
Siapa sangka, gobok lauk lama yang dijumpai di tempat perlupusan sampah boleh jadi almari hiasan yang moden dan eksklusif.
Idea kreatif ini dikongsi oleh Alied Wahab yang melakukan makeover gerobok lauk yang dijumpainya. Jadi kalau korang masih ada gobok sebegini walaupun uzur jangan sesekali dibuang, sebab ia masih lagi digunakan tapi untuk tujuan lain.
Makeover gerobok lauk lama jadi almari hiasan eksklusif
Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni.” Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.
Langkah makeover
1) Saya buang jaring hijau, bersihkan sawang yang ada.
2) Kemudian pada bahagian kayu yang berlubang dek bekas paku letak filler untuk tutup aib yang ada.
3) Selepas itu boleh sander dengan kertas pasir supaya permukaan kayu gerobok halus.
4) Gerobok ini waktu jumpa tiada para jadi saya buat para rak dalam almari menggunakan kayu. Kayu papan ini saya beli di hardware panjang 12 kaki dengan harga RM45 sekeping.
5) Kemudian saya cat dengn warna hitam mati. Ini cat yang digunakan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Alied Wahab
Jangan lupa untuk ikuti YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
Kalau Beli 7 Hari Sebelum Raya, Ini Tip Untuk Biarkan Kasut Terus Nampak Baru

Nampak macam remeh tetapi percayalah kasut merupakan antara aksesori yang terpenting dalam pemakaian anda terutamanya pada hari raya.
Baik lelaki mahupun perempuan, ramai yang tersilap langkah dalam bab penjagaan kasut ini kerana umum menganggapnya sekadar ‘benda’ yang dipakai di kaki.
Namun perlu diingatkan, setiap kasut mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan spesifik mengikut situasi.
Misalnya, anda perlu tahu bila kesesuaian untuk mengenakan kasut untuk ke pejabat, running shoes dan sebagainya.
Kesan tidak menjaga kasut
Teknik penjagaan kasut amat berbeza seperti menyimpan baju atau barang-barang lain. Ramai yang tersilap langkah dalam teknik yang betul untuk penjagaan kasut sehingga :
- Kasut mudah rosak
- Lusuh
- Tidak tahan lama
- Dan akhir sekali terpaksa dibuang
Bagi anda yang tidak pernah ambil berat, ini teknik asas penjagaan kasut yang perlu anda ambil tahu :
1. Basuh atau lap seminggu sekali
Kebanyakan orang akan membiarkan kasut yang kotor sehingga kering. Lebih-lebih lagi selepas terkena hujan.
Perkara tersebut sebenarnya lebih menyukarkan anda untuk membersihkan kasut. Walaupun anda menyembur cecair kalis air atau sneaker yang materialnya kulit, bahagian tali dan jahitan kasut tetap boleh menyerap air serta kotoran.
Perkara ini sekali gus menyebabkan kasut kesayangan anda itu berubah warna dan apa yang perlu anda buat adalah basuh atau lap kasut tersebut sekurang kurangnya seminggu sekali menggunakan tisu basah ataupun kain lembab.
2. Gunakan semburan kalis air
Semburan kalis air sangat berguna jika anda keluar atau ke tempat kerja. Lagi-lagi jika anda menaiki motorsikal dan material kasut anda adalah kain.
Material seperti suede atau nubuck memang mudah untuk menyerap air dan kotoran. Jadi, adalah tindakan yang bijak sekiranya anda menyembur kasut anda dengan semburan kalis air.
Sekurang-kurangnya tidak cepat kotor. Untuk hasil yang lebih memuaskan, sembur dan tinggalkan semalaman supaya ianya betul-betul kering. Ulangi langkah ini dua hingga tiga lapisan.
3. Simpan kasut dalam kotak
Mesti ramai yang sudah membuang kotak yang dibeli bukan? Kotak kasut anda tersebut sepatutnya jangan dibuang, sebaliknya boleh digunakan untuk menyimpan kasut.
Jika anda tinggalkan kasut di rak, ia hanya mengumpul debu dalam setiap kedutan dan rekahan kasut melainkan anda rajin untuk lap semua kasut anda setiap hari.
Kotoran yang melekat pada rekahan dan kedutan kasut ini sebenarnya mempercepatkan kasut ini untuk rosak.
Kajian Dapati Lelaki Aktif Bersukan Ada Daya Tarikan Lebih Kuat Berbanding Orang Lain

Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa kawan-kawan anda yang aktif bersukan selalu didampingi wanita. Mereka seakan mempunyai daya tarikan tersendiri berbanding lelaki yang malas bersenam atau bersukan.
Satu hal yang pasti mereka yang aktif bersukan kebiasaannya mempunyai bentuk fizikal yang baik dan menarik. Kemungkinan besar mereka tidak berdepan masalah perut buncit dan memiliki otot yang cukup baik di beberapa bahagian utama badan seperti dada, perut, lengan dan juga kaki.
Lelaki aktif bersenam juga cenderung memiliki mental yang lebih sihat dan stabil. Tapi adakah ini sahaja yang menyebabkan mereka memiliki daya tarikan lebih kuat berbanding lelaki lain?
Ini semua mungkin berkaitan dengan evolusi hubungan manusia dan biologi sendiri. Dalam satu kajian dilakukan oleh University Exeter mendapati wanita lebih tertarik dan cenderung memilih lelaki yang lebih atletik kerana ia memberikan idea bahawa lelaki tersebut mampu perlindungan.

