Siapa sempat tengok majlis perkahwinan diraja petang semalam. Jika anda peminat setia keluarga diraja England, anda pasti tahu yang anak ke dua mendiang Puteri Dayana Putera Harry telah pun selamat berkahwin dengan aktres Hollywood Meghan Markle. Jika anda menonton siaran langsung majlis tersebut, pasti anda akan sebak dengan keindahan Harry dan Maghan.Rata-rata yang menonton, melihat mimic mulut Putera Harry yang berkata “You look Amazing” cukup untuk membuktikan bahawa adik kepada Putera William itu bahagia dengan perkahwinan yang bakal ia tempuh.
https://www.youtube.com/watch?v=yDk8-t3pYe0
Pasangan pengantin ini akan memegang gelaran Duke and Duchess of Sussex. Terdahulu rakyat England berkumpul di perkarangan gereja St. George di England untuk menyaksikan majlis perkahwinan diraja ini yang dihadiri 600 para jemputan, 30 daripadanya merupakan keluarga diraja. Putera Harry 33 tahun dan Meghan Markle 36 tahun telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan setelah bertemu dalam temu janji rahsia awal tahun lepas. Meghan merupakan seorang janda kepada penerbit Trevor Engelson, dan telah bercerai pada tahun 2011.
Ads
Ads
Tahniah buat pasangan ini!
Ads
*sumber: Skynews
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki suka memakai kemeja tidak kira kemeja kasual ataupun kemeja ke pejabat. Bagi memastikan penampilan anda tampak kemas dan kena dengan gaya, anda perlu bijak memilih dan memakai kemeja.
Ini ada 6 panduan dalam pemilihan dan penjagaan kemeja yang anda perlu tahu.
Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar sendat dan nampak seperti tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.
Anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja. Ia penting agar anda boleh bertukar ganti kemeja baru untuk kegunaan hari lain jika 7 helai kemeja telah anda gunakan dan hantar ke dobi. Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja di bidang korporat memiliki sekurang-kurangnya 4 helai kemeja putih dan 4 helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan adalah lebih praktikal dan bijak jika anda miliki apa sahaja warna kemeja. Asalkan kolarnya sesuai dengan bentuk muka dan tuntutan kerja.
White button down shirt adalah suatu kemestian dalam almari anda. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar anda kelihatan segak.
Kemeja paling elok dibasuh dengan tangan. Kadangkala kemeja yang mahal pun akan tampak murah jika anda terlalu kerap menghantarnya ke dobi berbanding mencucinya dengan tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar anda itu sentiasa berbutang.
Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih kain keras berkolar straight atau kolar wing. Elakkan memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).
Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan ia dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap. Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik imej segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted & subtle) dan membuatkan anda tampak segak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda penggemar seni reka moden atau gaya jalanan jelmaan karakter kucing ‘Lord Nermal’ pastinya sudah tidak asing lagi.
Diperkenalkan oleh RIPNDIP ia merupakan hasil ciptaan Ryan O’Connor, pengasas jenama tersebut yang ingin perkenalkan ia sebagai ‘streetwear Hello Kitty’.
Karakter ikonik kucing berwarna putih diberi nama Lord Nermal kini menjadi sebahagian daripada estetika rekaan eksentrik yang cukup digemari ramai. Terbaru, PUMA mengambil peluang bekerjasama bersama RIPNDIP dengan pengenalan koleksi istimewa menampilkan Lord Nermal.
Kerjasama baharu ini menawarkan rangkaian pakaian dan kasut yang menampilkan grafik tersuai merentas beberapa siluet teras PUMA. Sebagai contoh seleksi tawaran pakaian yang diperkenalkan lebih tertumpu kepada pakaian.
Ia dihadirkan dengan teknik posotngan dan jahitan seperti Twill Shirt dan Twill Pants yang padan, dihiasi dengan corak allover yang suka bermain yang menampilkan tag RIPNDIP, Lord Nermal yang lincah dan reka bentuk kilat di keseluruhannya.
Keperluan yang selesa disertakan dalam bentuk Hoodie dan Sweatpants kolaboratif, serta tiga kemeja-T Grafik unik yang menampilkan reka bentuk tersuai yang dicipta oleh PUMA dan RIPNDIP.
