Tahukah anda, kini anda boleh main duit kutu dengan diri anda sendiri. Tak payah susah-susah nak main dengan orang lain. Untung-untung boleh menabung dan simpan duit itu.

Wan Aswani ada share satu posting mengenai cara-cara untuk menabung atau ‘main kutu’ menggunakan akaun yang sedia ada. Namun sebelum tu, anda perlu ada akaun Maybank terlebih dahulu.

“Dah bosan main duit kutu dengan manusia? Meh main kutu dengan rimau.

“Senang je cara nak main kutu sorang-sorang dengan rimau ni. Paling penting, kau kena ada acc Maybank dan ada duit dalam tu, aha. Tak banyak takpe, tapi at least ada la transaksi duit masuk. Barulah umphh nak main kutu, ye dak?

“Aku start awal tahun aritu. Takdela banyak aku main, tapi at least adalah. Kang gawat, aku boleh guna. So far, aku dah ada tiga tabung. 2 tabung dah penuh. Ada satu tabung lagi insyaAllah dipanjangkan umur, tahun depan boleh guna ikut matlamat, ehe.

“Macam mana nak main? Mari aku tunjuk satu-satu, kau tengok gambar k.” Tulisnya di Facebook…

1. Mula-mula, kau bukak m2u kat browser. Kat apps tak silap takde feature ni, so kau bukak jelah kat browser. Nah, aku siap kasi link lagi. Tekan di gambar sahaja.

IKLAN

https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do

2. Next, bila kau dah log in. Kau turun bawah sikit. Dia ada tulis ‘Create Goal’. Kau klik dekat ‘Create Goal’ tu. Ha, tu contoh aku punya. Alhamdulillah dah penuh. Tapi aku simpan dulu, tak keluarkan lagi. Aku simpan takdela banyak macam orang lain, tapi oklah daripada tak menyimpan langsung kan?

BACA: Gaji Ciput Pun Boleh Menyimpan, Ini Caranya Anda Nak Buat Simpanan Kecemasan!

3. Tadaaaa! Nanti keluar macam ni.

4. Next, kau isi lah. Pilih kategori apa kau nak. Tak payah nak serious sangat, pilih je apa-apa pun, ahahha.

Contoh, kau pilih kategori gift. Sebab kau niat nak hadiahkan mak kau gelang emas. Kau pun tulis la nama goal kau tu, Misi Pulut Dakap dengan harapan kau tak lupa niat asal kau tu.

Lepastu kau isi commitment. Yang ni kau boleh pilih nak menyimpan tu by monthly amount ke by duration. Nanti kau baca la sendiri eh. Aku dalam bas ni, balik kampung. Susah sikit nak taip panjang-panjang.

5. Ha, ni part last yg sangat menyeronokkan. Bila goal kau dah tercapai, kau dah boleh amik balik duit simpanan kau tu. So kalau kau buat goal nak beli pulut dakap, kau dah boleh keluarkan simpanan kau dalam tabung tu.

Cara dia, kau klik … dekat kau punya tabung then kau klik ‘Remove Goal’. Nanti saving dalam tabung kau tu akan ditransfer masuk ke akaun kau balik. Terus kau jadi kaya raya dengan usaha sendiri, yeayy! Senang kan? Selamat mencuba!

 

Sumber: Wan Aswani