Man photo created by senivpetro - www.freepik.com

Cuaca sekarang memang sangat panas. Ini terutamanya di kawasan Lembah Klang yang setiap hari mencatatkan suhu yang agak tinggi. Jadi agak memeritkan jika tinggal di rumah yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan menyimpan haba yang tinggi.

Secara peribadinya MASKULIN tak dapat nak bayangkan bagaimana setiap hari berdepan cuaca panas seperti sekarang. Mungkin bagi anda yang tinggak di kondominkum atau apartmen tinggi tidak terlalu merasakan bahang ini. Sekurang-kurangnya di tempat tinggi ada angin yang agak kuat.

Sebelum Panggil Tukang Kenali Punca Aircond Tak Sejuk, Kadang-Kadang Sebab Skru Tak Ketat Je!

Tapi tinggs di dalam rumah atau bilik yang panas memerlukan aircond berfungsi dengan baik.Perkara pertama anda harus tahu ialah jika penghawa dingin tak sejuk, anda dinasihatkan untuk tutupnya dengan segera. Ini kerana ia dirisaukan boleh mengakibatkan kerosakan pada bahagian lain jika terus digunakan.

Terdapar beberapa punca yang menyebabkan ia tak sejuk seperti kita mahukan. Berikut lima punca utama mengapa masalah ini boleh berlaku.

PUNCA MASALAH PEMASANGAN

Jika terdapat pemasangan yang tidak mengikut standard yang ditetapkan masalah tidak sejuk ini boleh berlaku. Sebagai contoh, unit outdoor dipasang di bahagian tidak sesuai. Selain itu, tiada pengaliran udara yang baik dan saiz paip copper tidak tepat digunakan. Kes ini selalu terjadi apabila rumah yang sudah tersedia copper pipe dalam dinding.

IKLAN

BACA: Awas Jika Tertidur Dalam Kereta, Pastikan Guna Flap Aircond!

GAS HABIS ATAU TIDAK MENCUKUPI

Salah satu perkara anda perlu faham ialah gas aircond tidak berkurangan jika tiada sebarang kebocoran. Maka jika anda dapati gasnya berkurangan itu bermakna ada berlaku kebocoran. Beberapa sebab mengapa ia boleh bocor:

  • Skru nat Tak Ketat
  • Skru nat Pecah Semasa Pemasangan
  • Sambungan copper pipe pecah
  • Service Valve rosak
  • Cooling Coil bocor
Sebelum Panggil Tukang Kenali Punca Aircond Tak Sejuk, Kadang-Kadang Sebab Skru Tak Ketat Je!
Background photo created by lifeforstock – www.freepik.com

HP TAK CUKUP

Pemilihan aircond sesuai untuk saiz atau ruang bilik sangatlah penting. Katakan bilik itu perlukan aircond dengan kuasa 2hp. Tapi jika dipasang aircond 1hp sudah tentulah bilik itu tak sejuk.

Bagi menentukan bilik tersebut perlu dipasang aircond berapa horse power(HP), anda perlu dapatkan nasihat daripada juruteknik aircond bertauliah.

IKLAN

Mereka mempunyai cara dan formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian. Jangan anda sendiri main agak-agak sahaja.

FILTER TAK DICUCI SETIAP BULAN

Sama seperti menjaga komonen kenderaan, filter pada aircond juga perlu diservis dan dicuci setiap bulan. Caranya tidak sukar. Hanya buka dan tanggalkan. Kemudian cuci dengan baik dan jemur sehingga kering.

Tahukah anda filter yang dipenuhi habuk boleh menyebabkan aircond tak sejuk. Anda juga perlu tahu bahawa setiap setahun sekali ia juga perlu dilakukan service chemical cleaning.

IKLAN

KOMPRESOR ATAU KAPASITOR ROSAK

Punca yang cukup besar dan perlu melalui proses baiki yang agak rumit. Kompresor aircond ini bertindak seperti jantung, jika rosak automatik ia tak sejuk. Apabila kompresor ini rosak ia tidak boleh dibaiki sebaliknya perlu ditukar. Tapi dalam kebanyakan kes hanya kapasitor kompresor sahaja yang rosak.

Kos untuk tukar capacitor jauh lebih murah. Oleh itu anda perlu periksa betul-betul. Jika was-was dapatkan nasihat dan servis daripada juruteknik berpengalaman.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat buat anda. Jangan biarkan bil elektrik melambung tinggi tapi aircond tak sejuk!

Kredit: AircondService4u

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI