5 Sebab kenapa anda perlu berhenti merokok sebelum berkahwin.
Jika anda boleh menanggung susah payah sakit seorang tidak apa. Namun, jika anda rasa tidak mampu menanggungnya seorang, cuba berhenti merokok. Ini bukan setakat menanggung sakit secara fizikal dan mental sahaja tau. Fikir nanti siapa yang perlu bawa anda ke hospital, teman anda di hospital, menunggu berjam-jam sementara anda mendapatkan rawatan, tidak tidur lena memikirkan masalah kesihatan anda, duit lagi, pendapatan keluarga terjejas kerana masalah kesihatan dan banyak lagi.
1.Duit
Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak dan tidak stabil ini, ada baiknya anda kurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Contohnya, rokok. Ada yang cakap belanja untuk rokok ini lain sedikit sebab sudah ketagih dan jadi tabiat yang susah hendak ubah. Tapi cuba anda fikir, (RM17 x 30 = RM510) Banyak tu. Tambah sikit sudah boleh bayar ansuran bulanan kereta.
Ads
2.Kesihatan anda
Sekarang efeknya tidak terasa sangat. Tetapi jika mahu ditunggu sehingga anda sudah berusia baru mahu menyesal, memang melaratlah nanti. Sekarang merokok mungkin boleh menjadi jalan mudah untuk anda melepaskan tekanan, tetapi ‘jalan mudah’ inilah yang akan menyebabkan anda tertekan di kemudian hari disebabkan masalah kesihatan. Cuba lepak dengan pak cik-pak cik yang selalu berulang-alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada tabiat merokok mereka. Anda akan tahu betapa payahnya hidup jika dibelenggu penyakit, lebih-lebih lagi jika anda bukan pesara kerajaan.
3. Kesihatan pasangan anda
Ads
Tahukah anda, perokok kedua atau perokok pasif terdedah kepada bahaya asap rokok 3 kali ganda berbanding perokok aktif/pertama? Tahukah anda, kajian oleh WHO mendapati wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat barah paru-paru? Cuba anda fikir, ini tidak termasuk zaman bercinta lagi, bila anda selalu merokok ketika ‘dating’ sambil duduk berhampiran dengan pasangan anda. Kalau dulu memanglah rasa macam romantik, tapi tidak terlintaskah yang perkara ini perlahan-lahan meragut kesihatan insan yang anda sayangi? Bolehkah anda hidup tanpa pasangan anda?
4. Bau
Bau rokok tidak wangi. Anda tahu, semua orang pun tahu bukan? Bukan bau baju anda sahaja yang berbau, badan, rambut, semua pun berbau. Penat sahaja anda mandi wangi-wangi.
Ads
5. Kehamilan
Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ahmad Afif Amran tidak boleh ketinggalan jauh kepada Kasma Daniel Kasmayuddin seandainya mahu kekal dalam pemburuan gelaran keseluruhan kelas CP150 pada saingan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, pada 5 dan 6 Ogos ini.
Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu berada di tangga teratas selepas perlumbaan pusingan keempat di Teluk Intan dengan kelebihan satu mata namun penamat di tempat ketiga sewaktu perlumbaan lepas di Selangor meletakkan Afif jatuh ke tangga kedua keseluruhan dengan 67 mata, lapan mata ketinggalan kepada Kasma di tangga teratas dengan 75 mata.
Jelas Afif, menamatkan perlawanan dengan kedudukan terbaik amat penting buat masa ini untuk memastikan kekal dalam buruan gelaran.
“Tidak boleh berada jauh di belakang Kasma kalau mahu kekal bersaing. Saya cuba untuk mendapat penamat lebih baik sewaktu di Serdang tetapi gagal, mujur dapat menaiki podium dan tidak keciciran mata terlalu jauh.
“Saingan di Melaka minggu ini juga saya perlu kompetitif. Litar baru tidak memberi banyak kelebihan kepada sesiapa, tetapi pasukan mana yang memiliki jentera lebih baik dan cepat menyesuaikan diri dengan litar sudah tentu akan mempunyai kelebihan.”
“Saya perlu mencari peluang untuk menewaskan kasma, tetapi bukan mudah kerana semua tahu yang dia memang laju. Tambahan pula bentuk litar ini memberi kelebihan kepada pelumba dan jentera yang laju,” katanya.
Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.
Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.
6.Memakai Seluar Tidak Sesuai
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki. Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan komputer riba atau telefon bimbit akan meningkatkan suhu sehingga mampu mencapai 35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sangka pempengaruh yang dikenali dengan perkongsian kisah-kisah mistik di ML Studio rupanya mahir menunggang kuda dan memanah.
Kemahirannya yang tersembunyi itulah menyebabkan John Bear akhirnya memainkan watak Sitong di dalam filem Pendekar Awang.
Ditemui MASKULIN selepas sesi tayangan perdana filem itu pada 2 Januari lalu, John menjelaskan yang beliau sendiri tidak pernah merancang untuk terlibat dalam dunia lakonan.
Bagaimanapun, peluang itu hadir disebabkan kebolehannya menunggang kuda dan memanah.
“Tok Guru saya beritahu ada nak pakai pelakon yang kena berkuda. Ada aksi kena buat kuda-kuda, saya suka lah. Jadi, saya pun okay,” katanya kepada MASKULIN.
Tambah John, pada awalnya beliau menyangka dirinya hanya diperlukan sebagai watak tambahan tanpa berdialog.
“Tahu-tahu sampai-sampai, ada watak penting pula kena berlakon. Jadi, Alhamdulillah. Rezeki,” jelasnya.
John yang tidak pernah berlakon sebelum ini turut mengakui berasa takut apabila dipertanggungjawabkan memainkan watak Sitong.
“Sebab kita tak biasa dengan benda ni kan. Tapi Alhamdulillah, selepas saya belajar, ada banyak orang yang hebat-hebat dikeliling saya yang banyak membantu saya, dapatlah kita lihat hasil seperti yang kita lihat hari ini (hari tayangan perdana)”.
Meskipun dunia lakonan adalah sesuatu yang baharu baginya, John memberitahu yang dia tidak teragak-agak untuk mencabar dirinya mencuba sesuatu yang baharu apabila diberi peluang berkenaan.
Dia yang aktif dalam nyanyian dan kandungan video atas talian beranggapan yang lakonan adalah satu lagi cabang seni yang patut dicuba jika terdapat peluang.
Diterbitkan juga oleh Studio Kembara, filem yang dibintangi oleh Fattah Amin sebagai teraju utama ini akan ditayangkan di pawagan bermula 11 Januari 2024.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang