
Bawang merah bukan sahaja menambahkan rasa manis pada masakan, malah ia juga mempunyai 1001 kebaikan buat tubuh terutamanya lelaki. Tetapi ia harus dimakan mentah kerana jika ia sudah dimasak, sebatian bawang merah akan berubah.
Di sini ada beberapa sebab mengapa anda perlu makan bawang
1. Mengatasi masalah kemurungan
Kulit bawang merah mempunyai sebatian kuersetin yang boleh bertindak dan mengurangkan stress serta anti kemurungan.
2. Menurunkan tahap kandungan gula
Zat yang ada pada kulit bawang juga dapat membantu menurukan kadar hiperglisemia iaitu kandungn gula dalam darah menjadi tinggi selepas makan. Jadi makan lah bawang sebagai ulam unti menaturalkan kembali kandungan gula dalam darah.
3. Menurunkan kadar kolestrol
Salah satu sebab mengapa kebanyakkan penjual satay memberi anda bawang mentah adalah kerana ia dapat menurunkan kadar kolestrol jahat yang ada pada makanan. Jadi tidak hairanlah mengapa pembelian satay terutamanya satay daging mesti dengan bawang!
4. Menigkatkan kesuburan lelaki
Bawang merah juga dapat meningkatkan kesuburan lelaki, caranya kisar jus bawang dan minum seperti mana anda minum jus buah-buahan yang lain. Memang lah ia tidak sesedap jus yang lain, tetapi ia sangat berkhasiat dan efektifnya cukup baik buat si jejaka.
Top 10 Pekerjaan Paling Merbahaya Di Dunia

Demi mencari rezeki sesuap nasi. Begitulah lumrah dunia terutamanya buat golongan lelaki yang mempunyai tanggungjawab cukup besar buat keluarga. Risiko yang diambil untuk menjalankan tugas bergantung kepada jenis-jenis pekerjaan yang menjadi pilihan mereka.
Kadangkala ia bukan satu pilihan. Dan kadangkala ia juga dianggap sebagai satu cabaran yang memberikan pendapatan cukup lumayan.
Cara untuk mengukur bagaimana pekerjaan itu dianggap bahaya atau tidak bergantung kepada jumlah kematian yang berlaku setiap tahun. Ia juga diukur berdasarkan tahap risiko kecederaan parah yang boleh dialami mereka ketika menjalankan tugas.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi senarai 10 pekerjaan paling merbahaya sepanjang tahun lalu.
10. Pekerja penyelengaraan am
Kerja-kerja seperti memotong rumput kadangkala tidak dianggap bahaya oleh masyarakat umum. Namun ramai tak sedar bahawa mereka terdedah kepada pelbagai risiko seperti kepanasan melampau dan bahaya trafik ketika melakukan kerja menyelenggara di kawan lebuhraya.
9. Penyelia tapak pembinaan
Bekerja di ta[ak pembinaan atau contruction sememangnya akan terdedah kepada pelbagai risiko. Dengan penggunaan pelbagai jentera berat, bahan binaan kasar dan strujtur yang masih belum siap bahaya ada di mana-mana sahaja. Apatah lagi bila melibatkan bangunan tinggi.
8. Petani
Golongan petani yang menggunakan jentera berat juga mempunyai risiko yang sangat tinggi ketika bertugas. Selain jentera berat mereka juga sering menggunakan mesing-mesin pengisar yang mempunyai kemampuan tinggi dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Bagi petani yang mencari rezeki di kawasan pinggir hutan pula mereka terdedah kepada bahaya haiwan buas.
BACA:10 Tip Mengembara & Melancong Secara Solo Dengan Selamat
7. Pemandu trak, lori dan bas ekspres
Kita semua tahu kemalangan jalan raya merupakan antara penyumbang utama kematian di negara kita. Sebagai seorang pemandu yang setiap hari berdepan dengan pelbagai situasi, cuaca dan ragam pemandu lain mereka sering berdepan risiko tinggi. Apatah lagi mereka terpaksa memandu dalam jarak yang sangat jauh.
6. Buruh binaan
Ya, kita akui buruh binaan di tapak-tapak pembinaan besar di negara kita rata-ratanya ialah tenaga kerja asing dari luar negara. Dan ramai tak sedar bahawa risiko yang dihadapi mereka sebaik sahaja melangkah masuk bekerja di kawasan pembinaan. Projek-projek besar bangunan pencakar langit terutamanya menuntut mereka untuk bertugas di kawasan tinggi. Hanya yang berhati kering sahaja yang berani.
5. Pengutip sampah dan bahan terbuang
Ini merupakan pekerjaan yang terdedah dengan pelbagai bahaya yang tidak diketahui setiap kali mereka melakukan pungutan sampah. Dalam timbunan sampah terdapat pelbagai jenis bahan yang dibuang oleh pengguna. Ada yang tidak merbhaya dan ada juga yang mempunyai kandungan toksik.
4. Penyelenggaran tenaga elektrik
Berdepan dengan kuasa elektrik yang luar biasa tinggi bukanlah satu situasi yang mahu dihadapi oleh mereka yang tiada keberanian. Itulah yang dihadapi oleh tenaga kerja penyelenggara eletrik setiap hari. Jika tidak berhati-hati mereka boleh terkena renjatan elektik yang mampu mengorbankan mereka dalam sekelip mata.
3. Wartawan zon perang
Demi mencari berita dan kebenaran mereka sanggup tempuhi hujan peluru dan bom tangan. Bahaya yang dihadapi mereka berada di garisan perang merupakan satu risiko yang sangat tinggi. Dengan berbekalkan vest bertulis ‘PRESS’ mereka menggadaikan nyawa demi mencari kebenaran.
2. Nelayan laut dalam
Untuk satu trip kadangkala mereka akn pergi ke laut dalam selama seminggu lamanya. Dan seperti mana yang kita tahu laut merupakan antara kawasan yang cukup merbahaya dan tak dapat dijangkakan. Berdepan dengan anin kecang, ombak tinggi dan taufan merupakan satu cabaran yang harus mereka hadapi bila-bila masa sahaja.
1. Bomba
Tahun lalu seluruh negara kita berduka dengan beberapa tragedi melibatkan kematian pasukan bomba tempatan. Dari kisah ahli bomba lemas dalam misi menyelamat hinggalah kepada tragedi Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut dalam sebuah rusuhan baru-baru ini telah terbukti bahawa pekerjaan mereka cukup berisiko. Demi menyelamatkan orang awam dan mempertahankan keselamatan warga, wira-wira negara ini sanggup berdepan dengan risiko apa sahaja demi tugas mereka.
Cara Mudah Buat Sendiri Air Nescafe Kaw Yang Pekat & Berlemak Ala Kafe Mahal!

