Ads

Lelaki Tetak Rakan Asyik Tanya Bila Mahu Kahwin, Sengaja Undang Rasa Berang!

Berang kerana sering diajukan dengan soalan bila mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 52 tahun di Minahasa Tenggara, Sulawesi Timur menetak kepala rakannya sehingga mati.

Menurut Merdeka.com, suspek, Aswin pada mulanya singgah ke rumah rakannya, Ari Kongingi, 47, untuk membeli arak cap tikus.

Perbualan bermula dengan mesra

Sumber berkata, perbualan di antara Aswin dan Ari bermula dengan mesra seperti dua sahabat baik.

Ads

Namun setelah Ari secara tidak sengaja mengajukan soalan, “Kapan mau nikah?” kepada Aswin, suasana terus bertukar tegang.

Aswin naik berang dan memarahi Asri dengan menegaskan, “Itu urusan peribadi aku, jangan masuk campur”.

Ads

Rakan ekori suspek ke rumah

Bagaimana pun, reaksi Aswin menyebabkan Ari tidak berpuas hati dan mengekori Aswin sehingga pulang ke rumah.

Tiba di rumah Aswin, pertengkaran itu menjadi semakin parah dan suspek naik berang sebelum mengambil parang dan menetak kepala Ari.

Ads

Polis sahkan Ari meninggal dunia

Jurucakap polis, Ronny memberitahu, Ari meninggal dunia semalam ketika dirawat di hospital Noongan Langoan akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber : Agensi & Merdeka.com

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.