Masa yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia raja segala buah kini sudah tiba. Kalau anda perasan sekarang ini semakin ramai peniaga durian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Menurut tinjauan MASKULIN juga, di Shah Alam sahaja boleh dikatakan hampir semua seksyen terdapat penjual durian. Lagi menarik pelbagai jenis durian ditawarkan untuk peminatnya seperti musang king, IOI, XO dan pelbagai nama lagi.

Namun sebelum membelinya terdapat beberapa tip penting yang perlu anda perhatikan agar tak tertipu. Durian pun bukanlah murah harganya. Kalau sudah hampir RM20 sekilo mestilah kita nak makan buah yang sedap dan puas hati bila makan.

Mahal tak mengapa, asalkan puas hati. Tak gitu?

Jom ikuti perkongsian dari MASKULIN ini khusus buat pencinta durian!

Beli tempat sudah biasa

“Mahal Takpe, Janji Sedap!”, 9 Tip Terbaik Membeli Durian Agar Tak Tertipu

Jika anda penggemar durian pastinya ada sudah ada lokasi atau spot durian kegemaran, kan? Dan setiap tahun juga peniaga durian ini akan berulang orang yang sama. Jika anda dah jumpa peniaga yang dipercayai apa kata terus sahaja dapatkannya daripada dia.

IKLAN

Bau

“Mahal Takpe, Janji Sedap!”, 9 Tip Terbaik Membeli Durian Agar Tak Tertipu

Sebut sahaja durian pasti baunya akan terus terbayang di hidung dan minda. Durian matang mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Jadi jika nak beli durian, ciumlah buah tersebut dengan rapatkan hidung. Kalau kurang berbau, itu bermakna ia tak sempurna matangnya dan berkemungkinan diperam.

Bentuk Buah

Setiap jenis durian memunyai bentuk tersendiri. Tapi kebiasaannya durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus.

Duri

“Mahal Takpe, Janji Sedap!”, 9 Tip Terbaik Membeli Durian Agar Tak Tertipu

IKLAN

Salah satu faktor lain ialah bentuk duri. Pilih durian berduri jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

Kulit

Jika ada kecacatan pada bahagian kulitnya contohnya berlubang kemungkinan besar isinya busuk dan tidak dapat dimakan. Jauhi segera jika terdapat kecacatan kulit seperti itu atau sudah retak dan pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

BACA: Tip Beli Telefon Pintar Secara Online Agar Tak Kena Scam

IKLAN

Goncang Durian

Jika nak pilih durian berkualiti, anda boleh goncang durian dan rasakan getaran di dalam buah. Jika anda dapat rasakan getaran kecil, itu bermakna isi buahnya kering dan matang, Buah yang semourna dan kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Tangkai buah

“Mahal Takpe, Janji Sedap!”, 9 Tip Terbaik Membeli Durian Agar Tak Tertipu

Kalau gelap semacam sahlah buah tu dah lama jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa

Perhatikan bontot durian

Pilihlah buah yang belum merekah bontotnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan nak busuk.

Kupas lihat sendiri 

“Mahal Takpe, Janji Sedap!”, 9 Tip Terbaik Membeli Durian Agar Tak Tertipu

Jangan malu dan segan untuk minta peniaga mengupas buah durian yang anda nak beli. Jika boleh rasa sedikit buah yang ditawarkan. Kalau rasa tak sedap anda boleh menolak untuk membeli kerana tawaran mereka berbeza dengan apa yang dikatakan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI