Tidak dinafikan bahawa isu melengah-lengahkan solat seringkali terjadi dalam setiap tubuh umat Islam. Mungkin kekangan masa kerana ada perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat. Namun,

diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

Maksudnya: Sesiapa yang mendengar seruan azan lalu dia tidak mendatanginya maka tidak ada solat buatnya (tidak sempurna) melainkan jika ada keuzuran.

Riwayat Ibn Majah (793).

 

Lewat Ke Masjid Setelah Mendengar Seruan Azan? Ini Hukumnya

Jika seseorang itu berada berdekatan dengan masjid atau surau, dan masih lagi melengah-lengahkan solat tidak peduli akan seruan azan, itu merupakan isu yang perlu dibincangkan.

Berdasarkan hadis diatas, dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia tidaklah mengkhususkan kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid sahaja. Bahkan hadis ini umum meliputi sesiapa sahaja yang mendengar azan sama ada rumahnya dekat ataupun jauh dengan masjid untuk hadir menyahut seruan azan dengan menghadirkan diri ke masjid bagi menunaikan solat berjamaah. Sekiranya tidak, maka solat yang dilakukannya itu dikira sebagai tidak mendapat ganjaran yang sempurna. Ini kerana, perkataan فَلاَ صَلاَةَ لَهُ itu merupakan نفي الكمال (menafikan kesempurnaan) dan bukannya نفي الصحة (menafikan kesahihan).

 

IKLAN

Riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لَا صَلَاةَ لِجَارِ الْمَسْجِدِ إِلَّا فِي الْمَسْجِدِ

Maksudnya: Tidak sempurna solat bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid melainkan di masjid.

Riwayat Al-Hakim (1/373).

Lewat Ke Masjid Setelah Mendengar Seruan Azan? Ini Hukumnya

Hadis ini terdapat padanya pengkhususan dan penegasan kepada mereka yang tinggal berhampiran masjid untuk hadir solat berjamaah di masjid. Namun ini bukanlah bermakna sesiapa yang tidak hadir solat di masjid maka solatnya tidak sah. Bahkan solatnya adalah sah namun tidak mendapat kesempurnaan pada pahala dan ganjaran.

IKLAN

 

Manakala berkenaan dengan tuntutan dan galakan untuk hadir awal ke masjid, memadailah dengan beberapa nas dan riwayat daripada Al-Quran dan al-hadis yang menjelaskan berkenaan hal ini. Antaranya firman Allah S.W.T:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Dan bersegeralah kamu menuju pengampunan dari Tuhan kamu dan juga (menuju) syurga yang luasnya melebihi langit-langit dan juga bumi yang disediakan buat orang yang bertakwa.

Surah Aali Imran (133)

 

IKLAN

Begitu juga seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‏ بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ

Maksudnya: Bersegeralah kamu untuk melakukan amalan-amalan kebaikan.

Riwayat Muslim (118)

 

 

Disini jelas dinyatakan bahawa melewat-lewatkan diri untuk hadir ke masjid tanpa sebarang keuzuran dalam keadaan rumah berhampiran dengannya adalah makruh hukumnya. Adalah menjadi suatu keutamaan untuk kita menangguhkan urusan dunia sementara waktu supaya dapat i menunaikan solat di masjid secara berjamaah. Namun, ia haruslah tidak mengganggu orang lain seperti menangguhkan mesyuarat yang sedang berlangsung semata-mata kerana ingin solat berjemaah. Hormati agama dan bangsa lain agar agama kita turut disegani oleh lapisan dan pelbagai masyarakat.

 

Sumber: HUKUM HADIR LEWAT SOLAT SEDANGKAN RUMAH DEKAT MASJID

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI