Lelaki sado dengan bentuk fizikal berotot tentunya mengundangkan mata orang untuk melihat. Ada yang suka, tak kurang juga yang rasa kurang selesa melihat lelaki dengan badan berketul-ketul.

Lelaki sado ini pastinya mempunyai gaya hidup yang sihat. Ia membuatkan orang cemburu, sekali gus mendorong orang lain untuk sama-sama mencontohi mereka.

Di sebalik kebanggaan yang lelaki sado ini rasai, mereka juga tidak terlepas daripada mempunyai masalah tersendiri. Ini antara 10 masalah yang lelaki sado tidak terlepas hadapi.

Lelaki Sado Juga Tidak Terlepas Hadapi 10 Masalah Ini!

1. DICOP TIDAK LURUS

Biasanya lelaki berbadan sasa atau sado ni memakai pakaian yang ketat untuk menunjukkan susuk tubuh mereka. Ada yang melabelkan golongan kaki gim ini songsang, walhal bukan semuanya begitu. Ingat! Jangan sesuka hati menuduh orang yang bukan-bukan tanpa usul periksa.

2. SUKAR MENCARI PAKAIAN

Masalah utama lelaki berbadan sado ini adalah pakaian. Masalah ini berlaku kerana lelaki sado mempunyai ukuran bahu, lengan dan pinggang yang lebar serta jauh berbeza daripada saiz lelaki normal.

IKLAN

Terlalu sedikit jenama di pasaran yang bersesuaian dengan ukuran bentuk lelaki sado. Kebanyakan pakaian yang dijual terlalu ketat di bahagian lengan, dada dan paha.

Lelaki Sado Juga Tidak Terlepas Hadapi 10 Masalah Ini!

3. LEPAS MAKAN AKAN RASA BERSALAH

Lelaki sado ni juga akan rasa tidak kena apabila mereka terlebih makan. Apabila tibanya waktu untuk bertanding, lelaki sado akan menjaga pemakanan mereka dari A to Z. Namun apabila tiba hari-hari biasa, terlebih mengambil makanan juga akan membuatkan mereka bimbang. Mana tidaknya, berpenat lelah membuat six pack, tiba-tiba perut naik buncit.

4. SUSAH NAK ADA TEMAN HIDUP

Ada yang kata, lelaki sado senang untuk mendapat pasangan. Namun tak kurang juga yang forever alone. Bukan sebab memilih, mungkin kerana rutin hidup mereka yang asyik ke gimnasium, membuatkan masa mereka untuk mencari pasangan dan bersosial semakin terhad. Jadi pandai-pandailah membahagi masa ye, bro!

IKLAN

5. RASA TIDAK SELESA APABILA SELALU DIPANDANG ORANG

Apabila badan sudah segak, mesti ada sahaja mata yang sibuk melihat sambil berbisik. Walaupun kadang kala rasa bangga, namun apabila terlalu kerap pastinya ia akan menimbulkan rasa kurang selesa. Biasanya lelaki yang buat badan ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya ia lebih kepada kepuasan diri dan kesihatan. Jadi, janganlah membuatkan lelaki sado ini kelihatan pelik dan aneh pula.

Lelaki Sado Juga Tidak Terlepas Hadapi 10 Masalah Ini!

 6. KAWAN SELALU MINTA TIP, SAMPAI BOSAN NAK BERITAHU

Bagus kalau kita selalu berkongsi ilmu dan info, tetapi jika kerap sangat bertanya siapa pun akan rasa bosan dan marah. Jangan asyik bertanya tanpa mengambil langah untuk memulakan gaya hidup seperti lelaki sado. Kan lebih baik pergi terus ke gimnasium dan ikut lelaki sado ini bersenam.

7. DIGANGGU RAMAI

Nampak je lelaki sado ini gembira, namun sebenarnya mereka juga tidak terlepas daripada diganggu oleh orang yang ingin berkenalan. Kalau yang berniat baik, tak kisahlah. Tapi jangan sampai menguji tahap kesabaran lelaki-lelaki sado ini.

IKLAN

Lelaki Sado Juga Tidak Terlepas Hadapi 10 Masalah Ini!

8. RUANG ASYIK TAK MUAT

Satu lagi masalah yang lelaki sado ini hadapi, apabila menaiki kenderaan awam atau masuk ke rumah orang, mereka terpaksa memberi ruang yang lebih sedikit. Maklum saja badan mereka ni lain macam besarnya!

9. DUIT HABIS MEMBELI PROTEIN DAN MAKANAN SIHAT

Ingin badan cantik dna segak, memanglah memerlukan pengorbanan. Duit lelaki sado ini juga banyak dihabiskan pada pembelian protein, juga makanan sihat. Semua itu memerlukan bajet yang sangat tinggi. Itulah yang dinamakan pengorbanan.

Lelaki Sado Juga Tidak Terlepas Hadapi 10 Masalah Ini!

10. DITUDUH MEMILIKI ALAT SULIT YANG KECIL

Bukan semua lelaki sado memiliki saiz alat sulit yang kecil kerana ia bergantung pada individu. Lain orang, lain saiz alat sulitnya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI