Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Ads
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
MEMBUANG AIR KECIL SEBANYAK DI ANTARA LIMA HINGGA ENAM KALI SEHARI MERUPAKAN SITUASI YANG NORMAL. NAMUN, MEREKA YANG MEMBUANG AIR KECIL MELEBIHI LAPAN KALI SEHARI MENUNJUKKAN KEADAAN YANG SEBALIKNYA.
PUNDI
Ads
Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
MENGURANGKAN MINUM AIR MASAK BAGI MENGELAKKAN SESEORANG ITU KERAP KE TANDAS ADALAH SATU TINDAKAN YANG SALAH.
Ads
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mandi merupakan rutin harian buat kita, ia bukan saja membersihkan badan dari kekotoran ia juga mampu menyegarkan minda dan memberi ketenangan jiwa. Namun, siapa sangka benda yang selalu kita buat ini punya kesan buruk dan memudaratkan diri.
Apa agaknya kesilapan biasa yang dilakukan ketika mandi?
1. Mandi dengan air panas terlampau lama
Mandi dengan air panas akan mendorong kepada masalah kulit kering dan untuk menambah segarkan badan selepas penat seharian, mandi dengan air sejuk akan memberi kesan yang lebih baik.
2. Mandi dengan sabun terlampau banyak
Buih sabun yang terlampau banyak akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Terdapat bahan yang dinamakan surfactant yang akan menarik air dan minyak semulajadi daripada kulit.
3. Tidak membilas badan dengan sabun sebersihnya
Bahan kimia terdapat pada sabun akan membawa kepada kerengsaan kulit. Namun terdapat juga jenis pembersihan kulit yang memang dicipta untuk memberi kelembapan pada kulit. Tetapi kalau anda menggunakan sabun mandi biasa, pastikan bilas betul-betul dengan air bersih.
4. Memakai mask muka selepas mandi
Mask muka sepatutnya dipakai sebelum membersihkan muka. Membersihkan muka sebelum dan selepas memakai mask akan membuatkan kulit wajah jadi kering. Produk yang mahu dipakai selepas mandi haruslah yang jenis menghidrasi dan bersifat “mengunci” kelembapan bukan bersifat “pembersihan”.
5. Mengabaikan sesetengah bahagian
Apabila anda mandi, adakah anda pasti akan membersihkan keseluruhan badan anda ? Selalunya bahagian belakang leher, celah jari kaki, tumit, dan bawah lengan antara yang selalu diabaikan.
6. Mengelap dengan tuala secara kasar
Antara tabiat yang membawa kepada rambut rosak adalah mengeringkan rambut secara kasar menggunakan dengan tuala. Begitu dengan badan anda. Jadi keringkan badan badan menggunakan tuala secara lembut, jangan secara menggosok atau terlalu kasar kerana ingin mengejar masa.
7. Membersihkan rambut sebagai bahagian terakhir
Bahan dalam syampu dan kondisioner boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Jadi pastikan anda membersihkan bahagian muka dan badan dengan betul dan teliti selepas membersihkan rambut.
8. Tidak menyapu produk pelembapan
Waktu terbaik untuk meyapu losyen dan krim pelembap adalah selepas waktu mandi. Selain lebih mudah menyerap, rutin ini juga akan membantu dalam mengelakkan masalah kulit kering kerana kulit kehilangan pelelembapan semulajadi selepas mandi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cecair di dalam tubuh juga berfungsi untuk melindungi dan membantu memudahkan gerakan pada sendi dan otot. Otot tubuh akan mengempis apabila tubuh kekurangan cecair. Oleh sebab itu, kita digalakkan minum air yang cukup untuk keperluan harian. Semakin aktif kita bergerak, semakin pentingnya air yang cukup dalam tubuh bagi membantu meminimakan risiko kekejangan otot dan keletihan.
Tapi mana lagi bagus untuk kesihatan badan. Air sejuk atau air panas?
Sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tapi haruslah pada waktu yang sesuai.
Berikut dikongsi kebaikan minum air sejuk dan waktu yang tepat untuk anda mengambilnya agar bermanfaat pada kesihatan tubuh.
1. Selepas bersenam
Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.
2. Melawan panas
Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.
3. Membantu menurunkan berat badan
Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi. Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
Jangan minum air sejuk bila.
.Elak minum air sejuk ketika sedang makan. Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.
Minum air panas pun banyak manfaatnya
Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana cukup baik diamalkan.
1. Mempercepatkan pencernaan
Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.
2. Mengeluarkan racun dari tubuh
Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit. Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suami dan minum setiap pagi.
3. Melancarkan pernafasan
Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.
4. Mengurangkan rasa sakit
Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi.
Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.
@via vanillakismis.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Paling tidak selesa sewaktu bersenam mahupun jalani aktiviti di gimnasium apabila terkena wayar-wayar berselirat di bahagian kepala. Jadi kali ini Jabra Malaysia telah mengumumkan beberapa lagi siri Elite di pasaran tempatan, termasuklah versi yang lebih tahan lasak iaitu Jabra Elite Active 65t dan juga Elite 65e dan Elite 45e. Siri Elite merupakan siri yang menyokong sambungan tanpa wayar terhebat! Kini anda akan lebih stailo dan selesa di gimnasium.
Elite 45e
Direka untuk pengalaman suara dan muzik terbaik. Elite 45e adalah untuk pengguna yang mahukan gabungan pengalaman suara dan muzik yang terbaik pada headset dengan reka bentuk yang tidak menonjol dan padanan yang baik. Headset neckband lembut (dengan memory wire) ini mempunyai faktor rupa bentuk yang ringan dan penyelesaian mikrofon kotak yang unik yang membawakan komunikasi suara yang paling jelas pada mana-mana headphone stereo wayarles.
Elite 65e
Dihasilkan untuk membawakan panggilan dan muzik wayarles yang terbaik dalam kelasnya. Elite 65e memberikan dua peringkat pembatalan bunyi termasuklah penyelesaian utama oleh Jabra iaitu Active Noise Cancellation (ANC) menerusi 2 mikrofon dalam setiap earbud untuk membawakan pembatalan bunyi yang memenuhi standard dagangan. Ia juga membawakan kualiti perbualan yang luar biasa dengan teknologi tiga mikrofon yang menghasilkan zon penghalang bunyi – untuk memastikan suara anda disampaikan dengan begitu jelas sekali.
Elite Active 65t
Direka untuk pengguna aktif yang mahukan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar semasa sedang melakukan aktiviti senaman. Jabra Elite Active 65t adalah untuk mereka yang menginginkan ciri-ciri Elite 65t, tetapi boleh menggunakan earbuds tersebut dalam persekitaran sukan atau ketika menjalani latihan. Earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, menerusi salutan khas, akselerometer bersepadu bagi ciri-ciri pengesanan, dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk. Dengan Elite Active 65t, pengguna dapat mendengar muzik selama lima jam dengan sekali cas dan ia disertakan dua pengecas tambahan pada cradle.
Ciri-ciri utama rangkaian Elite
Pengalaman suara yang terbaik: teknologi mikrofon unik yang termaju dalam pasaran memastikan panggilan dan interaksi suara yang terbaik di pasaran. Ini ditambah pula dengan sokongan bagi semua pembantu maya yang utama termasuklah integrasi yang baru dengan Amazon Alexa-on-the-go.
Pengalaman muzik tersendiri: pengguna boleh menyesuaikan bunyi mengikut pilihan mereka dengan app Jabra Sound
Kepelbagaian pilihan gaya pemakaian: wayarles sebenar, neckband, neckband lembut, headband – yang sentiasa membawakan suara, muzik dan panggilan yang terbaik
Ketahanan yang tiada bandingannya: waranti dua tahun terhadap kemasukan air dan habuk**, waranti dua tahun bagi varian Active & Sport terhadap peluh dan habuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.