curang juga boleh terjadi akibat terikut-ikut dengan gaya hidup rakan. Dalam perlakuan curang seperti ini, ianya akan berlaku tanpa kita sedari.
INGIN MENGAKHIRI HUBUNGAN
Ramai lelaki mengambil cara mudah dengan berlaku curang terhadap pasangan hanya untuk mengakhiri sesebuah hubungan.Kebiasaanya mereka akan berterus terang yang mereka sudah ada yang lain yang bertakhta di hati.
KAKI PEREMPUAN
Pentingnya bagi anda wahai wanita untuk kaji serba sedikit latar belakang bakal suami anda. Jangan nanti selepas berkahwin anda hanya akan bertemankan sekotak tisu sebab menangis atas berita curang suami anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan Ramadan Suami Ajaklah Isteri Kumpul Pahala Sama-sama

Bulan Ramadan suami ajaklah isteri kumpul pahala sama-sama. Buat para suami, bukan hanya anda sahaja ingin mengumpul pahala di bulan Ramadan, isteri juga mahu. Kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sering kali menjadi dilema buat para isteri dan mak-mak untuk merebut amalan di bulan Ramadan ini.
Bulan Ramadan Suami Ajaklah Isteri Kumpul Pahala Sama-sama
Dalam situasi ini, peranan suamilah yang paling penting agar dapat memahami dan turut memberi ruang yang sama pada isteri untuk melakukan amal ibadah di bulan Ramadan ini.

Berikut perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan;
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan ramadan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan- bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’. Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan-urusan begini makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
Lubuk Pahala Suami

Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri. Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah, jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran, zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
BACA: Cara Kawal Gula Dalam Darah Ketika Berpuasa, Tip Sihat Ramadan!
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga sehingga terabai amalan-amalan dengan Tuhan.
Berilah Juga Peluang Pada Isteri

Emosi Dan Fizikal Terbeban
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak, saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur, kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga para suami bertimbang rasa, dapat memberi sedikit me time buat isteri, merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.
Sumber: Muhammad Hassan
BACA: Akmal Old Money Prihatin, Kongsi Rezeki Lebih RM20K dalam Bulan Ramadan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak Merokok Di Hadapan Anak Dan Isteri Bukanlah Jaminan Mereka Selamat Dan Sihat

Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali istilah berikut :
◾Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung.
◾Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
THIRD HAND SMOKER
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok Ketiga” ?
Ini mungkin istilah baru bagi kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap ketiga’.
1) Apakah “Asap ketiga” ? Mengapakah ‘Asap ketiga’ sangat berbahaya?
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan sebagainya
Nikotin merupakan partikel yang melekit dan mudah melekat pada langsir, sofa, karpet, dinding dan siling. Apabila bahan-bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain yang terdapat dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut oleh individu yang berada di dalam ruang tersebut.
‘Asap ketiga’ juga boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit seseorang. Ia bukan hanya menyebabkan bau asap pada pakaian kita. Lebih berbahaya lagi, ia adalah sumber racun terhadap tubuh kita dan orang lain yang bakal kita temui.
‘Asap ketiga’ dapat melekat selama berhari-hari pada permukaan benda-benda tersebut, sungguhpun ruang tersebut telah dibersihkan atau dianginkan dengan membuka kipas atau jendela. Terdapat beberapa kajian mengenai berapa lamakah ‘asap ketiga’ berada dalam sesuatu ruang:
- Walaupun setelah ENAM BULAN berhenti merokok, rumah para perokok tegar masih mempunyai partikel-partikel beracun daripada asap rokok
- ‘Asap ketiga’ masih terdapat pada rumah yang pernah didiami oleh perokok walaupun rumah tersebut telah dibiarkan kosong untuk DUA BULAN dan telah dibersihkan.
2) Perokok Pasif dan Perokok Ketiga menanggung bahaya yang lebih dahsyat berbanding Perokok Aktif kerana:
- Mereka menyedut lebih banyak toksin dalam asap yang terbebas daripada pembakaran rokok. Di dalam kebanyakkan rokok, terdapat penapis yang menghalang perokok aktif daripada menyedut toksin tertentu.
- Mereka menyedut asap sisa pembakaran hujung rokok yang mempunyai kandungan agen penyebab kanser (carcinogens) yang lebih tinggi.
- Asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif mempunyai partikel yang lebih halus daripada yang terkandung dalam asap rokok yang disedut oleh perokok aktif. Partikel halus ini lebih mudah diserap ke dalam paru-paru, permukaan kulit dan salur darah.
3) Apakah risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga?
Risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga adalah sama seperti perokok tegar. Sesuatu yang ingin ditegaskan di sini ialah bahaya yang bakal dihadapi oleh KANAK-KANAK akibat menghidu ‘asap ketiga’ ini. Antara masalah kesihatan yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak adalah seperti : Penyakit paru-paru, jangkitan telinga, kematian mengejut pada bayi (SIDS), masalah pembelajaran, alahan dan kanser (leukimia, kanser kalenjar, kanser paru-paru
4) Mengapakah kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk mendapat penyakit akibat ‘Asap Ketiga’?
- Sistem pernafasan dan sistem imuniti mereka belum matang sepenuhnya.
- Kanak-kanak kecil lebih berkemungkinan untuk menyedut, menelan dan menyerap melalui kulit sisa-sisa partikel beracun ini semasa mereka meniarap, merangkak atau memasukkan tangan ke dalam mulut.
- Mereka tidak dapat membuat pilihan atau menyuarakan keengganan mereka untuk tidak berada di kawasan yang tercemar dengan asap rokok atau menolak untuk berada dengan individu yang merokok / dicemari asap rokok. Lebih malang lagi jika individu yang merokok itu adalah ibu bapa atau penjaga mereka sendiri.

5) Di manakah kemungkinan berlakunya potensi untuk menjadi “Perokok Ketiga” ?
- Terdapat individu yang merokok dalam rumah yang kita diami atau di dalam kenderaan yang kita naiki.
- Bilik-bilik hotel yang kita duduki pernah dicemari dengan asap rokok daripada penghuni sebelum ini.
- Kenderaan-kenderaan awam / sewa yang telah dicemari dengan asap rokok.
- Ruang-ruang awam yang tidak menyekat aktiviti merokok di kalangan pengunjungnya.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara diri anda dan keluarga daripada menjadi MANGSA sebagai Perokok Ketiga :
a) Tidak membenarkan sesiapa merokok di rumah / dalam kenderaan anda walaupun tingkap dibuka.
b) Memastikan sekolah dan pusat asuhan anak-anak adalah kawasan bebas dari asap rokok.
c) Hanya pergi ke restoran dan kawasan awam yang melarang merokok di tempat awam.
d) Mendidik anak-anak untuk menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok.
e) Menegur individu yang merokok di tempat awam / di kawasan larangan merokok dengan berhemah – Ini kerap berlaku di kedai-kedai makan / kenduri-kendara — Lepas kenyang, terus menyalakan rokok tanpa mengambil kira kehadiran orang lain di sekeliling mereka .
Dan yang paling utama, jika anda seorang perokok, BERHENTILAH MEROKOK ! Demi kesihatan anda, demi kesihatan keluarga anda !
Ingatlah !!
Anda tetap MERACUNI keluarga anda walaupun :
- Anda merokok di luar rumah atau jauh dari keluarga dan anak-anak anda.
- Anda membuka tingkap kereta semasa merokok di dalam kereta.
- Anda menghisap rokok yang paling mahal dengan filter yang paling canggih.
- Anda menggunakan hand-sanitizer sebelum menyentuh anak-anak anda. Kerana asap rokok masih boleh melekat pada perkakas rumah, dashboard, kusyen kenderaan, pakaian dan diri anda.
Sumber : rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hajar Aswad: Jangan Sampai Menyakiti Atau Disakiti – Dr Kamilin Jamilin

Sejak kewujudan media sosial, kegiatan ibadah juga turut tidak terlepas dari menjadi bahan kandungan untuk dikongsi kepada warga maya.
Lebih-lebih lagi apabila melibatkan ibadah umrah di Makkah. Apa tidaknya, peluang menjejakkan kaki ke kota suci itu tidak datang selalu.
Namun, kandungan-kandungan yang dirakam adakalanya berlebih-lebihan.
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil memberi teguran mesra terhadap individu yang memuat naik video saat berada di hadapan Kaabah.
Menerusi hantaran video di laman sosialnya, Dr Kamilin menegur mereka yang bergelut mahu mengucup Hajar Aswad sehingga menyakiti orang lain, apatah lagi jika berasak-asak sesama lelaki dan wanita yang bukan muhrim.
“Bukan syarat sah tawaf cium Hajar Aswad ini. Tak perlu tunjuk gagahlah nak bagi orang perempuan kita berasak-asak dengan lelaki-lelaki lain.
“Kalau nampak sesak, cukup lambai sahaja. Itu sunnah yang Nabi SAW ajar,” jelasnya.
Kalau Lengang, Boleh Sentuh
Beliau turut memetik pesanan Rasulullah SAW kepada Umar bin al-Khattab, “Wahai Umar, kamu ini lelaki yang gagah. Jangan kamu berasak-asak untuk cium Hajar Aswad sehingga kamu menyakiti orang yang lebih lemah. Kalau kamu nampak lengang, boleh sentuh Hajar. Kalau tidak, cukup menghadap sambil bertahlil dan bertakbir”.
Selain itu, sepupu Rasulullah SAW iaitu Ibn Abbas juga tidak gemar bersesak-sesak demi Hajar Aswad dan berkata “jangan disakiti dan jangan menyakiti”, tambah Dr Kamilin.
“Sesungguhnya kamu ini batu yang tidak mampu untuk memberi manfaat atau mudarat. Kalaulah tidak kerana aku melihat Rasulullah mencium kamu, nescaya aku tidak akan menciummu,” demikian kata-kata Umar bin al-Khattab dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang dipetik Dr Kamilin di videonya.
Bagaimanapun Dr Kamilin tidak menghalang sesiapa pun untuk mencipta kandungan media sosial, namun baginya perihal ibadah biarlah diantara kita dan Allah sahaja.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad berkongsi klip video beliau sedang tawaf ketika menunaikan umrah di Makkah.

Kritikan tercetus apabila Hafiz dilihat berasak-asak sehingga terlucut kain ihram di badannya bagi membolehkan isteri dan pekerja wanitanya mendekati Hajar Aswad untuk dikucup.
Video itu bagaimanapun telah dialih keluar dari laman media sosial Hafiz setelah membuat permohonan maaf secara terbuka.
BACA: Mahu Berterus Terang Lapor Berita, Mehdi Hasan Tubuh Syarikat Media Digital Sendiri
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang



