
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menegaskan susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tidak sesuai untuk mengadakan Bazar Ramadan.
Baginda Tuanku Sultan bertitah ini adalah disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan.
“Kes positif COVID-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan Bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.
“Lupakan Bazar Ramadan, saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini,” titah Baginda.
DYMM Sultan Johor bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (2 April).
Baginda Tuanku Sultan bertitah masyarakat tidak seharusnya memandang ringan arahan serta nasihat pihak berkuasa.
“Anda lihat sendiri, bagaimana petugas-petugas perubatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini.
“Bayangkan, jika wabak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan,” titah Baginda.
Setakat ini, beberapa kerajaan negeri termasuk Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka dan Johor sudah mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan.
6 Kesalahan Untuk Newbie Gym Sering Lakukan, Salah Satunya Work Out Terlalu Lama

Mungkin ramai di antara anda yang baru mendaftar sebagai ahli baru di gym. Sempena tahun baru dan azam baru anda ingin mula berubah dan melakukan senaman secara rutin untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Tapi selepas melangkah ke dalam gym mungkin ada perkara yang anda tidak tahu dan tidak sepatutnya lakukan. Ini bukanlah pertaturan gym tetapi lebih kepada tip untuk anda mendapatkan hasil yang lebih baik.
Di bawah ini MASKULIN kongsikan 6 perkara yang anda harus elak ketika berada di gym.
Leka Dengan Smartphone
Anda nak bersenam atau sekadar nak show off di Instagram? Bersenam tak sampai 5 minit pun sudah gigih upload foto di Instagram. Tak salah jika nak kemas kini laman media sosial cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu workout. Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
BACA: Senaman 20 Minit Sehari Dengan Mudah Ini Cepatkan Otot Jadi Mantap!
Warm Up Terlalu Lama
Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa. Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
Tak Tahu Kelemahan Diri
Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh mennyebabkan kecederaan serius. Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
Ponteng leg day
Badan sado, kaki ranting? Ouchhh. Anda semestinya tak ingin kaki kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
Jadi Hamba Gym
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza. Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.
Empat Finalis Bakal Berentap Di Pentas Akhir

Pengarah Michael Ang galas tugas penjurian di samping Puan Sri Normala Samsudin, penyanyi Siti Nordiana, Faizal Tahir & Khai Bahar turut buat penampilan istimewa di malam kemuncak
Kuala Lumpur, 30 September 2020 – Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudahpun tiba. Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor). *Sila rujuk lampiran untuk butiran lanjut mengenai finalis akhir.
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab. Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai
tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luar sana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
#RatuHijabista #MajalahHijabista #SafiHijabista #SayaSayangSaya
8 Sebab Kenapa Wanita Suka Membebel Yang Lelaki Harus Hati-Hati!

Ada pasangan? Pastinya ada waktunya si dia membebel tak tentu fasal. Ada sahaja yang tidak kena di matanya dan anda pun sampai merasakan sangat annoyying.
Ketahuilah kalau anda mula rasa annoying, itulah hukuman batin yang sewajarnya anda terima kerana ada terlepas pandang sesuatu perkara melibatkan hati dan wanita.
Lebih sadis lagi, kalau anda dilabel langsung tidak memahami wanita dan cuma sweet pada awal pertemuan sahaja. Pastinya ia bukan cerita yang seronok untuk didengar, bukan?
Kenapa wanita membebel?
Sebenarnya terdapat banyak faktor kenapa wanita sangat suka membebel dan bebelan itu terpaksa ‘ditadah’ sang lelaki walaupun tanpa rela dan berdasarkan kajian awam, ini adalah antara sebab-sebab yang membuat wanita itu ringan mulut untuk membebel :
- Pasangan memang suka bercakap
- Akan menegur sesuatu yang dirasakan perlu
- Inginkan suatu kepastian
- Berasa diri tidak dihargai
- Berasa sunyi
- Berasa tertekan kerana penat
- Tempat untuk meluahkan rasa marah dan geram
- Sebagai tanda amaran
Apa lelaki kena buat?
Fahami jiwa dan perasaan mereka dengan cara yang paling sweet dan mengembalikan semula ketenangan di hati mereka seperti :
1. Jangan buat tidak tahu sahaja
Perkara yang paling wanita geram adalah apabila dia membebel, lelaki boleh pula buat tidak tahu sahaja.
Lebih teruk lagi, ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara wanita tenggelam dalam bunyi radio.
2. Berdiam diri jangan menjawab
Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti, “Awak ni tidak ada kerja ke membebel sahaja!” Atau paling teruk, “Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!.”
Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang hanya berdiam diri ketika anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ketika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak membalas setiap pesanan ringkasnya.
Gunakan peranan ‘senyap’ sebagai reverse psychology. Fikirlah positif mungkin dia bimbang keadaan anda pada ketika itu.
3. Belajarlah memujuk
Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab.
Jadi janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anak-anak dan keperluan rumah.
4. Jangan pandang remeh dengan perkataan ‘maaf’
Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh menguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf.
Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. Lelaki akan setia dengan egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan ‘cool’ demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.
5. Cuba tanya apa masalahnya
Pekalah dengan setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi.
Mungkin anda mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda menguris hatinya. Biarkan kemarahan itu reda dan jangan sesekali menyampuk atau memarahinya kerana membebel.