Foto: katemangostar - www.freepik.com

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, MASKULIN yakin penggunaan telefon pintar seharian anda pasti lebih lama berbanding hari biasa. Selain ingin menghabiskan masa terluang kita juga tidak ingin ketinggalan mengikuti perkembangan semasa tentang usaha kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani penularan wabak Covid-19.

Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.

Jadi kali ini MASKULIN ingin membantu anda dengan berkongsi beberapa cara melakukan senaman jari dan tangan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.

1

Lenguh Selepas Lama Menggunakan Telefon, Ini Cara Senaman Untuk Redakannya

Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.

2

Lenguh Selepas Lama Menggunakan Telefon, Ini Cara Senaman Untuk Redakannya

IKLAN

Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.

3

Lenguh Selepas Lama Menggunakan Telefon, Ini Cara Senaman Untuk Redakannya

Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokkan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.

IKLAN

4

Lenguh Selepas Lama Menggunakan Telefon, Ini Cara Senaman Untuk Redakannya

Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.

5

Lenguh Selepas Lama Menggunakan Telefon, Ini Cara Senaman Untuk Redakannya

IKLAN

Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.

6

Lenguh Selepas Lama Menggunakan Telefon, Ini Cara Senaman Untuk Redakannya

Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.

Kredit: WebMD

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI