
Gaji RM330K setahun bukan lagi matlamat utama. Lelaki ini nekad tukar haluan hidup demi kesejahteraan diri dan keluarga.
Dalam dunia moden hari ini, ramai lelaki terperangkap dalam rutin kerja yang membunuh jiwa secara perlahan. Gaji besar, status tinggi, tapi hidup penuh tekanan. Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki dari Singapura, berusia 35 tahun, yang kini tekad mahu berpindah ke Kuala Lumpur demi mencari semula ketenangan hidup
yang hilang.Bekerja dalam bidang pendidikan, lelaki ini menerima pendapatan sekitar SGD100,000 setahun bersamaan lebih RM330,000. Namun dalam perkongsian jujurnya di laman Reddit, dia mengakui sudah sampai ke tahap ‘burn out’ akibat tekanan kerja dan kos hidup yang tinggi di negaranya.
“Saya ada 3 anak. Tapi akhir-akhir ini, saya terlalu letih dengan kehidupan di Singapura dan mula membayangkan untuk pergi.”
Baginya, Kuala Lumpur bukan sekadar tempat baharu ia peluang untuk reset
kehidupan. Katanya, ibu negara Malaysia ini menawarkan gaya hidup yang lebih seimbang, suasana pembelajaran yang lebih holistik untuk anak-anak, dan yang paling penting, ruang untuk bernafas semula.“KL berasa seperti tempat menarik. Ya, saya tahu gaji mungkin rendah, tapi saya bersedia untuk itu asalkan ada ketenangan dan masa untuk keluarga.”
Kisah ini membuka mata ramai lelaki Maskulin di luar sana bahawa kejantanan moden bukan diukur pada pendapatan semata-mata, tetapi juga pada keupayaan menjaga kesihatan mental, emosi dan keluarga.
Buat lelaki di luar sana yang sedang bergelut dengan tekanan, mungkin kisah ini boleh jadi inspirasi. Jangan takut untuk buat keputusan berani – demi diri, pasangan dan anak-anak. Hidup hanya sekali. Jadikan ia bermakna, bukan sekadar sibuk mengejar angka di slip gaji.
BACA LAGI : Joseph Pilates, Lelaki Di Sebalik Asal Usul Senaman Regangan Badan