Ads

Lelaki Mat Saleh Sanggup Labur 100 Ribu USD Ubah Muka Jadi Bintang K-Pop

Seorang lelaki mat saleh yang merupakan peminat fanatik kumpulan K-Ppop BTS nekad untuk ubah wajahnya menjadi idolanya. Apa tidaknya kerana obsesi lelaki ini sanggup berhabisan mengubah wajah kerana impian mahu menjadi persis BTS Jimin.

Lelaki Mat Saleh Sanggup Labur 100 Ribu USD Ubah Muka Jadi Bintang K-Pop

Lelaki Mat Saleh Sanggup Labur 100 Ribu USD Ubah Muka Jadi Bintang K-Pop
Oli London dari London, England telah membelanjakan £75,000 ($100,000 USD) untuk pembedahan kosmetik bagi mendapatkan wajah idamannya BTS Jimin.

Dilaporkan, Oli London mula minat dengan BTS sejak tinggal di Korea pada tahun 2013, tahun yang sama BTS mula debut. Dari semua ahli, dia lebih terpikat dengan Jimin kerana rupa parasnya yang comel, chubby dan keanak-anakan.

Ads

Tidak hanya mengubah wajah, Oli London turut meniru cara pemakaian dan rambut BTS Jimin juga.

Model British dan personality TV ini telah menghabiskan masa lima tahun menjalani pembedahan dengan harapan menyerupai idolanya. Oli London berusaha keras menunjukkan cintanya kepada Jimin melalui peniruan, termasuk pakaian, rambut dan badan.

Ads

Menurut Oli, sebelum ini dia sangat merendah diri tentang penampilannya, terutamanya jerawat dan hidung. Jadi, dengan pembedahan kosmetik dia rasa lebih yakin dan gembira. Buat masa ini Oli telah menjalani liposuction, pembedahan kelopak mata, tulang rusk dan implan dagu, prosedurny membelanjakan kira-kira $100,000. Masih belum berpuas hati, Oli sedang memikirkan untuk mengubah bentuk wajah dan mata agar kelihatan seperti Jimin.

Ads

Oli London menunjukkan wajahnya sebelum menjalani pembedahan kosmetik.

Oli London mengatakan bahawa dia tidak cuba mengubah asal usulnya, tetapi dia ingin mencapai rupa K-Pop kerana dia sangat mengagumi keindahan Korea.

Tonton Video Penuh Perjalanan Hidup Oli London

 

Sumber : www.koreaboo.com

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.