Potongan-potongan terpilih menunjukkan Lord Nermal semasa dia bertindak, berkembang menjadi logo kucing PUMA.
Manakala untuk koleksi sneakers atau kasut pula PUMA menampikan dua versi Suede dengan rekaan yang agak eksentrik dan playful.
Dua pengenalan siluet Slipstream pula menonjolkan karakter penggambaran Nerm yang nakal.
Selain itu, kerjasama itu merangkumi selipar basecamp PUMA, Tuff Plus. Akhir sekali, aksesori terdiri daripada Beg galas, Topi dan Beanie yang menampilkan Nerm mengintip ke atas.
Koleksi PUMA x RIPNDIP kini boleh didapati, di PUMA.com, butik terpilih PUMA dan juga JD Sports dengan harga di antara RM129 – RM719.
Jangan lupa follow TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sempena hari ibu yang bakal menjelang tak lama lagi, kami list kan pada anda, barang-barang yang sesuai untuk anda hadiahkan kepada mereka selain daripada duit.
Tak kiralah ibu anda seorang yang bekerjaya ataupun suri rumah sepenuh masa, jika mereka diberi minyak wangi pasti mereka akan suka. Kebanyakkan ibu tidak mahu menggunakan duit untuk barang-barang bukan keperluan, sesekali anda manjakan dia dengan membeli minyak wangi pasti akan membuat ibu anda rasa senang.
Kadang-kadang seorang ibu ni mereka tidak gemar jika anda membeli mereka pakaian atau peralatan, namun mereka gembira jika anda ringankan beban mereka dengan membawa ibu anda keluar makan malam. Setidak-tidaknya tak ada lah mereka pening kepala nak masak apa malam ni kan?
Barang dapur di sini bukan kelengkapan harian, namun lebih kepada peralatan seperti periuk nasi, oven, pisau dan kuali. Anda tengok saja betapa terujanya mereka apabila menonton Go Shop atau Wow Shop. itu bermaksud mereka menyimpan perasan untuk membeli barang tersebut, namun tidak mampu kerana bagi mereka, apa yang ada di dapur masih elok untuk dipakai.
Memang menjadi kebiasaan para ibu akan ke surau dan masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak setiap hari. Telekung merupakan seberangkat solat yang suci sifatnya. Jika telekung ibu anda sudah lusuh, dan tidak selesa untuk dipakai, kami nasihatkan anda ambil peluang hari ibu ini sebagai langkah untuk anda membeli salinan yang baru dan hadiahkan kepada mereka. Pasti mata ibu anda berkaca kerana terharu dengan anda.
Pernah alami masa zaman kecil-kecil dahulu, dimana anda terhilangkan tupperware mak? Apa yang anda dapat? Herdikkan bukan? Ibu sangat sensitif dengan tupperware mereka. Mereka terlalu taksub dengan tupperware ni sampai akan wujudnya parti tupperware di kawasan perumahan. Cuba anda hadiahkan mereka bekas-bekas ini, kami pasti, ibu anda akan timang anda seolah-olah anda masih anak kecil.
Kalau anda ada bajet lebih sikit apa kata anda bawak ibu anda ke Spa. Perempuan suka kalau badannya di belai dan dimanja. Anda yang lelaki tu tak perlu pun join Spa, cuma bagi 2 jam untuk ibu anda rasa segar dan tenang sepanjang Spa mengendalikannya.
Untuk anda yang kurang bajet nya apa kata kalau anda beri 5 kupun untuk ibu anda. Jarang anak lelaki bantu ibu di rumah kan? Kalau ada pun pasti mereka seorang anak mithali. Namun dalam kesibukan anak-anak hari ini tidak mengizinkan anda membantu ibu di rumah. DIY ini boleh dilakukan di rumah dan tak perlu gunakan duit pun. Anda hanya perlu tulis beberapa list yang ibu anda suka dan beri mereka kupon itu sebagai hadiah. Contoh:
Ingat! Syarat kupon ini boleh dipakai oleh ibu anda bila-bila masa yang mereka mahu, ataupun anda boleh set tarikh luput.
Mungkin hadiah ini tak seberapa, namun ia sudah boleh menggembirakan hati ibu anda.
Selamat mencuba dan Selamat Hari Ibu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila Nu Ideaktiv mencatat Malaysia Book of Records dengan pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk di Dataran Merdeka.