lingkungan usia 40 hingga 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.
Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup? Ada lelaki berjaya mengharunginya dengan baik.
Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.
Jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan pada usia pertengahan. Ada penyelidik melihatnya sebagai andropaus, namun sebenarnya lebih pada keupayaan seseorang lelaki itu menangani masalah yang dihadapinya.
Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran positif. Lelaki dengan emosi tidak stabil mula berfikiran negatif.
Dia membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.
Perubahan hormon
Ads
Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan. Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan.
Krisis pertengahan umur dalam kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun, hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat. Antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit.
Fungsi seksual juga berkurangan, sekali gus mempengaruhi sosiologi. Perubahan biologi dilalui oleh semua lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama.
Hal ini berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif. Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya.
Ads
Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.
Lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.
Jika dikaitkan dengan masalah andropaus, perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan moden. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.
Simptom krisis pertengahan usia
·Berasa tidak bahagia dengan hidup atau gaya hidup.
Ads
·Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.
·Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya.
·Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya.
·Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka.
·Keinginan menjalin perhubungan baru (Ramai lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan berkahwin dengan anak dara. Lebih parah jika memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas).
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki, adalah penting untuk memahami tanda-tanda awal yang mungkin mengindikasikan kehadiran masalah kesihatan, termasuk kanser prostat. Kanser prostat adalah penyakit serius yang boleh mempengaruhi kesihatan lelaki, dan mengenali tanda-tanda awalnya adalah langkah penting dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan. Memetik portal MyHealth, ada beberapa gejala utama kanser prostat yang perlu diberi perhatian serius.
Satu daripada tanda-tanda utama kanser prostat adalah aliran air kencing yang tidak lancar. Lelaki yang mengalami masalah ini mungkin mengalami kesukaran dalam memulakan atau mengakhiri proses kencing. Mereka mungkin juga merasai tekanan semasa kencing dan kekerapan yang meningkat. Sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, ia mungkin menjadi petunjuk awal kanser prostat.
Keinginan untuk buang air kecil pada waktu malam yang kerap adalah gejala yang perlu diberi perhatian. Jika anda terpaksa bangun beberapa kali pada malam hari untuk ke tandas, ini boleh menjadi tanda bahawa prostat anda sedang mengalami masalah. Rasa tidak selesai selepas kencing juga mungkin mengganggu tidur malam anda.
Mengalami rasa sakit atau pedih semasa kencing adalah tanda lain yang perlu diambil serius. Ia boleh menjadi petunjuk bahawa terdapat masalah dalam prostat anda. Sekiranya anda merasai ketidakselesaan semasa proses ini, adalah penting untuk berjumpa dengan pakar kesihatan untuk penilaian lanjut.
Kanser prostat juga boleh menyebabkan kesukaran semasa ejakulasi. Anda mungkin mengalami kesakitan semasa pancutan mani. Ini adalah gejala yang tidak boleh diabaikan dan perlu dibincangkan dengan pakar urologi atau doktor.
Tanda paling mencolok kanser prostat adalah kehadiran darah dalam air kencing atau air mani. Sekiranya anda mengalami perkara ini, segeralah berjumpa dengan pakar kesihatan, kerana ia boleh menjadi petunjuk serius mengenai kanser prostat.
Penting untuk diingat bahawa gejala-gejala ini tidak semestinya mengesahkan yang anda menghidap kanser prostat, tetapi ia adalah petunjuk yang perlu diambil serius. Anda perlu berjumpa dengan pakar kesihatan untuk penilaian dan ujian lanjut sekiranya mengalami sebarang gejala ini.
Mengenali tanda-tanda awal kanser prostat adalah langkah pertama dalam menjaga kesihatan prostat anda dan mendapatkan rawatan yang diperlukan. Jangan menangguhkan kunjungan ke doktor jika anda mengalami sebarang gejala yang disebutkan di atas. Kesihatan prostat anda adalah penting untuk kualiti hidup anda sebagai lelaki.
“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself.”- Oscar de la Renta
Berapa jumlah wang yang anda laburkan untuk membeli sehelai baju? Dan bagaimana anda memilih rekaan baju itu? Adakah dari jenama nya atau rekaan yang bersesuaian dengan gaya anda sendiri?
Saya akui, hari ini rata-rata dari kita adalah brand concious. Membeli hanya dari jenama mewah untuk disarungkan di tubuh mereka.Terlalu memilih. Masalahnya, mereka menganggap apabila menyarungkan helaian mewah dari jenama seperi Prada, Gucci , dan Louis Vuitton, mereka ini adalah golongan yang menghargai fesyen. Seolah-olah memahami konsep berfesyen itu. Walhal, semakin kita selami erti fesyen itu, semakin kita kenal corak industri fesyen yang tidaklah berpaksikan hanya pada jenama semata-mata.
Tidak bermakna jika anda membeli sehelai jumper yang berharga RM 2,000 anda sudah layak mengelar diri anda sebagai pencinta fesyen. Pengikut trend. Mahupun seorang fashionista. Saya kira ada sahaja dikalangan kita yang berbelanja besar serba mewah namun tiada elemen “fesyen” dalam penggayaannya. Asalkan baju yang disarungkan itu dari Prada, dan celananya rekaan Givenchy, sudah berdiri megah kononnya stail nya itu sangat ‘fesyen’. Salah belaka.
“A person who follows trends in the fashion industry obsessively and strives continually to adopt the latest fashions”
Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelbagai aspek termasuklah dari pilihan design untuk rekaan aksesori. Begitu juga dari segi stail dan penggayaan. Maksud saya, bisa saja jika anda membeli sehelai t-shirt putih yang berharga RM10 dan dipadankan dengan jaket ala Louis Vuitton berharga RM35 serta diserasikan dengan celana hitam berharga RM17 untuk anda menhasilkan stail yang tip-top. Asalkan tahu bagaimana untuk mix and match sudah cukup membantu dalam mencipta satu total look yang lebih berstail dan “fesyen”. Nah! Terang lagi bersuluh, bukan sekadar wang semata-mata, malahan pendekatan ilmu dalam fesyen juga penting untuk menghasilkan gaya yang menarik, relevan namun bijak mengatur kos belanja.
“Create your own style. Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.” – Anna Wintour
Menurut Anna Wintour, ciptalah gaya kita sendiri. Gaya yang bisa unik untuk kita sendiri dan memberi impak besar pada orang ramai sehingga kita dikenali ramai orang. Terang lagi bersuluh. Untuk mencipta impak dalam gaya berfesyen anda, ia tidaklah sekadar memandang kepada jenama sesebuah produk, malahan ia lebih kepada bagaimana kita bermain dengan kuasa warna, rekaan, dan juga bijak dalam proses suai padan yang mampu menaikkan aura karisma anda. Apa yang penting, sentiasa yakin dengan gaya penampilan anda supaya dapat dilihat sebagai seorang yang bold dalam personaliti, juga seorang yang sharp dalam berfesyen.
Jadi, cuba kembangkan kreativiti dalam penggayaan fesyen anda dengan membeli helaian baju di kedai bundle seperti di uptown. Why not?
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.