Manakala dalam satu lagi kajian dilakukan di Australia oleh Griffith University mendapati ciri-ciri lelaki menarik lelaki tertumpu kepada tiga poin utama. Data yang diperolehi daripada 150 orang wanita tersebut mendapati mereka menetukan daya tarikan seorang lelaki kepada betapa gagah penampilannya, berbadan tegap dan ketinggiannya.
Anda mungkin beranggapan ia merupakan satu pandangan yang mungkin agak cetek namun itulah kekuatan first impression. Lelaki yang aktif bersuka sememangnya diakui mempunyai daya tarikan lebih tinggi.
Selain itu terdapat juga kajian mendapati bahawa lelaki berkepala botak lebih menarik, yakin dan bersifat mendomonasi. Tidak hairanlah kenapa Dwayne Johnson atau The Rock cukup mempunyai pengaruh cukup luar biasa.
Selain aktif bersukan faktor pandai bergaya dan berfesyen juga boleh menentukan daya tarikan seorang lelaki. Jika ingin mencati item fesyen menarik untuk lelaki anda boleh dapatkan di SINI.
Kenapa Perlu Curang? Ini 5 Sikap Kurang Elok Yang Lelaki Lain Pun Naik Bengang!

Kenapa perlu curang? Apabila anda sudah memilih untuk menjadi suami orang setelah melafazkan ijab serta kabul, di situlah tanggungjawab anda bermula.
Maka sebagai seorang suami, tanggungjawab anda sangatlah besar kerana selain bertindak sebagai ketua keluarga, anda juga memelihara maruah isteri anda.
Namun begitu, kes curang ini sering terjadi bukan sahaja dalam masyarakat kita malah melibatkan negara-negara lain dan ia dianggap sebagai satu ‘penyakit jiwa’.
Isteri di rumah lawa, lelaki lain pun tergoda
Bukan apa, isteri dekat rumah bukan main lawa. Jantan lain tengok pun masih terpikat di mata mereka. Tetapi anda boleh sedap-sedap keluar dengan perempuan nakal yang lain.
Perbuatan ini adalah salah dan ia bukanlah sesuatu yang boleh diterima dalam kalangan anggota masyarakat kita lebih-lebih lagi lelaki curang itu akan dianggap sebagai :
1. Tamak dengan wanita
Sering merasakan tidak cukup dengan wanita yang bergelar isteri serta sudah halal. Maka, dicarinya wanita lain atau beri peluang wanita lain untuk berseronok dengannya tanpa sebarang risiko seperti perkahwinan. Ada kalanya, lelaki bujang lain pun naik bengang kalau spesis suami orang ini boleh ‘sailang’ awek cun yang ramai lelaki lain puja!
2. Rasakan diri terlalu kacak
Tak salah merasakan diri kacak sebagai untuk meningkatkan keyakinan diri tetapi ia jadi salah apabila anda salah guna kuasa terhadap pinjaman Allah yang sementara itu. Tahulah muka anda ada ‘market’ tetapi tak perlulah sampai jualkannya sehingga hati dan perasaan isteri hancur lebur!
3. Tak bertanggungjawab
Lelaki curang biasanya jadi hilang tanggungjawab. Manakan tidak, angau bercinta dengan mereka yang belum halal dan asyik berbicara manifesto bulan dan bintang. Sanggup buat panggilan atau keluar secara curi-curi sehingga menimbulkan keraguan. Selain itu, tidur tak lena dan mandi tak basah sehingga anak dan isteri di rumah jadi tunggul.
4. Anggap perkahwinan sebagai permainan
Perkahwinan bukan ibarat ‘couple’ zaman cinta monyet. Zaman itu sudah berlalu. Kalau putus pun tak beri apa-apa kesan terhadap hidup anda tetapi sebaik sahaja melangkah ke alam rumah tangga, segala-segalanya perlu serius dalam menunaikan tanggungjawab. Perkahwinan tidak boleh dijadikan seperti permainan kerana ia adalah amanah yang cukup besar daripada keluarga pihak isteri serta Tuhan pencipta sekalian alam.
5. Memalukan status seorang suami
Ramai lelaki baik di luar sana memang takkan bersetuju dengan lelaki curang kerana ia ibarat telah memalukan status seorang suami. Kerana seorang suami orang lain buat hal, habis setiap isteri dekat rumah akan tunjukkan cerita yang sebegini sebagai tanda peringatan. Ia bukanlah sesuatu yang tidak bagus tetapi, “Orang lain punya masalah, kenapa pula aku yang terpalit sama?!”
Maka, marilah ubah diri kita ke arah yang lebih baik demi kesejahteraan rumah tangga kita. Insya’Allah..