Jenama aiskrim terkenal, Magnum memperkenalkan perisa terbaharunya Magnum Matcha Crumble. Ia merupakan gabungan harmoni konsep Timur dan Barat iaitu budaya Jepun yang sinonim dengan teh hijau dipadankan dengan coklat dari Belgium.

Magnum Matcha Crumble ialah aiskrim teh hijau disaluti coklat Belgium dengan kepingan biskut shortbread yang rangup. Gabungan yang luar biasa ini menawarkan simfoni tekstur dan perisa yang benar-benar meningkatkan pengalaman menikmati aiskrim.

Magnum Matcha Crumble, Perisa Baharu Gabungan Timur & Barat

“Di Magnum, kami sentiasa keluar dari sempadan. Kami telah mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan bahan-bahan terbaik, dan kali ini kami mendapat inspirasi daripada budaya Timur yang bertenaga dan menawan,” kata Peneraju Perniagaan Unilever Ice Cream Malaysia, Jean Nichapat Valaiphatchra.

IKLAN

“Kami bukan sekadar mencipta aiskrim, kami mencipta pengalaman. Magnum Matcha Crumble adalah bukti komitmen kami terhadap kualiti, inovasi dan mengejar keseronokan sebenar,” tambah Jean.

Magnum Matcha Crumble, Perisa Baharu Gabungan Timur & Barat

IKLAN

Raikan Timur Bertemu Barat

Magnum meraikan perisa baharu ini di dalam sebuah acara tertutup di Sentul Depot, Kuala Lumpur semalam yang turut dihadiri selebriti seperti Daiyan Trisha, Ben Amir dan Qiu Wen.

IKLAN

Magnum Matcha Crumble, Perisa Baharu Gabungan Timur & BaratPara jemputan diberi peluang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti budaya Jepun yang dirancang sebagai pengisian acara itu, antaranya merasai dan mempelajari teknik sebenar mengaduk teh hijau premium.

Selain itu, mereka dihiburkan dengan persembahan tarian bertemakan Timur bertemu Barat serta dihidangkan dengan juadah ekslusif ciptaan chef Magnum X Chateau Dionne.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI