4 Cara Lelaki Stailo Nak Gayakan Fanny Pack Agar Penampilan Hebat!

Share

Jika wanita terkenal dengan suka membawa handbag atau beg tangan. Lelaki juga ada aksesori wajib yang selalu digunakan iaitu Fanny pack, pouch bag atau apa saja panggilannya.

Apa yang penulis ingin sampaikan ia adalah beg yang dililit pada badan. Jika dahulu aksesori wajib bagi lelaki adalah clutch di mana anda kena pegang, kini ia lebih mudah dengan hanya melilit pada badan sahaja.

Di Amerika panggilannya lebih kepada ‘Fanny Pack’ namun berlain pula panggilannya jika anda pergi ke UK, ia digelar ‘Bum Bag’.

Fesyen item ini menawarkan fungsi yang tersendiri bagi mereka yang inginkan kelainan dalam bergaya tetapi tidak mahu menyandang beg yang besar.

MASKULIN berikan serba sedikit tip pemakaian fanny pack dengan betul.

BACA: Tip Memilih Sut Yang Betul Mengikut Jenis Bentuk Badan Anda

1. Hadkan simpanan barang di dalam beg

Elakkan daripada sumbat segala perkakas yang anda bawa di dalam fanny pack. Bila ia terlalu menggelembung sebab sarat dengan barang, stail anda akan musnah dan fanny pack itu adalah penyebabnya. Jadi, hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, wallet, powerbank, kabel pengecas telefon dan kunci kereta.

2. Boleh buat sebagai tali pinggang

Item fesyen ini tidak terhad kepada lelaki sahaja, kaum wanita juga boleh gayakan fanny pack ikut keselesaan anda. Selain lilit di badan, anda boleh buatkan ia sebagai tali pinggang untuk ketatkan seluar yang longgar.

3. Gayakan posisi fanny pack mengikut keselesaan

Fesyen ini tiada sempadan. Anda bebas untuk bergaya mengikut pilihan dan keselesaan. Fanny pack boleh dililit pada badan, lilit pada pinggang, sarung di celah lengan dan sebagainya.

BACA: Beli Kasut Kulit Mahal, Tapi Tidak Tahan Lama & Cepat Lusuh, Ini 6 Tip Untuk Kekalkan Kualitinya

4. Jaga keselamatan dalam berfesyen

Anda tidak digalakkan untuk melilit fanny pack di bahagian belakang badan tidak kira samada ia digayakan pada pinggang atau badan. Ini adalah untuk membuatkan anda tidak menjadi mangsa penyeluk saku. Jadi, jangan jadi mangsa peragut kerana ingin bergaya.

IKLAN