Ads

Lelaki Temui Sinar Kehidupan Di Usia 45 Tahun, Buat ‘Anu Bionik’ Dengan Harga 270K

Seorang lelaki yang dilahirkan tanpa alat kelamin kini boleh menjalani kehidupan seksual selepas dipasang zakar ‘bionik’ yang diperbuat daripada tisu dan kulitnya sendiri ketika berusia 45 tahun. Andrew Wardle, dari Manchester, menjalani pembedahan memasang zakar tiruan berkenaan di Hospital Kolej Universiti London (UCLH) Jun lalu, dengan kos £50,000 (RM270,195).

Lelaki Temui Sinar Kehidupan Di Usia 45 Tahun, Buat ‘Anu Bionik’ Dengan Harga 270K

Doktor memasang pam mini dalam zakar tiruan yang berfungsi dengan mengaktifkan butang pada paha dan pam akan menyalurkan cecair salina bagi membolehkan organ itu menegang.

Ads

Menurut Daily Mail, doktor menggunakan kulit dan tisu lengan kiri serta urat dari kaki kanannya untuk membentuk zakar tiruan berkenaan sebelum mencantumkannya ke tubuh Wardle.

Lelaki Temui Sinar Kehidupan Di Usia 45 Tahun, Buat ‘Anu Bionik’ Dengan Harga 270K

Ads

Lelaki itu menunggu selama enam minggu sebelum boleh bersama dengan teman wanitanya, Fedra Fabian buat pertama kali dan pasangan berkenaan merancang untuk bercuti di Amsterdam.

Wardle, pemilik syarikat penyediaan makanan yang lahir tanpa kemaluan itu menjalani beberapa pembedahan ketika kecil untuk membolehkannya membuang air kecil dan keadaan itu menyebabkan dia mengalami kemurungan yang teruk.

Ads

Dia pernah cuba membunuh diri pada 2012 tetapi dia menemui sinar harapan selepas bertemu pakar urologi, Dan Wood dari UCLH.

Sumber : Metro Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.