Buat penggemar air Nescafe kaw, memang tak sempurna kalau satu hari tak dapat menikmati secawan air Nescafe. Nampak macam mudah tapi kalau tak kena dengan cara bancuhan, air Nescafe boleh terlebih pahit atau terlebih susu.
Untuk memastikan air Nescafe kaw yang paling pekat, sedap dan berlemak ala-ala kafe mahal, ikuti cara bancuhan yang dikongsikan bekas pekerja Starbucks bernama Wan LuQman menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bila dah expert membuat air Nescafe ni, tak perlu dah anda membeli di kafe mahal lagi. Jimat duit sebab anda boleh buat sendiri!
BACA: Kalau Nak Air Teh Hijau Lebih Berkesan, Amalkan Minum 2 Cara Yang Doktor Ini Kongsikan!
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya
Salam 1 jemaah Nescafe. Kander tak pandai masak.
Tapi reti buat air Nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum Nescafe. Tahap ketagih dah. Boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera kander.
Kalau korang nak rasa macam Almond Latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
Tapi Nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Ini resepi bancuhan untuk seorang minum.
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya.
Mintak maaf ya, kite paling tak suka 3 in 1 tu. Kite menci 3 in 1.
Kepada penagih sekalian alam. Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah. Jangan gelas besar. 280-325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih, sebab tu perut kau buncit tak kempis2. Yang disalahkan, nasi. Kesian nasik.
BACA: Manfaat Air Kelapa Muda Selain Untuk Turunkan Berat, Bagus Untuk Kesuburan Lelaki!
Resipi untuk segelas air Nescafe
1. Sesudu kecik Nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.
2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil.
3. Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil.
BACA: Elak Minum Air Kosong Selepas Bersenam & Gantikan Dengan Air Ini Kalau Tak Nak Cramp Kaki!
4. Campurkan dan kacau sekali.
5. Warna bila dicampur dan dikacau. Waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Hahah. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku x suka minum manis2. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul2 panas mendidih!
7. Dah siap. Memang sedap. Jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya. Warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya Macam tu lah Nescafe. Hahaha. Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.
Usah Biar Anda Jadi Mangsa Kaki Tipu Bila Kereta Rosak Di Highway

Perjalanan jauh tak terasa. Kerana hati yang melonjak sama. Ingin berjumpa sanak dan saudara.
Tapi malang tak berbau kereta tersadai di tengah-tengah highway sebab mengalami kerosakan! Inilah mimpi buruk setiap orang terutamanya bila dalam perjalanan jauh.
Selain mungkin memakan kos yang tinggi ia juga boleh membazirkan masa dan tenaga. Namun tiada siapa yang ingin lihat kenderaannnya rosak di highway.
Jadi apa perlu anda buat jika kereta rosak di tengah-tengah highway?
JANGAN PANIK
Katakan kereta anda rosak berdekatan highway semasa berjalan jauh, anda dinasihat untuk jangan panik dan tenangkan diri.
Bukan apa.. kerana semua orang tahu risiko yang ditakuti apabila berjalan jauh adalah kereta rosak dekat highway dan ketika itu memang sukar mendapatkan bantuan.
Kalau setakat tayar pancit, OK lagi. Tapi kalau nak sampai enjin high temperature sehingga kereta rosak, yang ini masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
BACA: 12 Info Servis DIY Kereta Yang Anda Boleh Buat Sendiri & Jimat Wang
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000
d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
- Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
- Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
- Nyatakan lokasi kenderaan anda.
- Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
- Nyatakan kerosakan.
- Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sumber : Wan Amir