
Berang kerana sering diajukan dengan soalan bila mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 52 tahun di Minahasa Tenggara, Sulawesi Timur menetak kepala rakannya sehingga mati.
Menurut Merdeka.com, suspek, Aswin pada mulanya singgah ke rumah rakannya, Ari Kongingi, 47, untuk membeli arak cap tikus.
Perbualan bermula dengan mesra
Sumber berkata, perbualan di antara Aswin dan Ari bermula dengan mesra seperti dua sahabat baik.
Namun setelah Ari secara tidak sengaja mengajukan soalan, “Kapan mau nikah?” kepada Aswin, suasana terus bertukar tegang.
Aswin naik berang dan memarahi Asri dengan menegaskan, “Itu urusan peribadi aku, jangan masuk campur”.
Rakan ekori suspek ke rumah
Bagaimana pun, reaksi Aswin menyebabkan Ari tidak berpuas hati dan mengekori Aswin sehingga pulang ke rumah.
Tiba di rumah Aswin, pertengkaran itu menjadi semakin parah dan suspek naik berang sebelum mengambil parang dan menetak kepala Ari.
Polis sahkan Ari meninggal dunia
Jurucakap polis, Ronny memberitahu, Ari meninggal dunia semalam ketika dirawat di hospital Noongan Langoan akibat kecederaan parah di kepala.
Sumber : Agensi & Merdeka.com
Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Tampil Sebagai Duta Rasmi OPPO Reno7 Series 5G

Tidak terlambat rasanya untuk MASKULIN ucapkan tahniah kepada Lee Zii Jia di atas sumbangan beliau bersama pasukan negara menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia dengan menumpaskan Indonesia beberapa hari lalu.
Sebagai salah seorang watak utama kemenangan negara, Lee Zii Jia membuktikan statusnya sebagai antara pemain terbaik di dunia.
Pengaruh besar yang di bawa olehnya telah menjadi salah satu faktor mengapa jenama telefon pintar terkenal Oppo memilihnya sebagai duta rasmi untuk produl terbaru mereka. Pada minggu lalu, OPPO Malaysia telah mengumumkan Lee Zii Jia sebagai duta rasmi bagi telefon pintar terbarunya, OPPO Reno7 series 5G.
Menurut mereka, Lee Zii Jia akan membawakan produk ini sebagai wajah rasmi terutramanya untuk Prtrait Expert bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global.
Dinggap sebagai ikon sukan paling berpotensi di negara, Lee Zii Jia telah membuktikan dari semasa ke semasa bahawa beliau merupakan seorang atlet yang mampu bersaing di peringkat tertinggi. Malah, dia juga dilihat sebagai anak muda yang berani melakukan perubahan demi kariernya yang lebih gemilang.
Kerjasama di antara OPPO dan Lee Zii Jia menjadi salah satu titik kejayaan buat dirinya sebagai pemain badminton profesional dan juga ikon sukan negara. Kolaborasi ini turut meyaksikan Lee Zii Jia muncul menerusi iklan video pendel bersama OPPO yang akan diumumkan nanti.
Selari dengan visi OPPO yang ingin menjadi sebuah jenama yang mampu mengubah dunia menjadi lebih baik dengan penggunaan teknologi, mereka juga sentiasa meletakkan jenamanya setaraf terbaik di dunia menerusi siri Reno.
OPPO Reno7 Series telah pun dilancarkan pada 22 Februari 2022 dan ia dijangka menjadi antara peranti rebutan ramai. Tahniah MASKULIN ucapkan kepada Lee Zii Jia dan juga OPPO Malaysia di atas kerjasama yang cukup baik ini.
Jangan lupa untuk subscireb Youtube dan Telegram MASKULIN untuk kandungan paling menarik tentang lelaki masa kini!
Geram Tidak Bertemu Jodoh, Wanita Nekad Kahwin Dengan Selimut!

Gara-gara geram masih tidak bertemu jodoh biar pun usia menjangkau 49 tahun, seorang wanita dari England nekad untuk kahwin dengan selimut.
Ini kerana menurut wanita terbabit, Pascale Sellick, dia mungkin gagal bertemu jodoh yang betul kerana kebanyakan lelaki takut akan sikapnya yang kasar.
Minta bantuan perunding perkahwinan
Meski pun nampak tidak logik, wanita berkenaan yang bekerja sebagai artis telah meminta bantuan seorang perunding majlis perkahwinan untuk menjayakan hasratnya.
Tujuannya selain mengahwini selimutnya dalam majlis secara besar-besaran, Pascale turut merancang untuk melakukan sesuatu yang istimewa bagi meraikan perkahwinan itu.
Sah punyai hubungan intim
Dedah wanita itu, dia tidak malu untuk mengaku bahawa dia sememangnya pernah melakukan hubungan intim dengan pasangannya.
Namun bagaimana cara dia melakukan, tidak pula dia berkongsi mungkin atas faktor-faktor tertentu yang ingin dirahsiakan demi keseronokan peribadinya.
Ingin pakai baju khas
Kongsi Pascale tentang kisah lalunya, hubunganya dengan lelaki tidak pernah bertahan lama kecuali dengan selimutnya.
Sehubungn itu bagi memberi kejutan kepada ‘bakal suaminya’ itu, dia akan memakai baju tidur khas dan selipar tertentu pada hari terbabit.
Tetamu harus pakai baju yang serupa

Meski pun masih merahsiakan dengan baju istimewa itu, Pascale akan memastikan setiap tetamu yang dijemput digalakkan memakai baju tidur yang seakan-akan serupa.
Selain dibolehkan memakai pijama dan selipar yang bersesuaian, tetamu juga digalakkan membawa patung beruang atau botol minuman panas.
Berkahwin pada FebruariPascale dijangka akan menamatkan zaman bujang pada 10 Februari di Rougemont Gardens, Exeter disusuli sambutan keraiannya di The Glorius Art House.
Mendengar cerita ini, nampaknya seperti tidak logik tetapi itulah yang akan dilakukan oleh Pascale gara-gara geram masih belum bertemu jodoh yang sesuai!
Sumber : bm.cari.com.my
Dengan Dua Step Mudah, Ini Cara ‘Mute’ Panggilan Yang Tidak Dikenali!

Tertekan kerana anda kerap diganggu nombor yang tidak dikenali dan sering sahaja rasa ingin ‘mute-kan’ panggilan tersebut? Ambil beberapa langkah simple ini.
Menurut satu video daripada MacRumors ini, salah satunya caranya ualah dengan menggunakan aplikasi ialah ‘Silence Unknown Callers’.
1. Buka aplikasi setting
2. Scroll hingga anda nampak ‘PHONE’ dan kliknya
3. Setelah itu, pastikan permukaan telefon ada seperti di gambar dan tekan butang ‘Silence Unknown Callers’ untuk enablekannya.
Malah, nombor yang tidak dikenali itu tidak akan keluar seperti panggilan yang lain, tetapi ia akan keluar notifikasi senarai sebagai Miss Called.
Namun harus di ingat ya, jika anda tertelefon nombor tersebut, walaupun anda tidak savekan nombornya, secara langsung nombor terbabit boleh hubungi anda seperti biasa.
Walaubagaimanapun, di sini beberapa cara untuk Android. Selamat mencuba!