Masyarakat kita ramai yang mahu menjalankan perniagaan makanan namun tiada ilmu dalam pengendalian makanan, demikian pendapat cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali umum sebagai Chef Wan.
Chef Wan tampil menyuarakan pendapat itu susulan kes keracunan mihun goreng dan telur mata yang diedarkan di sebuah sekolah sehingga membawa maut.
“Kebanyakannya orang-orang Melayu kita yang meniaga ni mereka tiada pengetahuan tentang sanitasi dan kebersihan,” kata Chef Wan ketika ditemui MASKULIN.
“Anda tanya mereka tentang jenis kuman, anda tanya mereka tentang jenis suhu. Kosong. Asalkan boleh memasak sahaja, jual”.
Cuaca Tropika, Kuman Mudah Membiak
Chef Wan juga menerangkan yang kuman amat mudah membiak jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul lebih-lebih lagi di negara bercuaca tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia.
Oleh itu, semua makanan perlu dihidangkan secepat mungkin ketika masih panas.
Bagi perkhidmatan catering yang memerlukan makanan disimpan dahulu sebelum dihantar, suhunya perlu diturunkan dahulu secepat mungkin sejurus selepas dimasak.
Ads
Kemudian, barulah makanan tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula apabila hendak dihidangkan nanti, demikian penjelasan Chef Wan.
Jangan Kedekut Beli Peti Sejuk
Selain itu, Chef Wan juga berpesan kepada peniaga agar tidak kedekut mengeluarkan wang untuk membeli sistem penyejukan yang betul.
“Peti sejuk ada satu atau dua sahaja, tapi nak meniaga macam-macam. Ambil pesanan katering macam nak mampus.
“Bila peti sejuk disumbat penuh, sudah tiada peredaran udara. Bila tiada peredaran udara, peti sejuk itu tidak cukup sejuk,” ujar Chef Wan.
Ulasnya, peti sejuk perlu mempunyai suhu tertentu yang cukup sejuk agar bakteria dan virus tidak membiak.
Ads
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat makan mihun goreng dan telur mata yang tercemar.
Makanan itu diperoleh dari sebuah program yang dianjurkan di sebuah sekolah di Gombak.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun tersebut menjamah bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya yang menghadiri program berkenaan.
Memetik laporan Astro Awani, dia dan ibu bapanya mengalami cirit-birit selepas menjamah makanan tercemar itu.
Ads
Bagaimanapun, dia ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dua hari kemudian sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga telah menjamah makanan lebihan yang dibawa pulang oleh ayahnya yang merupakan pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.
Kanak-kanak itu mengalami demam dan cirit-birit dua hari kemudian dan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.
Sejumlah 82 orang dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan daripada 247 orang yang terdedah kepada makanan tersebut, demikian lapor Berita Harian.
Biasanya awal Ramadan adalah waktu paling rajin untuk seseorang memasak aneka menu lazat untuk kekal bertenaga sepanjang hari di bulan Ramadan. Tetapi sampai bilakah tahap kerajinan anda itu mampu bertahan? At the end 10 makanan ini juga anda hadap dan capai disebabkan malas bangun awal pagi!
#DoneSahur
1.Serunding
Serunding adalah penyedap dan penambah selera yang tidak boleh dinafikan. Dari tiada selera untuk makan, terus nasi bertambah. Tidak sukar mendapatkan serunding ni, selain tahan lama ia juga mempunyai banyak jenis seperti serunding ayam, ikan dan daging.
Biasanya lelaki bujang akan ambil roti dan letak je serunding dan baca niat sahur. Lepas makan tidur semula!
2.Biskut Kering
Alhamdulillah masih ada semangat untuk membeli aneka biskut, roti dan pelbagai lagi makanan berguna dan mengenyangkan untuk dijadikan juadah bersahur. Biskut kering adalah Antara makanan paling mudah, hanya perlu celup dengan air panas, sapu jem ataupun makan begitu sahaja. Memang tahap malas teruk dah kalau makan biskut kering hari-hari.
3.Kurma
Makanan sunnah yang tidak boleh dinafikan, bukan sahaja penuh dengan khasiat, kurma memberi sumber tenaga, gula ringkas mudah serap dan membuatkan anda kekal cergas sepanjang berpuasa nanti. Ada yang suka makan, ada juga yang beli sekotak selepas tu simpan sampai raya.’
4.Kismis
Sehebat kurma, kismis turut memainkan peranan penting sepanjang menghidupkan mood Ramadan anda. Lelaki ni kalau bangun tidur, apa yang ada depan mata itu juga dia makan, jadi kismis benda paling tahan lama, berkhasiat dan sangat sedap untuk dicampurkan dalam makanan sahur anda.
5.Oat
Buat abang-abang yang rasa nak diet, sihat tapi masih ada tenaga sepanjang berpuasa, Oat adalah makanan paling wajib ada dalam dapur lelaki bujang. Mudah di masak, campur air, letak susu atau buah-buahan terus makan.
6.Mee Segera
Sebelum ini sudah diselitkan mengenai bahaya mee segera sebagai juadah bersahur. Jadi sila kurangkan, jangan sampai jadi kemestian pula.
Buah-buahan seperti pisang dan segala jenis buah harus anda simpan sepanjang Ramadan. Disebabkan sikap malas masak dan mengemas, makan sahaja buah-buahan adalah langkah bijak dan selamat untuk anda tidak rasa lapar di waktu siang nanti.
8.Air Masak
Paling pemalas, inilah menu bersahur lelaki bujang, nak rebus telur memang tak lah, nak buka dapur gas apatah lagi. Jadi air masak adalah segala-galanya untuk mengatakan anda telah bersahur. Betul tak?
Selamat berpuasa #DoneSahur
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Takrifan kacak atau ‘paling handsome’ tidak dinafikan cukup subjektif bagi setiap orang. Namun salah satu perkara kita harus setujui ia kebanyakan secara konsensusnya tidaklah terlalu berbeza.
Saban tahun pasti akan ada sahaja carta artis atau selebriti paling cantik dan juga kacak. Dan setiap kali itulah ia akan dapat mencuri perhatian para peminat dengan penuh minat.
Salah satu carta yang dikeluarkan oleh TechnoSports tidak kurang popularnya. Menerusi laman sesawangnya, mereka membariskan 10 orang artis atau figura yang dianggap paling kacak di dunia.
Difahamkan carta ini disusun berdasarkan oleh pelbagai laporan dan berita sebelum ia dihimpunkan serta dirangkumkan kepada carta kedudukan paling tinggi.
Untuk carta lelaki paling kacak 2023 mereka mendapati Kim Tahyung atau popular dengan gelaran V dari grup K-pop, BTS berada di carta pertama. Populariti BTS sememangnya tidak dapat disangkal dengan pelbagai rekod industri muzik telah berjaya dipecahkan mereka.
V yang merupakan salah seorang ahli BTS paling popular telah berjaya mengalahkan nama-nama besar seperti bintang Hollywood iaitu Robert Pattinson, bintang Bollywood, Hritik Roshan dan juga aktor memainkan peranan Spider-Man, Tom Holland.
Manakala di tempat kelima pula diduduki oleh David Beckham yang kini berusia 48 tahun namun penampilannya masih dikagumi ramai.
Carta ini juga turut menempatkan Idris Elba di tempat keenam. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula menjadi satu-satunya figura bukan artis yang berjaya menembusi top 10 dengan kedudukan di tempat Kanada.
Top 10 carta tersebut dilengkapkan dengan membariskan nama-nama besar Hollywood iaitu Bradley Cooper, Chris Evans dan juga Zac Efron.
Adakah anda bersetuju dengan senarai ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sabah merupakan Negeri Di Bawah Bayu yang sangat terkenal dengan kepelbagaian etnik dan tempat-tempat yang menarik.
Jika anda nak merasa percutian menarik di Sabah, inilah masanya! Mungkin sebelum ini anda biasa pergi tempat yang ramai orang dan biasanya akan melawat pulau-pulau di negeri itu.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna.
Percutian Menarik Di Sabah, Lelaki Ini Jumpa Tempat Best Tersembunyi!
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah.
Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki northernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya.
Lelaki bekas banduan terima Ijazah PhD OUM, dari tirai besi ke pentas konvokesyen. Walaupun telah menghabiskan 23 tahun hidupnya di sebalik jeriji besi, Murad (bukan nama sebenar), 38, tidak pernah memadamkan impian untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi.