Berita

Lelaki Maut Dalam Mesin MRI… Bukan Hanya Rantai, Banyak Lagi Objek Perlu Elak

Share

Tarikan magnet yang tak boleh dilawan manusia itulah punca tragedi ngeri yang berlaku di sebuah pusat MRI di Long Island, New York pada 16 Julai lalu. Keith McAllister, 61 tahun, menemani isterinya untuk imbasan lutut. Tapi apa yang sepatutnya jadi rutin biasa, bertukar jadi saat terakhir dalam hidupnya.

Keith maut… kerana masuk ke bilik MRI dengan rantai besi seberat 9 kilogram di leher.

Bunyi macam mustahil? Tapi ini realiti bila kita tak faham betapa ekstremnya kuasa medan magnet dalam bilik MRI. Satu langkah silap, nyawa melayang.

APA JADI SEBENARNYA?

Ketika sesi imbasan hampir tamat, isterinya Adrienne memanggil Keith masuk ke dalam bilik untuk bantu dia bangun. Keith yang ketika itu masih memakai rantai logam berat, melangkah masuk tanpa sedar bahawa dia sedang menuju ke ‘zon maut’. Sekelip mata, rantai tersebut ditarik ganas ke arah mesin MRI.

Keith McAllister, 61 tahun, menemani isterinya untuk imbasan lutut di bilik MRI

Keith tersepit. Tertarik, dihimpit dan terperangkap dalam kedudukan mustahil untuk diselamatkan segera. Beliau mengalami beberapa serangan jantung dan walaupun berjaya dikeluarkan selepas hampir sejam, Keith meninggal dunia keesokan harinya.

Tragedi ini jadi bukti nyata bahawa mesin MRI bukan main-main.

INI BUKAN KES PERTAMA.

Pada tahun 2001, seorang kanak-kanak lelaki 6 tahun maut di bilik MRI selepas tangki oksigen ‘terbang’ dan menghentam kepalanya. Sebab? Tangki logam tertarik kuat ke arah mesin, sama seperti peluru yang dilepaskan.

Ingat: Bilik MRI bukan ruang rawatan biasa. Ia adalah medan magnet gergasi. Dan bila medan magnet bertembung dengan objek logam, apa-apa boleh berlaku — termasuk kematian.

LELAKI, INI BENDA-BENDA YANG KAU WAJIB TANGGALKAN!

Menurut Public Health Malaysia, berikut antara objek yang TIDAK BOLEH dibawa masuk ke bilik MRI:

Rantai leher, jam tangan, telefon bimbit, klip rambut
Pakaian dengan zip atau butang logam
Dompet dengan duit syiling atau kad berchip
Pacemaker, klip pembedahan atau sebarang implan logam
Alat bantuan pendengaran atau pen dalam tulang

Dan paling penting… jangan sesekali masuk ke bilik MRI TANPA kebenaran staf.

TAKE NOTE: KUASA MAGNET MRI BUKAN BIASA-BIASA

Mesin MRI mampu menjana kuasa magnet sehingga 60,000 kali lebih kuat dari medan magnet bumi. Tak kira sekuat mana badan kau, kau tetap takkan menang.

Jadi bila jururadiologi kata buka semua aksesori logam, itu bukan prosedur semata-mata tapi  itu langkah nyawa. Jangan ego, jangan degil.

Sebagai lelaki, kita sentiasa nak jadi pelindung, nak jadi yang pertama bantu. Tapi kalau tak cakna dengan risiko, tindakan kita boleh jadi tragedi. Keith hanya nak bantu isteri — tapi masuk ke zon bahaya tanpa ilmu, tanpa sedar bahaya rantai besi di leher, akhirnya membawa maut.

BACA LAGI : ‘Dengar Bunyi ‘Crack’, Ligamen Kaki Koyak’ – Alif Satar Dedah Detik Cemas Kecederaan Serius

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana