Dubai, Emeriah Arab Bersatu sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mempamerkan kekayaan yang dimiliki. Jika sebelum ini Dubai terkenal di kalangan pelancong bahawa polis memandu kereta mewah seperti Aston Martin, BMW dan sebagainya, kini pasukan kecemasan mereka juga sudah memiliki kereta mewah baharu.
Menurut laporan portal automotif Mekanika Malaysia, Perkhidmatan Ambulan Dubai atau Pasukan Kecemasan Dubai baru sahaja menerima kenderaan terbaru iaitu sebuah Nissan GT-R dan Chevrolet Corvette C7. Lebih menarik, ia bukan Corvette C7 biasa tetapi sebuah model Grand Sport.
Ambulan Nissan GT-R
Ads
Walaupun begitu, ia tidak dilengkapi dengan katil pengusung sebagaimana ambulan lain, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan peralatan CPR, tabung oksigen selain peralatan mudah alih lain untuk digunakan ketika kecemasan serta jika ada pesakit yang memerlukan bantuan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti kecemasan melibatkan masalah pernafasan serta kecederaan yang kecil. Selain itu, pekhidmatan ambulan Dubai turut menyatakan bahawa tempoh masa bertindak mereka berjaya dikurangkan sebanyak separuh dengan menggunakan kereta-kereta seperti ini.
Mereka juga turut pernah menggunakan kereta Supercar lain seperti Ford Mustang, Dodge Challenger dan Lotus Evora.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Triumph mendedahkan video teaser model Bonneville Speedmaster baharu yang bakal dilancarkan pada 3 Oktober depan.
Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada video berdurasi 26 saat itu. Hanya tertera beberapa perkataan antaranya ‘British attitude’, ‘classic custom style’ dan ‘classic leading capability’. Latar belakang video berkenaan secara samar-samar menunjukkan bahagian enjin, lampu depan dan imej penuh model tersebut.
Berdasarkan video pendek itu, dapat dilihat Speedmaster baharu masih mengekalkan ekzos yang panjang dan berada dalam posisi yang rendah.
Selain itu, bahagian enjin juga seakan menggunakan jana kuasa lebih besar. Mungkin pihak Triumph akan menggunakan enjin yang ada pada Thruxton dan Bobber.
Untuk makluman, Speedmaster bukanlah nama baharu. Produk berkenaan berada dalam rangkaian Triumph sejak 2002. Speedmaster yang asal dijana oleh enjin 790cc yang kemudiannya ditingkatkan menjadi 865cc pada 2005.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BMW Malaysia memperkenalkan model terbarunya BMW X5 xDrive45e M Sport. Jentera hebat ini merupakan model elektrik terkini dipasang secara domestik. Ia juga merupakan model perintis dalam barisan kenderaan BMW X.
BMW X5 telah terbukti menjadi jentera Sports Activity Vehicle (SAV) premium yang paling efisien dan berkuasa tinggi pernah menyusuri jalan raya. Tahun lalu, BMW X5 telah menyumbang lebih daripada 25% serahan kenderaan BMW X yang diterjemahkan kepada 3,000 lebih unit.
BMW Malaysia menyatakan keyakinan mereka bahawa BMW X5 xDrive45e M Sport akan terus meneruskan legasi model-model ikonik yang terdahulu.
Model terbaru ini juga tampil dengan nuansa serba atletik berasal dari susur galur BMW X yang disinambungkan dengan bentuk yang lebih besar bagi menaik taraf aspek ruang dan keselesaan.
SAV baharu ini turut menampilkan pembaharuan dalam iras kelasakannya yang ikonik, termasuk lampu hadapan Adaptive LED yang langsing dengan BMW Selective Beam, serta lampu kabus LED di hadapan yang melengkapi komponen signatur gril ‘kidney’ yang megah.
Dengan pakej M Sport, BMW X5 xDrive45e terbaharu menampilkan set roda aloi ringan ‘M’ bersaiz 20 inci dalam penggayaan Star Spoke 740 M Dwiwarna, berserta dengan brek M Sport.
BMW X5 xDrive45e M Sport juga dikuasakan oleh enjin enam silinder berkapasiti tiga liter yang lengkap dengan teknologi BMW eDrive. Menerusi output maksimum gabungan berjumlah 290 kW/394 kk dan puncak tork gabungan berjumlah 600 Nm, SAV baharu ini menjana kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j.
Pecutan abad dapat dibuat oleh kenderaan ini dalam masa 5.6 saat sahaja. Menerusi mod elektrik tulen,
BMW X5 xDrive45e M Sport mempunyai capaian panduan elektrik berjarak 77 km setelah dicaj penuh, dan mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 135 km/j.
Di samping itu, SAV ini menggunakan paras bahan api yang rendah, iaitu 2.5 l/100 km serta emisi karbon bertahap rendah pada paras 56 g/km.
Enjin luar biasa jentera ini dilengkapkan oleh transmisi lapan kelajuan dengan dinamik penukaran gear yang dinaik taraf. Keempat-empat roda dibekalkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda xDrive.
BMW X5 xDrive45e M Sport terbaharu juga kini menampilkan suspensi udara 2-gandar pada komponen gandar hadapan dan belakang, sekali gus memaksimumkan keupayaan dan keselesaan dinamiknya.
Bantuan pemanduan tahap baharu disediakan oleh BMW X5 xDrive45e M Sport melalui BMW Personal CoPilot, yang merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan dan Amaran Penukaran Laluan.
Sistem tersebut juga menampilkan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Amaran Perentasan Trafik di Belakang, Pencegahan Perlanggaran Belakang serta info had kelajuan.
Di samping itu, BMW X5 xDrive45e M Sport turut dilengkapi dengan Parking Assistant Plus dengan Kamera Pandangan Keliling, berserta dengan Bantuan Mengundur yang menawarkan fungsi bantuan yang mengagumkan ketika mengolah masuk dan keluar dari ruang parkir serta mengundur masuk ke ruang yang sempit.
Bantuan Mengundur berkenaan menyimpan rekod panduan 50 meter yang terakhir pada tahap kelajuan setinggi 35 km/j, dan ia juga menawarkan bantuan untuk mengundur keluar daripada ruang parkir atau ruang yang sempit dengan mengambil alih kawalan stering.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di antara model BMW yang cukup popular terutamanya di kalangan eksekutif muda di negara kita ialah BMW 3 Series. Setiap versi terbaharunya tidak pernah gagal menangkap perhatian ramai.
Terbaru, BMW Malaysia telah memepersembahkan edisi BMW 3 Series terbaharu yang menampilkan tiga varian iaitu dua varian petrol dan hibrid ‘pug-in’.
BMW Malaysia menampilkan tiga varian iaitu BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport. Lebih istimewa ketiga-tiganya dipasang di dalam negara.
Model iterasi sedan eksekutif premium yang terbaharu ini menampilkan eksterior dengan pesona yang lebih tertumpu di samping ruang interior yang lebih moden lagi inovatif. Jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, tiga varian BMW 3 Series yang diketengahkan ini menampilkan versaitiliti pemanduan sempurna.
“Konsisten melakar kejayaan untuk jenama BMW, janji yang kami tunaikan buat para pelanggan kami dengan setiap iterasi sedan tersebut – daya pengendalian yang sporty, reka bentuk tersendiri, keefisienan luar biasa dan kelengkapan inovatif – masih akan diutamakan, berlatarkan pelbagai inovasi yang terus memacu jenama kami ke hadapan dalam perintisan generasi mobiliti yang seterusnya,” jelasnya lagi.
BMW 3 Series kekal menjadi jentera bertaraf ikonik, disumbang oleh ciri sporty yang sinonim dengannya, dan ia bermula dengan seksyen hadapan, di mana komponen gril ‘kidney’ menampilkan corak lingkaran yang baharu untuk menzahirkan iras yang lebih garang.
Lampu hadapan LED juga telah diperbaharui untuk menonjolkan kelebaran sedan ini, dengan lampu waktu siangnya yang serba ekspresif dan berbentuk L songsang.
Malah komponen apron hadapan BMW 3 Series terbaharu juga kini hadir dengan wajah yang tersendiri, dan ia masih memuatkan tirai udara lateral yang biasa dilihat pada jentera BMW. Komponen apron tersebut mengiringi salur masuk udara sentral yang dilitup dengan corak rekaan indung madu, disediakan melalui Pakej M Sport yang didatangkan secara standard bagi ketiga-tiga varian.
Dari sisi, BMW 3 Series membawakan reka bentuk yang menonjolkan sifat atletik jentera ini – memiliki jarak roda yang panjang, bonet yang landai dan juga rungkup yang singkat. Jentera ini disempurnakan dengan set roda aloi ringan M 18 inci dalam penggayaan dwiruji, dwiwarna 848 M berserta dengan saiz tayar hadapan dan belakang yang berasingan.
Menjadi sebahagian daripada Pakej M Sport, BMW 3 Series terbaharu juga menampilkan jata M pada tubuh sisinya, di samping Suspensi M Sport bagi kedua-dua varian petrol, manakala BMW 330e M Sport baharu pula akan didatangkan dengan Suspensi M Adaptif.
Seksyen belakang BMW 3 Series didefinisikan dengan dua paip ekzos yang unik, saiz diameternya telah dinaikkan kepada 100 mm untuk membuahkan iras yang lebih sporty, turut dipadankan dengan komponen peresap berkontur. Menonjolkan penampilan dinamik sedan ini ialah pakej M Aerodynamics dan Garisan Bumbung M berglos tinggi – kedua-duanya merupakan rangkuman standard Pakej M Sport.
Pengenalan BMW Curved Display menaik taraf elemen sofistikasi dan digitalisasi ruang interior BMW 3 Series terbaharu, ia hadir dengan Skrin Paparan Informasi 12.3 inci di samping Skrin Paparan Kawalan berciri sentuh 14.9 inci yang diintegrasikan tanpa rangka. Di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, jalur trim yang besar dan luas turut menambah sentuhan keelegenan pada jentera ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang