LILANZ 1

Dunia fesyen lelaki kini melangkah ke fasa baharu apabila jenama antarabangsa LILANZ memperkenalkan butik futuristik pertama mereka di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Butik berkeluasan lebih 4,000 kaki persegi ini menjadi cawangan kedua LILANZ di Malaysia.  Namun, istimewanya ia juga merupakan butik pertama di dunia yang menampilkan konsep revolusioner “Future Business”, memadukan seni reka moden, teknologi dan inovasi fesyen.

Konsep Butik LILANZ Bawa Pengunjung Ke Masa Depan

Rekaan butik terbarunya ini diinpirasikan daripada dunia pengembaraan moden bermula dari kereta api hingga kapsul angkasa lepas. Ia direka untuk membawa pengunjung “melangkah ke masa depan” dalam pengalaman membeli-belah yang imersif.

Dinding kaca elegan, pencahayaan dinamik dan struktur geometri logam mencipta suasana avant-garde yang memikat sejak pandangan pertama.

LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif

LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif

Berlokasi di Lot 2.17.00, Aras 2, LILANZ Pavilion Bukit Jalil menyerlahkan identiti “Perniagaan Masa Depan di Luar Alam Nyata”, satu falsafah yang menjadi tunjang jenama ini.

Setiap aspek ruang dalaman, daripada keluli tahan karat hingga kemasan terazo kaca dan elemen buluh Malaysia, menggambarkan keharmonian antara teknologi, seni halus dan sentuhan tempatan.

Pengalaman Gaya Moden yang Menggabungkan Inovasi dan Warisan

Butik ini bukan sekadar ruang peruncitan. Ia adalah galeri gaya hidup lelaki moden yang mencerminkan nilai estetika, ketepatan reka bentuk dan karakter kosmopolitan.

Ads

Di tengah butik, zon khas seluar lelaki menjadi titik tumpuan seni bina ruang, dikelilingi koleksi pakaian lengkap, dari sut ke kasual harian. Bilik mencuba berbentuk kapsul pula menambah elemen futuristik, memperkukuh naratif reka bentuk yang penuh gaya dan keselesaan.

LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif

LILANZ Pavilion Bukit Jalil memperkenalkan tiga kategori utama yang mendefinisikan DNA jenamanya: SMART, URBAN CASUAL dan PERFORMANCE WEAR.

SMART – Gaya Perniagaan Moden

Menonjolkan gaya perniagaan moden dengan jahitan rapi, fabrik kapas tulen dan sutera yang mewah, serta warna neutral seperti kelabu, hitam dan perang dengan aksen biru lembut.

URBAN CASUAL – Kesederhanaan dan Keanggunan Bandar

Diinspirasikan oleh semangat minimalis Nordic, koleksi ini menggabungkan warna lembut seperti pasir dan khaki dengan tekstur rajutan ikonik Scotland. Ia mencipta keseimbangan sempurna antara kesederhanaan dan keanggunan bandar.

PERFORMANCE WEAR – Untuk Lelaki Aktif dan Dinamik

Dicipta untuk lelaki aktif dan dinamik, koleksi ini menggunakan fabrik kalis air dan tahan kedut, sesuai dari bilik mesyuarat ke lapangan terbang.

Ads

LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif

Koleksi Musim Luruh/Dingin 2025

Untuk koleksi Fall/Winter 2025, LILANZ Pavilion Bukit Jalil menampilkan palet warna bumi lembut dan siluet minimalis dengan sentuhan motif Nordic dan Celtic.

Setiap helaian dihasilkan daripada material berkualiti tinggi yang diadaptasi khusus untuk cuaca tropika Malaysia, memastikan keselesaan tanpa menjejaskan gaya.

LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif

LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif LILANZ Tampilkan Butik Futuristik Lelaki Menggabungkan Inovasi dan Gaya Eksklusif

Ads

Harga koleksi bermula dari RM230 hingga RM2,800, menjadikannya pilihan eksklusif yang masih dalam capaian peminat fesyen moden.

BACA: Mengecas Telefon Dalam Kereta – Fakta Sebenar, Risiko Tersembunyi & Cara Selamat

Promosi Pembukaan Utama di LILANZ Pavilion Bukit Jalil

Sempena pembukaan rasmi ini, LILANZ menawarkan program keahlian eksklusif kepada pelanggan baharu.

Setiap ahli akan menerima pemegang kad kulit premium bersama empat kad rebat RM150 yang boleh ditebus setiap bulan dari November 2025 hingga Februari 2026. Tawaran ini boleh didapati di butik LILANZ Pavilion Bukit Jalil bermula 1 November 2025, sementara stok masih ada.

Butik futuristik ini menandakan komitmen LILANZ untuk memperkukuh kehadirannya di rantau Asia Tenggara, sambil membawa pengalaman fesyen lelaki ke tahap yang lebih tinggi dengan inovasi, teknologi dan rekaan moden yang berani.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads